Pages

Friday, March 10, 2017

'Kalaulah tag'


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Setelah aku ber-blogwalking, tertimbul pula idea nak buat 'Kalaulah tag'. Dan setelah difikit-fikir, aku dah tapis beberapa soalan untuk korang dan aku jawab soalan tersebut.

Well, tag ni hanya untuk suka-suka je. Sementara kita merehatkan minda, atau mugkin ada yang kebuntuan dan ketandusan idea. Bolehlah jawab soalan ni sebagai entri korang.

Syaratnya mudah je. Korang copy soalan-soalan tersebut and paste dekat entri korang. Jawab soalan tersebut. Dan korang tampal URL link post korang tu dekat ruang komen. So, senang untuk aku dan mungkin pembaca yang lain nak tahu jawapan korang. Feel free untuk jawab soalan ni. No pressure okay?

So, ready?

1. Anda diberi RM 10,000.00. Anda diberi masa 24 jam untuk menghabiskan duit tersebut. Apa yang anda nak buat?

- Aku nak beli rumah sendiri. Then sewakan. Jadi aku habiskan rm 10000 tu dalam masa yang sama aku buat aset aku sendiri.. Bijak tak?

2. Jika anda adalah Nobita, apa permintaan yang anda nak buat dekat Doraemon? (Hanya 3 permintaan sahaja)

- Aku nak minta pintu kemana saja, set pulau dan takekopta.

3. Dalam banyak-banyak moment kehidupan anda, moment apa yang anda nak rakamkan dan boleh replay selalu?

- Sebenarnya ada dua. Tapi yang satu lagi tu biarlah terkubur terus. Yang satu ni aku dapat hadiah first dari mama masa birthday aku. Well, panjang ceritanya. Karang tak pasal-pasal jadi satu lagi entri pula.

4. Jika diberi peluang, anda mahu tinggal di negara mana? (Pilih satu berserta sebab)

-New Zealand. Sebab dekat sana kurang pencemaran dan ada pemandangan yang sangat cantik. Mana tau kot-kot boleh jadi tokey lembu ke.. Kan?

5. Jenis lagu apa yang paling banyak dalam simpanan anda?

- Pop and balada. Melayu ada, english ada, k-pop pun ada.

6.  Kalau anda seorang Putera Raja, Puteri Diney manakah yang menjadi pilihan anda?

- Puteri Anastasia.

7. Sports car yang menjadi kegilaan anda dan kenapa?

2017 Porsche 911. Sebab bentuk dia macam klasik sikit.

8. Antara animation movie yang ada, yang mana menjadi inspirasi anda?

- Ice Age. Dari siri 1 sampai siri 5.

9. Jika diberi tawaran untuk mebina rumah dan dihadiahkan kepada insan tersayang, anda mahu bina rumah berkonsepkan apa dan kepada siapa rumah tersebut akan dihadiahkan?

- Aku nak buat rumah berkonsepkan tradisional dan semestinya aku nak hadiahkan dekat parents aku.

10. Satu life goal yang anda belum peroleh dan apa usaha anda untuk capai life goal anda.

- Bawa parent aku pergi haji. Tengah cari side income dengan buat online bisnes.

***

So, korang pula macam mana? Jawab je soalan ni ikut suka korang. Tak perlu details pun tak apa. Macam aku cakap, 'Kalaulah tag' ni hanya untuk mengisi masa lapang dan entri korang..

Selamat menjawab soalan yang tersebut ye..

1 comments:

ucing said...

wow banyaknya soalan sampai 10 (^_^).

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...