Pages

Thursday, March 9, 2017

4 Faktor Bau Badan


Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Korang pernah tak berhadapan dengan masalah bau badan? Atau mungkin orang sekeliling korang yang menghadapi masalah bau badan?

Actually, bukan mudah nak deal dengan masalah bau badan ni. Susah nak jumpa dengan orang. Nak berurusan dengan orang. Sebab apa? Sebab risau orang tak boleh tahan dengan bau badan kita. Ye la, siapa yang suka bau yang kurang menyenangkan, kan? Tapi semua tu bukan permintaan kita. Bukan juga kemahuan kita.

Well, untuk menyelesaikan masalah kita kena tahu punca masalah. Jadi pada post kali ni aku nak share pasal faktor bau badan..

Keep reading guys! 😉


1. Masalah penghadaman

Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. 

Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin.

Tetapi oleh kerana system pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal dalam badan. Dan menyebabkan badan berbau.

Hurm.. Kenalah banyak-banyak minum air kosong tau!


2. Pemakanan

Individu yang dikenalpasti banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang menyumbang untuk mendapat bau badan yang kurang menyenangkan. 

Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline atau lebih mudah difahami sebagai tidak mudah melalui proses metabolism.

Kopi, minuman berkafein dan makanan berempah antara makanan dan minuman yang juga menyumbang kepada masalah bau badan. Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama dipelipatan seperti bawah lengan, keliling tengkuk, pelipat tangan dan pelipat kaki.

Sila seimbangkan diet korang okay? Makan buah-buahan juga tau! Dan sekali lagi, sila minum air kosong secukupnya!


3. Penyakit

Dinasihatkan juga pada korang yang merasakan badan korang berbau, walaupun dah pelbagai wangian korang cuba. Pelbagai mandian bunga dan limau dah korang try. Dah tu mandi pula selang sejam, tetapi masih berbau. 

Sila dapatkan rawatan dan nasihat doctor. Bimbang kerana bau badan juga boleh datang dari masalah kesihatan. Seperti masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kencing manis, dan toroid. Jangan ambil mudah ya?


4. Faktor genetik

Sesetengah individu memang dilahirkan dalam keluarga yang ada masalah bau badan. Hal ini boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja terlalu aktif. Untuk kes ini, boleh juga kalau korang nak minta nasihat doktor. Insya Allah membantu.


Tapi setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya, betul tak? Kalau kena kurangkan minum kopi, tak semestinya tak boleh pakai kopi untuk kegunaan luarkan?

Dan.. Calendula pula bunga yang banyak manfaatnya selain daripada sebagai bunga hiasan laman rumah korang. Tapi untuk peroleh minyak Calendula yang asli bukan murah..

Jadi, WR Empire menghasilkan produk Natuwrel agar dapat memudahkan pengguna dan membantu pengguna yang menghadapi masalah berkaitakan kecantikan dan penjagaan diri. Kerana kami juga adalah pengguna macam korang.. Arrasoyo? 😊

Boleh rujuk Meira Kechikk untuk explore lebih lanjut.. Ocey? Jangan malu-malu nak bertanya... Nanti sesat jalan..




Adios guys! Selamat malam! Assalamualaikum!


1 comments:

Kin Naz said...

Bau badan memang buat mood spoil.

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...