Pages

Saturday, March 11, 2017

Calendula Si Bunga Ajaib!


Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Korang tahu tak kewujudan bunga Calendula? Well, sebenarnya aku pun baru tau pasal kewujudan bunga ni. Dan bunga ni mengandungi banyak manfaat kepada kita. Penggunaan bunga Calendula dalam bidang kecantikan pun dah meluas sekarang ni. Tapi sayangnya susah nak jumpa minyak Calendula di negara Malaysia ni.


Ni la bentuk bunga Calendula. Bunga Calendula ni juga dikenali sebagai Pot Marigold dan mempunyai 12 hingga 20 spesies. Yang menariknya bunga Calendula ni juga merupakan tanaman herba tau!

Calendula ni ada cara unik untuk mendapatkan minyaknya. Kelopak Calendula perlu direndam di dalam minyak terutama minyak zaitun untuk memperolehi ekstrak bunga Calendula. Hasil minyak Calendula ni selalunya berwarna oren keemasan.


Harga dia pun agak mahal. RM 246.00 untuk hanya 230ml sahaja! 

Ini sebabnya kenapa harga dia mahal macam tu...

Bunga Calendula ni bukan kembang sepanjang tahun. Ada bulan tertentu sahaja. Pada kalendar tertentu sahaja dia akan kembang cantik. Sebab tu la nama diberi CALENDULA sempena bunga ni berkembang pada KALENDAR tertentu saja. Cara sebutannya pun macam sebut kalendar. Ka-len-du-la.

Ha, satu lagi. Calendula ni juga dikenali sebagai adik beradik Saffron. Khasiatnya sama. Cuma Saffron lebih power la dari Calendula.

Minyak Calendula ni memiliki stuktur lembut dan menenangkan, serta memiliki sifat anti-fungus, anti-inflamasi, antiseptik, dan antibakteria, sehingga menjadikannya sesuai untuk mengubati sejumlah gangguan kulit dan infeksi.

Memahami akan masalah harga yang mahal dan susah untuk didapati. Pihak WR Empire telah menghasilkan satu serum yang berasaskan minyak Calendula. Dengan adanya Calendula Skin Juice ni memudahkan pengguna untuk menggunakannya.

Jadi korang dah tak perlu susah payah pi petik bunga Calendula semata-mata nakkan minyak dia. Ekstrak Calendula ni sangat lembut. Bau dia pun menyenangkan.

Bukan sekadar serum biasa, Calendula Skin Juice atau lebih mesra dipanggil CSJ ni mampu menyah bau yang kurang menyenangkan pada badan manusia, boleh juga dijadikan deodorant. Malah CSJ juga sesuai untuk kulit semua peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan.

CSJ juga telah diiktirafkan sebagai produk natural dan bebas bahan kimia serta merkuri oleh Kedah BioCorp.








Okay, gerak dulu. Pape roger! Assalamualaikum!

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...