Pages

Wednesday, November 2, 2016

Chia Seed : Do's and Dont's


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Today I wanna talk about CHIA SEED!! Hooray!!


Korang tahu tak chia seed tu ape? Chia seed tu macam gambar dekat bawah ni... 


Ha.. Chia seed ni macam bentuk selasih jugak. Same tapi tak serupa. Chia seed ni ade keistimewaan yang tersendiri tau. Sebelum cerita lebih lanjut, meh bace ape khasiat si chia seed ni.

1) Mencegah kencing manis atau diabetes



Setelah dikaji oleh pakar perubatan, chia seed mampu merawat pesakit kencing manis secara semula jadi. Lapisan agar-agar yang terbentuk pade chia seed apabile terkene cecair dapat mencegah pancang gula darah disamping memperlahankan penghadaman.

Selain itu, pengambilan chia seed juga dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah. Jadi, memang wajarlah chia seed ni sebagai agent mencegah kencing manis!

2) Mengandungi serat atau fiber yang tinggi

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman                                                                                                                                                                                                         Ramen Pedas
Oleh itu, sila amalkan chia seed ni kalau korang malas nak diet!

 3) Baik untuk sistem dalam badan


Dengan kandungan fibernye yang tinggi, chia seed juga mampu melawaskan sistem penghadaman, meningkatkan tempoh kekenyangan serta mampu menjanjikan tidur yang selesa!


***

Ha... Tu baru sikit tau senarai kebaikan chia seed. Kire senarai pendek la.. Tapi kene ingat! Pada setiap yang baik itu ade kekurangannya. Jom belajar ape yang do's dan ape yang dont's dengan chia seed ni.


1) Minum banyak air



Chia seed ni menyerap air tau! Jadi kepada pengamal chia seed mesti minum air kosong atau air mineral dengan banyak. Terutama yang makan secara raw.

2) Makan chia seed yang dah kembang



Sebenarnya lebih baik amalkan chia seed yang dah kembang. Sebab chia seed ni kan serap air. Kalau makan raw, risau chia seed serap air dalam badan dan kite akan dehydration pulak.

3) Makan chia seed dengan kreatif



Korang boleh pelbagaikan cara makan chia seed ni. Boleh search dekat Pak Google resepi makanan yang mengandungi chia seed. Macam gambar atas ni!! Errmmm!! Sedapnyewww!

4) Amalkan hari-hari

Chia seed boleh diamalkan hari-hari. Sehari dalam 2 sudu besar pun dah cukup. Itu pun kalau korang nak nampak kesan yang lebih effective la. Lagi pun chia seed ni tak ade la mahal sangat dan dah boleh didapati di mall atau toko jamu mungkin.

5) Dapatkan nasihat doktor

Kepada yang menghidap penyakit kronik, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan korang! Sebab chia seed ni pun ade pantang larangnye tau!

6) Orang kurang gula

Orang yang kurang gula dilarang sama sekali mengamalkan chia seed!! A big NO to them! Sebab chia seed kan mengurangkan serapan gula. Walaubagai mana pun, sila minta nasihat doktor anda sebelum mengamalkannya.

7) Makan chia seed raw dalam kuantiti yang banyak

Perkara ini adalah dilarang sama sekali ye! Dikhuatiri biji chia seed akan melekat ditekak!

8) Makan terlalu banyak



Chia seed mengandungi fiber yang tinggi. Kalau makan banyak sangat nanti korang mengalami masalah cirit-birit pulak! Kan dah jadi masalah lain! So, a big NO jugak!

9) Orang yang ada tekanan darah rendah

Selain dapat mengawal kencing manis, chia seed juga boleh mengawal tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Jadi kepada pengidap darah rendah, sila dapatkan nasihat dari doktor korang dulu.

10) Alergik kekacang

Walaupun chia seed ni kecil. Tapi sebenarnye chia seed ni dari keluarga kekacang tau! Biasanye si alergik kekacang tak boleh makan chia seed. Ni pun kene dapatkan nasihat doktor korang!

11) Makan chia seed ketika cirit-birit



Ini memang mengundang parah la kalau makan jugak! So, NO!


Ape yang paling penting, chia seed ni boleh jadi agent kurus! Selalu la amalkan chia seed ni. Tapi jangan makan terlampau banyak tau! Nanti berchenta dengan jamban pulaks!! 

Sebelum terlupa... Chia seed ni korang boleh tanam sendiri.,,!! Ape tunggu lagi pergi la beli chia seed cepat2! Bye~

kredit to Coach Fatin Najwa

1 comments:

ucing said...

oh rupanya baru tahu (^_^)

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...