Pages

Friday, August 12, 2016

Misteri TYPO!


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Sejak akhir-akhir ni kan, aku tengok terlalu banyak koleksi typo dekat internet. Yang keluar dekat Facebook tak payah cerite la. Memang melambak. Maklumah... Sekarang ni hampir semua orang menggunakan smart phone yang canggih-canggih. Touch screen belake.

Ada yang buat aku gelak sakan. Sampai menangis aku ketawa. Bukan ketawekan orang yang tertypo tu, tapi perkataan yang diorang tertypokan tu. Kadang satu perkataan tu bile tertypo dia jadi perkataan yang lain.




Ini baru sikit. Belum yang dari perkataan yang normal kepada perkataan yang tak senonoh. Kadang memang bukan niat nak typo yang tak senonoh tapi keadaan yang buat kite tertypo. Maklumlah, tengah siap-siap nak pergi rumah member, ade pulak yang whatsapp. Dan-dan tu le pulak pun. Mase tak kelam kabut tadi, hagham soghang pun nak wasepnye... Ha.. Gitu..

Ade pulak yang bile aku bace...


Mau terjegey bijik mate aku!

Dari 'show off' jadi 'switch off'. Dari kaki 'cramp' jadi kaki 'cream'. Dari 'future' kepade 'picture'.  Dari 'face to face' jadi 'fast to fast'. Hairan aku dengan kome ni. Ape teruk benor typonye?

Kome ni...

1) memang tertaypo
2) saje je na typo. dahagakan publisiti
3) kome tak tau ejaan
4) kome gune autocorrect

Tandakan jawapan yang betul mengikut situasi anda ketika ter'typo'. Anda diberi masa sebanyak setengah saat untuk menjawab soalan tersebut. Markah yang diberikan sebanyak... Ikut suke kome la nak bagi markah berape banyak pun. Ade aku kesah?


Okay la. Kite ambil pendekatan yang mudah dan husnuzon. Bersangka baik. Mungkin diorng ni tak 'off-kan' autocorrect kot. Lepastu nak taip laju-laju. Mungkin diorng dah up status atau send that perkataan baru perasan yang diorang ni typo. 

Well, aku pun kaki typo, ape... Kalau chat dengan aku, kalau tak taypo tu memang bertuah la. Bukan ape, saje je aku typo ni. Nak tengok kawan-kawan aku ni menggunakan otak ke tak mase dia chat dengan aku. Diorang ni alert ke tidak. Ha... Diorang ni perasan tak ade kesilapan mase aku chat dengan diorang. Itu sebab kenape aku typo la.. Korang pulak aku ta tau la pasal ape.... Kan?

Tapi, alhamdulillah tak pernah lagi typo yang tak sepatutnye...

Tapi, mohon hati-hati ye... Takut kalau terjadi macam kes kat bawah ni...


Lawak, lawak jugak. Yang negetif part pun kene ambil kisah. Kot terkene dekat batang hidung sendiri. Buat naye diri dengan  orang tersayang je. Check dulu sebelum send...

Baiklah... Cukup sampai sini dulu post merepek dari aku. Sebelum publish post, meh kite recheck dulu. Kang kot la jadi fenomena pulak!

Assalamualaikum!!!

1 comments:

Mas said...

hAHAHA..yg tu lawak..salam bangang ..hahaha..sadis betul..sy sllu typo klo x prasan de autocorrect tu haa.adoyai

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...