Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Thursday, November 3, 2016

Imaginasi - Ramlee Awang Murshid


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Well, baca tajuk pun rasanya korang dah tahu apa yang aku nak bebelkan. Betul tak? 

Oh yeah!!


Baiklah.. 

Ramlee Awang Murshid telah selamat dilahirkan di Papar, Sabah pada 4 November 1967. So, umur beliau tahun ini ialah 49 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1986 sehinggan 2010.

Cukup setakat tu dulu kot... Macam dah start bosan je post aku ni... AHAHAHAHAHAHA 


SINOPSIS

MEREKA... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Kelam dan suram menjadi latar kehidupan masing-masing.

SUHAILA - Hidup menyendiri di dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas.

KAMIL - Baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama menjebakkannya ke dalam gelora cinta
Suhaila. Apakah Kamil akan menjadi korban percintaan?

HAFIZ - Pengembara yang menemui cintanya Citra Widya, buruan lelaki dari seberang di Amsterdam, Holland. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

ABAM - Lelaki lurus bendul. Penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita. Namun, cintanya ditolak Juita.

Keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Abam tidak memena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan rasukan yang menyinggahi Abam?

***

Imaginasi merupakan novel thriller karya Ramlee Awang Mursyid yang terbaru kalau tak silap aku. Hasil cetakan Alaf 21. Cerita Imaginasi karya beliau kali ni tiada aksi tembak menembak (kalau tak silap aku la...)

Dan macam biasalah, kalau karya Ramlee Awang Murshid (RAM) ni... Kalau setakat bace sinopsis aje memang takkan paham. Kau kene baca the whole book baru kau paham... Ha... Gittueww... 

Okey.. malas nak tulis panjang-panjang la post kali ni... Almaklum, pagi ni cuace sangat sepoi-sepoi bahasa... Nampak bantal, tilam dengan selimut aje ni ha... So, bye. Assalamualaikum!






0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...