Aku balas pandangan dia. Sengaja. Tapi sayangnya, aku tak kuat. Aku tak mampu nak balas pandangan dia. Aku tunduk.
"Yang ni je ke yang datang?" soalnya merujuk kepada rakan-rakan kami yang hadir pada malam itu.
"Ha ah. Yang ni je la kot," balas aku. Berlagak bersahaja. Sekali lagi tertembung pandangan. Aku gugup lagi.
"Nanti ajaklah kawan-kawan yang lain datang rumah orang," ajaknya. Memang dari dulu kami biasa membahasakan diri sendiri dengan perkataan 'orang'. Masing-masing masih kaku nak membahasakan diri dengan kata ganti nama 'aku'. Entahlah. Rasa janggal.
"Insya Allah. Nanti Mia bagu tau diorang," balas aku ala kadar. Segan sebenarnya.
Kira-kira jam 10.30 malam, kawan-kawan aku beransur pulang. Termasuk dia. Yang tinggal cuma kawan-kawan along saja. Rancak sangat mereka berborak sampai lupa nak balik agaknya. Ada yang dah mengeluh nak balik. Tapi, ada yang masih mahu bersembang. Almaklum, mereka datang dengan satu kereta saja. Jimat minyak katakan.
Esoknya aku teringat pesan si dia untuk menjemput rakan-rakan yang lain ke rumahnya memandangkan dia akan pulang ke Shah Alam tak lama lagi. Kiranya dia kesuntukkan masalah.
Aku : Assalamualaikum.
Nak jemput diorang hari ape?
Pukul berapa?
Si dia : Waalaikumussalam.
Esoklah. Lepas mahgrib ke...
Aku : Okey.
Settel aku berbalas whatsapp dengan dia, aku pun menjemput kawan-kawan yang lain ke rumahnya. Bukan susah pun. Taip dan send saja dalam group whatsapp. Semua boleh baca. Tak payah susah-susah nak taip banyak kali.
Rindunya... Tapi, aku bukan lagi yang utama di hati dia. Sahabat aku menyuruh aku untuk mengundur diri. Tapi ada sebab yang membuatkan aku masih berdiri teguh menanti dia. Entahlah. Aku runsing bila menyebut tentang perasaan.
Andai mudah untuk aku keluarkan perasaan ini dari hati, sudah lama aku lakukan. Akan aku simpan diluar kotak hati agar lebih mudah untuk aku menjalani hari. Sampai masa yang tepat aku letakkan semula perasaan ini ke dalam kotak hati. Malangnya, semua itu mustahil. Air mata menitik lagi. Tak suka bila bersendiri. Fikiran pasti melayang memikirkan si dia yang sudah jauh. Ingin aku lepaskan dia pergi dan ingin aku berhenti berharap. Tapi...
Setiap kali aku putus asa, Allah datangkan rindu yang bertimpa. Setiap kali aku berhenti berdoa, Allah hadirkan rindu yang tak tertanggung. Setiap kali aku cuba lepaskan, Allah bagi aku rindu yang menggunung.
Jalan mana yang harus aku lalui? Tinggalkan dia atau terus berharap?
Doa aku untuk dia, semoga sentiasa dalam jagaan Ilahi. Semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatannya. Hanya itu yang aku mampu setakat ini.
Doa aku untuk dia, semoga sentiasa dalam jagaan Ilahi. Semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatannya. Hanya itu yang aku mampu setakat ini.
0 comments:
Post a Comment