Pages

Tuesday, July 14, 2015

5 Panduan Sambut Raya!!!

Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Dah sebulan aku tak menunjukkan diri dalam blogger ni. Alasan? Macam biasa la, sibuk. Banyak urusan yang nak diselesaikan.

Tak dilupakan juga dengan shopping. Ramadhan tahun ni nothing much happend. I mean tak ade yang boleh aku coretkan dekat dalam ni la.

So, baru-baru ni kecoh pasal Low Yatt, betul tak? Isu yang aku bace, ade yang kate Cha Ya Nun Alif yang menipu. Ade juga yang kate budak Melayu tu yang mencuri. By the way, aku tak nak sentuh bab tu. Sebab rasenye dah banyak blog yang sentuh pasal tu.

Kali ni aku nak sentuh pasal raya!! Lagi beberape hari, Ramadhan akan pergi meninggalkan kite, dan hadir pulak si Syawal. Korang dah siap-siap ke nak sambut Syawal? Jom tengok, ape korang boleh buat untuk persiapan raya...



Yang pertame, mestilah kemas rumah. Kalau tak, takkan nak bagi tetamu masuk ke rumah yang bersepahkan?

Lagi pun, kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Tukar la langsir baru ke, tukar susun atur perabut ke. Tak kesah la, janji permandangan dalam rumah kite nampak tenang dan selese untuk dikunjungi.

Kalau perabut tu dah rosak dan korang berkemampuan, ape salahnye tukar perabut tu. Tapi, kalau perabut kayu jati, rasenye 10 tahun pon masih boleh digunakan lagi. Selagi boleh berjimat, kite jimat la ye.


Yang kedua ape lagi? Tengah kemas-kemas tu, gantung la kad raya dekat dinding rumah tu. Macam tuan punye gambar ni buat. Tapi, agak-agak... Zaman sekarang ni ade lagi ke amalan tukar-tukar kad raya ye?

Lepas tu, pasang  la lampu lip lap lip lap tu. Baru meriah rumah kite. Jangan la suram dan hambar je. Name pun raya, sesekali biar la rumah tu terang benderang. Kalau yang duduk kampung lagi best. Boleh pasang pelita!!


Ha.. Bagi yang ade masa, boleh la korang dengan adik, kakak dan mak korang buat kuih raye. Masih sempat ni kalau nak buat kuih semperit dengan makmur. Kalau nak best lagi tambah dengan biskut chip coklat.

Yang tu, yang ketiga. Kalau yang keempat pula?

Hahaha... Ini khas yang stok beli baju raya disaat akhir. Kalau yang style beli awal, perkare ni jadi perkare no. 1 dia la. Kalau nak tempah baju raya hari ni, jangan marah la kalau tukang jahit tu halau kau keluar dari kedai dia! Hehehe~


Last but not least... Malam raya kite bakar lemang la!! Kacau dodol dengan randang. Rebus ketupat! Buat kuah kacang! Pasang lagu raya!!

Maka dengan ini ingin aku menyusun 10 jari memohon ampun andai ada dalam penulisan aku ni yang kurang menyenangkan korang yang membace! Mohon maaf dari hujung tudung sampai hujung tali kasut na!!



kredit to owner gambar yang aku cilok dekat Pak Cik Google!!!






0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...