Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Monday, April 13, 2015

Laksamana Sunan The Series (part2)


Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Okey, post kali ni adalah sambungan Laksamana Sunan The Series (part1). Aku habis cerite dekat siri yang ke tiga kan? So, jom sambung siri yang ke empat!


Siri Cinta Sufi ni cerite pasal seorang janda Portugis yang masuk Islam. Tujuan asal si Catalina ni kononye nak cari si Maryam di Melaka. Dalam perjalanan nak ke Hulu Melaka tu la banyak cabaran berlaku yang menjadi jalan si Catalina ni masuk Islam.

Dalam siri yang ke empat ni jugak ade cerita pasal macam mane Laksamana Sunan pulih selepas dia terperangkap dalam alaf 21. Kate Thariq; ketua Bangsa Polip, Saifudin mengalami kecederaan rohani yang teruk. Sebab Saifudin tak pernah masuk ke alam yang merentasi satu hijab. Iaitu hijab mase.


Dalam siri ke lima ni dah masuk alaf 21 dah. Cerita pasal si Saifullah menjage warisan yang diberi iaitu 'Catatan Maryam' dan jugak 'Keris Nanggroe'. 

Sutera Bidadari jugak menceritakan siape sebenarnye Raja Roman dan makhluk sumpahan Sang Dewi. Sebelum tu, Laksamana Sunan menghadapi kecederaan apabile ditembak oleh Kapten Leondro. Laksaman Hang Tuah telah membawa lari Saifudin ke dalam sebuah tasik yang dihuni oleh dua ekor naga.

Lepas enam bulan menjalani rawatan dan menambah ilmu persilatan, Laksamana Sunan dan Laksamana Hang Tuah keluar dari tasik tersebut. Mase ni Saifudin bagi tau dekat Maryam dan Panglima Awang Bagan yang beliau nak mengembara memburu si Taghut durjana.

Lepas mengalahkan Tahgut, mereke jumpe dengan Vlad The Impaler dan pengikutnye si Drakul. Laksamana Sunan berjaye membunuh Vlad The Impaler tetapi si Drakul sempat melarikan diri.


Kiai Kelanan menceritakan siapekah Laksamana Sunan kepada anaknye Andika dan sahabat anaknye Gadul. Dalam mase yang same, mereke didatangi seorang tetamu yang memegang satu rahsia besar. Siri ke enam ni iaitu Sunan Musafir merupakan flash back atau thow back kehidupan Saifudin.

Dalam siri ni, Andika pulak terjatuh hati dengan Yang Suri, tapi Kiai Kelana menegah percintaan mereke berdua. Atas satu sebab yang hanya Kiai Kelana dan Allah saje tahu.

Disebabkan mahu memiliki Yang Suri, Panglima Deris mengarahkan Nayan si Harimau Berantai membelasah si Andika. Tetapi, Kiai Kelana datang meminta untuk melepaskan anaknye dan mase selame tiga hari sebelum bertempur dengan Nayan si Harimau Berantai.

Sebelum pertempuran dengan Kiai Kelana, satu kejadian aneh telah berlaku yang menyebabkan Nayan si Harimau Berantai marah sangat dekat Kiai Kelana ni.


Last but not least... Sunan iaitu siri ke tujuh. Novel yang ni menceritekan macam mane kehidupan Saifudin di Aceh setelah melarikan diri dari kampung Punggor akibat difitnah. 

Perjalanan Saifudin menjadi hamba kepada Juragan Semarang. Iaitu pemilik sebuah kapal dagangan. Banyak yang berlaku dekat Saifudin mase beliau tinggal dekat Aceh ni yang tak diceritakan dalam Bagaikan Puteri. 

Saifudin selalu dibuli oleh Djailuh dan Sadiq serta kawan--kawan silat yang lain. Selain tu, siri Sunan jugak menceritekan macam mane Saifudin mule-mule berjumpe dengan Ratna Sang Ratu Sulaman.

***
Dan sekarang ni aku belum habis bace siri Sunan ni lagi beberape bab. Rase macam nak lambat-lambatkan habis bace je. Konon nak tunggula siri ke lapan. Tapi, malam-malam aku tak boleh tidur. Asyik terbayang-bayang je dalam kepale otak aku ni... "what's next?" Ha... gitu la.

So, see you guys dalam post yang akan datang, Insya Allah. Selamat membace la pade siape yang suke membace. Selamat malam, tidur lene, mimpikan yang indah-indah...

Eh-eh, macam nak cakap dekat pakwe pulak. Dah la, lagi lame aku mengadap post ni, lagi panjang jadinye karangan membebel aku ni. Tengok ni, tak habis lagi nak menaip ni. Keluar aje idea dari otak ni turun ke jari-jemari terus ke papan taip. Tengok!!! Tak stop lagi ni! 

Dah! Dah! Dah! Assalamualaikum!! Bye!!


2 comments:

Anonymous said...

wahh, minat genre yang macam ni eh? ada baca Takluk Jagat by Zaki Zainol tak? boleh tahan jugakk :D

Princess Comey said...

ha ah... setakat ni karya RAM je yang menarik hati... btw, thanks atas cadangan tu. insya allah nnt klo jumpe saye try bace ye..

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...