Pages

Thursday, April 23, 2015

Angin Monsoon menjengah Malaysia?


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Sekarang ni... Jam 2.25 pagi, aku dikejutkan dengan dentuman guruh. Hujan lebat teramat. Kilat sambung menyambung.

Dentumm!!! Mata yang pejam terus tercelik dek kerana terkejut. Aku membangunkan badan dan mengintai ke luar tingkap. Hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum! Pufff!! Tak jadi pape!

Ha.. Tu dia... Ayat serupa ayat novel yang kene reject tu! 

Baiklah, straight to the point! Sejak dua menjak, tige menjak, empat menjak ni, Malaysia mengalami pagi panas, petang hujan. Tapi, mungkin bergantung dengan keadaan sekeliling la kot. Macam tempat aku ni, siang panas tapi, malam hujan.

Aku pon macam pelik jugak. Sebab agak dah lame tak hujan selebat cenggitu, kan? Lepas tu, ade satu hari yang lalu, aku terselak-selak surat khabar. Tertera di rubrik akhbar tu bahawa Malaysia sekarang tengah jadi laluan angin Monsoon.

Monsoon dari celah mane aku tak perasan la pulak. Tak sempat nak bace berite sampai habis. Aku pulak kureng sangat la pasal geografi ni.


Hurm... Aku sebenarnye kureng faham la. Monsoon tu dari mane ke mane. Aku seriously ngok pasal jename angin-angin ni. Berangin je aku nak paham.

Kalau ikutkan aku lebih mudah paham dengan gambar, tapi bile gambar macam yang kat atas tu, yang kat bawah ni...


Banyak anak panah ja. Dia keluaq kut tu, keluaq kut ni, pergi sana, pusing sini. Memang berpinau mate aku menengoknye...

Alhamdulillah, hujan dah start rede. Tapi, still ade bunyik-bunyik guruh lagi. Ape-ape pon, kepade yang lebih arif pasal angin monsoon tolong la komen dan pahamkan aku. Jasa korang amat-amat dikenang!

Mulut dah start menguap, so, jadi, makanye aku nak sambung baradu di alam mimpi. Korang yang tak tido-tido lagi tu, pi la tidoq. Sebab kurang tidur boleh menyebabkan maut!

Bye, Selamat malam! Assalamualaikum!

2 comments:

mrhanafi said...

untuk faham ini semua mesti khatam ilmu geografi kat sekolah la jawapnya

Princess Comey said...

ta leh bg private tutor ke?? ekekekeke~

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...