Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Wednesday, February 4, 2015

The Sims 4 (part 1)

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Okey, macam mane nak start ye? Actually, aku excited gile pasal post ni! Cume aku terpakse tangguh atas sebab-sebab yang tertentu.

Aku bertambah excited bile adik aku dah downloadkan game The Sims 4 untuk aku!! Weeeheee!!! Seronok tak terkate!!!

Okey la, aku mengaku la dengan korang. Sebab aku pospone post kali ni adelah sebab aku sebuk! Sebuk bermain dengan The Sims 4 ni la. Sebuk ape ke laginye pun? Hehehe~ So, hari ni aku nak share dengan korang pasal...


Banyak yang korang boleh buat dekat dalam game ni. Korang boleh gemukkan sims, korang boleh pilih character sims korang. Nak pengemas pilih neat. Nak jahat, pilih evil. Nak pengotor pilih snob. Seriously, banyak gile character yang korang boleh pilih. Ha... Korang jugak boleh pilih kerjaye and so on. So, lets check it out!

This is not my sims. kredit to the owner.
Mule-mule, korang kene bagi name dekat sims korang dulu. Lepas tu, korang nampak ade bentuk macam sarang lebah tu? Yang bentuk heksagon tu. Okey, kat situ la korang bine character korang. Yang paling besar tu character utame. Korang nak jadi orang kaye ke, kreatif ke, romantik ke, suke alam semule jadi ke... Ade banyak lagi la...


Contoh macam gambar kat atas ni. Korang boleh pilih sendiri. Kalau aku, aku pilih kreatif. Dekat kreatif ni ade lagi tige cabang. Pelukis, penulis dan satu lagi aku tak ingat. Same juga dengan yang lain.

Yang tige heksagon kecik tu, sikap sims korang. Dia pengotor ke, pengemas ke, childish ke, gloomy ke... Nak jadi genius pon boleh. Contoh macam sims kat bawah ni.


Dah selesai pilih charakter, boleh la korang membine sims korang sendiri. Korang nak dia jadi gemuk ke, kurus ke, nak hidung mancung macam mat saleh ke, nak telinge macam ceplos ke, semua boleh.


Ni salah satu part yang peling best dalam game ni. Bukan setakat boleh gemuk kuruskan sims je. Kalau korang nak sims korang muke V ke, muke U ke ape ke, korang boleh adjust. Kening tu, kalau nak terjongket macam Ziana Zain pon boleh. Hidung nak mancung macam goblin dalam Herry Potter pon boleh!


Ni nak set gemuk atau kurus. Ade sixpack atau tak.Nak kurus macam papan boleh, nak gemuk macam hot air ballon pon boleh.

Aku pilih gambar lelaki la ye, malu aih nak amik gambar perempuan.

Bukan muke je boleh adjust, badan pon boleh. Nak dada bidang, nak pinggul macam kerengge bagi perempuan, nak badan berketul-ketul... Semua boleh. Korang boleh cari banyak tutorial pasal sims 4 ni dekat YouTube ade, blog pon ade.




Gambar yang atas ni pulak untuk pakaian sims korang mengikut kategori. Kalau dah start main tapi nak tukar baju yang lain pon boleh. So, tak de la korang boring dengan baju yang same je kan?

Korang klik dekat almari korang, lepas tu pilih Plan Outfit...

Hah... Ni baru topik membine sims. Dah panjang berjela. Belum topik membine rumah untuk sims lagi. Ade banyak action yang sims korang boleh buat berbanding dengan Sims 1, Sims 2 dan Sims 3. Makenye, sekian dulu untuk topik The Sims 4 untuk kali ni. Nanti aku sambung ye? Tunggu part 2 pulak ye...

By the way, kredit to the owner of the picture yang telah aku ciloks! Thanks, gambar korang memang membantu aku. Sebab aku dah start main, banyak yang tak boleh nak tunjuk. Sekian!
Anyeong!



0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...