Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Tuesday, June 17, 2014

Floria Putrajaya 2014 (Part 1)

Floria Putrajaya kini kembali lagi. Ha... Pada kali ini, bunga Begonia iaitu pokok asam batu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika dijadikan sebagai bunga tema. 

Kepada sesiape yang suke bebenor dengan bunga-bungaan dan landskap boleh la mengunjungi Pesta Bunga ini. Tempat pameran kali ini berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.


Ha... Sebelum nak bercerite tentang Floria Putrajaya ni, saye nak ambil kesempatan ni la nak habaq kat hangpa semua tentang penginapan. Ye la, kalau tinggal dekat Putrajaya ke, Bangi ke, tak pun tinggal di sekitar Selangor ke, boleh la nak ulang-alik ke Pesta Bunga ni. 

Tapi, kalau yang tinggal jauh, mane nak menginap, kan? Bukan ape, kalau nak diikutkan, mane cukup sehari nak menjelajah dalam Pesta Floria ni. Bukan pameran bunga dan landskap je ade, pameran kucing pun ade tau!



Homestay Siti Anggun, Bangi menjadi pilihan kami. Walaupun jauh sedikit dari Floria Putrajaya, tapi kami tak kesah sebab kami suke treval!

Terletak di Apartment Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Homestay Siti Anggun berhadapan dengan sebuah kolam mandi yang pastinya menarik minat kanak-kanak. 


Siti Anggun Homestay mempunya 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi serta disediakan dengan shower. Master bedroomnya dilengkapi dengan satu katil queen, almari serta cermin, ampaian dan penghawa dingin manakala bilik kedua pula dilengkapi dengan 2 katil single, satu almari dan almari solek.



Bereza pula dengan bilik tidur yang ke tiga. Bilik ini dilengkapi dengan katil 'pullout', kipas dinding dan cermin.


Selain itu, Siti Anggun Homestay juga menyediakan selimut extra, bantal extra, tilam extra, seterika/iron, sejadah dan hanger.

Di ruang tamu, kelengkapan seperti tv dan sofa disediakan bersertakan Astro Njoi, ruang makan dan kipas berdiri.


Di dapur pula, kemudahan seperti peti ais, cerek elektrik, mikrowave, periuk elektrik, mesin basuh, pinggan mangkuk, sudu garfu dan cawan telah disediakan.




Antara permandangan malam yang sempat saye rakamkan menggunakan Nikkon Digital Camera D5100. Sebolehnya, ingin saye rakamkan seluruh pemandangan malam ketika di sini tetapi, alam ini terlalu luas untuk dimuatkan ke dalam kamera saye ni.

Semoga perkongsian saye ini akan membantu memudahkan perjalanan pembace. Untuk maklumat lanjut mengenai Siti Anggun Homestay ni, boleh la korang layari Siti Anggung Homestay punye blog. 

Nantikan sambungan mengenai Folria Putrajaya Part 2 di post yang akan datang... Anyonghasayo!!


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...