Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Monday, June 16, 2014

Drama dan Filem Melayu Kurang Peminat Melayu???

Dah lame rasenye tak menulis di blog ni. Kalau la blog ni satu bilik, dah bersawang labah-labah dah gemaknye. Tapi hari ni, tiba-tiba terase macam gatal pula tangan ni nak menulis. Eh, silap... Nak menaip..

Hurm.. Topik yang nak disembangkan ialah kenapa orang Melayu tak suke tengok filem atau drama Melayu? Dimana silapnya filem dan drama yang ditayangkan? Apakah kekurangan filem dan drama Melayu berbanding filem dan drama selain Melayu?

Jom kite survey...



Ini salah satu maklumat yang saye dapat. Katenye filem Melayu entah ape-ape... Berdasarkan konklusi saye, dia merase bosan bile menonton filem Melayu.

Kalau kite lihat, banyak filem dan drama Melayu yang mempunyai konsep yang same. Contoh konsepnye ialah ;-)

1. Dendam
2. Dengki mendengki
3. Tiada nilai moral
4. Hanya pentingkan nilai komersial
5. Jalan cerita yang berbelit dan tiada konklusi
6. Berunsurkan syirik seperti bomoh, dukun dan sebagainya
7. Cinte terhalang, Mak suruh kahwin dengan menantu pilihan walaupun anak dia dah berkahwin
8. Cerai berai
9. Grafik dan CGI-nya lemah

Ini hanyalah pandangan saye. Ape yang saye tak suka dalam sesebuah cerita. Sikit-sikit tu boleh la saye terima. Tapi, kalu dah semua cerite same je. Lama-lama bosan juga.

Kalau dapat kite bandingkan dengan filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, setiap satu filemnye mengandungi nasihat yang diselitkan dengan lawak jenaka. Mari kite lihat...


Di dalam filem ini, terdapat satu pengajaran yang paling besar untuk tonton masyarakat Melayu terutamanya. Sikap Kassim Baba yang sangat tamak akhirnya menyebabkan dia dibunuh oleh ketua penyamun yang dilakonkan oleh P.Ramlee. Memang kelakar care kematian Kassim Baba dalam cerite ni, tapi filem ini mengingatkan saye kepade 2 pepatah dan perumpamaan. 

1) Orang tamak selalu rugi
2) Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Bukan nak kate filem Melayu ni semuanye teruk. Tak juga. Ade je cerite yang seronok dan membuatkan penonton nak tengok berulang kali. Tetapi jumlahnya boleh dikire dengan jari. Terlalu sedikit cerita Melayu yang boleh dibanggakan.

Baru-baru ni, saye ade menonton filem "X Men, Days of Future Past". Grafik yang digunakan dalam cerite ni mebuatkan penonton merase teruja. Jalan ceritanya pula penuh dengan kejutan menjadikan penonton curious dan ternanti-nanti ending ceritanya.

Care penyampaian dan konsep yang berbeza dari filem-filem yang lain, X Men mampu membuatkan penonton bertahan sehingga ke penghujung cerite.

Ape-ape pun, semuanya bergantung kepada setiap individu dalam menafsirkan erti "syok" ketika menonton. Manusiakan ada pelbagai rase dan perasaan, jadi, masing-masing bebas memilih ape yang korang suke dan ape yang korang tak suke.

Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu, kite tetap kene sokong industri perfileman terutamanya filem dan drama Melayu kan? Tak banyak, sikit pun jadi la. 

So, selamat menonton filem dan drama kegemaran korang!!!




0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...