Pages

Monday, April 25, 2011

Semarakkan Cinta di Kamar Beradu??? Elakkan 5 Perkara...

Kamar beradu adalah kamar untuk pasangan suami isteri untuk bersendirian dan bermadu asmara bersama. Selain memastikan hubungan antara pasangan suami isteri sentiasa baik, kamar juga perlu dititikberatkan. Malah, keadaan kamar beradu turut melambangkan sikap kita terhadap cinta dan hubungan kelamin.

Jadi, korang kena elakkan 10 perkara di kamar beradu korang...

Yang paling penting sekali jangan jadikan kamar beradu korang sebagai kamar untuk bekerja.

Tapi korang jangan salah tafsir pula. Boleh je kalau nak buat kerja dekat dalam kamar beradu korag, tapi korang kena sediakan satu sudut khusus untuk bekerja. Almaklum, tak semua orang ada rumah yang ada 10 kamar untuk khususkan setiap satu benda, kan? kan? kan?

Jangan bergantung kepada semula jadi semata-mata.

Kamar beradu yang hanya bergantung kepada udara semula jadi sahaja tidak dapat memberikan kesan yang baik terhadap hubungan suami isteri...

Letak lah penghawa dingin ke....

Sekurang-kurangnya, letaklah kipas ke.... kan?

Janganlah korang pasang lampu yang terang sangat.

Kamar anda hanya perlu cahaya yang terang apabila mengemas, berdandan dan menyiapkan kerja pejabat je. Yang lain, TIDAK DIBENARKAN. Haha.
Kalau tak, tak romentik lah.......... :) Hehe.

Jangan guna kemasan fabrik yang sama.

Kalau guna katil biasa, gantunglah tabir putih nipis di dinding belakang kepala katil korang tu. Tapi, kalau katil korang tu bertiang, so korang letaklah tabir dekat sekeliling dia. Tujuannya adalah untuk menaikkan lagi suasana romentik. Hehe. Pastikan juga geber dan cadar memberi keselesaan pada korang tau... Langsir pula, biarlah gua fabrik tebal kerana tekstur begini penting untuk meningkatkan suasan privacy. Fabrik satin dan sutera adalah fabrik yang sesuai.

Jangan biar kamar beradu berbau hapak.

Aroma adalah ciri semula jadi yang membawa mesej kepada otak dan seterusnya memperbaiki tanggapan serta perasaan korang. Cuba bayangkan kamar beradu korang ada bau yang kurang menyenangkan. Apa yang akan terlintas di fikiran korang? Mesti rasa kurang selesa, kan? Mesti tak nak duduk dalam kamar korang tu lama-lama, kan? 

Haa...... 
Dah tau apa yang tak patut korang buat dengan kamar beradu korang tu??? So, macam biasa.    

Selamat mencuba!!!

6 comments:

Ika said...

haha akan ku buat 10 tahun lagi..;)

meira said...

bila sampai masanya nanti...

islam mmumtaz said...

pengen copa tipsnya.. hehehehe

meira said...

silakan...
Tiada halangan untuk mencobanya....

Rozuan Ismail said...

follow blog ni k.good blog.good tips.saya belum kahwin.haha

meira said...

rozuan ismail,
saya tak boleh nak follow awak....
ade masalah teknikal...

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...