Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

Chia Seed : Do's and Dont's


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Today I wanna talk about CHIA SEED!! Hooray!!


Korang tahu tak chia seed tu ape? Chia seed tu macam gambar dekat bawah ni... 


Ha.. Chia seed ni macam bentuk selasih jugak. Same tapi tak serupa. Chia seed ni ade keistimewaan yang tersendiri tau. Sebelum cerita lebih lanjut, meh bace ape khasiat si chia seed ni.

1) Mencegah kencing manis atau diabetes



Setelah dikaji oleh pakar perubatan, chia seed mampu merawat pesakit kencing manis secara semula jadi. Lapisan agar-agar yang terbentuk pade chia seed apabile terkene cecair dapat mencegah pancang gula darah disamping memperlahankan penghadaman.

Selain itu, pengambilan chia seed juga dapat menstabilkan kandungan gula dalam darah. Jadi, memang wajarlah chia seed ni sebagai agent mencegah kencing manis!

2) Mengandungi serat atau fiber yang tinggi

Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman                                                                                                                                                                                                         Ramen Pedas
Oleh itu, sila amalkan chia seed ni kalau korang malas nak diet!

 3) Baik untuk sistem dalam badan


Dengan kandungan fibernye yang tinggi, chia seed juga mampu melawaskan sistem penghadaman, meningkatkan tempoh kekenyangan serta mampu menjanjikan tidur yang selesa!


***

Ha... Tu baru sikit tau senarai kebaikan chia seed. Kire senarai pendek la.. Tapi kene ingat! Pada setiap yang baik itu ade kekurangannya. Jom belajar ape yang do's dan ape yang dont's dengan chia seed ni.


1) Minum banyak air



Chia seed ni menyerap air tau! Jadi kepada pengamal chia seed mesti minum air kosong atau air mineral dengan banyak. Terutama yang makan secara raw.

2) Makan chia seed yang dah kembang



Sebenarnya lebih baik amalkan chia seed yang dah kembang. Sebab chia seed ni kan serap air. Kalau makan raw, risau chia seed serap air dalam badan dan kite akan dehydration pulak.

3) Makan chia seed dengan kreatif



Korang boleh pelbagaikan cara makan chia seed ni. Boleh search dekat Pak Google resepi makanan yang mengandungi chia seed. Macam gambar atas ni!! Errmmm!! Sedapnyewww!

4) Amalkan hari-hari

Chia seed boleh diamalkan hari-hari. Sehari dalam 2 sudu besar pun dah cukup. Itu pun kalau korang nak nampak kesan yang lebih effective la. Lagi pun chia seed ni tak ade la mahal sangat dan dah boleh didapati di mall atau toko jamu mungkin.

5) Dapatkan nasihat doktor

Kepada yang menghidap penyakit kronik, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan korang! Sebab chia seed ni pun ade pantang larangnye tau!

6) Orang kurang gula

Orang yang kurang gula dilarang sama sekali mengamalkan chia seed!! A big NO to them! Sebab chia seed kan mengurangkan serapan gula. Walaubagai mana pun, sila minta nasihat doktor anda sebelum mengamalkannya.

7) Makan chia seed raw dalam kuantiti yang banyak

Perkara ini adalah dilarang sama sekali ye! Dikhuatiri biji chia seed akan melekat ditekak!

8) Makan terlalu banyak



Chia seed mengandungi fiber yang tinggi. Kalau makan banyak sangat nanti korang mengalami masalah cirit-birit pulak! Kan dah jadi masalah lain! So, a big NO jugak!

9) Orang yang ada tekanan darah rendah

Selain dapat mengawal kencing manis, chia seed juga boleh mengawal tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Jadi kepada pengidap darah rendah, sila dapatkan nasihat dari doktor korang dulu.

10) Alergik kekacang

Walaupun chia seed ni kecil. Tapi sebenarnye chia seed ni dari keluarga kekacang tau! Biasanye si alergik kekacang tak boleh makan chia seed. Ni pun kene dapatkan nasihat doktor korang!

11) Makan chia seed ketika cirit-birit



Ini memang mengundang parah la kalau makan jugak! So, NO!


Ape yang paling penting, chia seed ni boleh jadi agent kurus! Selalu la amalkan chia seed ni. Tapi jangan makan terlampau banyak tau! Nanti berchenta dengan jamban pulaks!! 

Sebelum terlupa... Chia seed ni korang boleh tanam sendiri.,,!! Ape tunggu lagi pergi la beli chia seed cepat2! Bye~

kredit to Coach Fatin Najwa

Sunday, April 19, 2015

3 Cara Mudah Kempiskan perut!!!


Assalamualaikum! Salam Sejahtere!


Ya! Post kali ni aku nak share lagi pasal perut buncit. Tapi tipsnye sikit je. Nak buat tu yang malas teramat. 

Kali ni ade lebih kurang tige tips yang mudah untuk elakkan perut buncit walaupon korang makan banyak. Pengorbanan tetap ade. Dalam banyak hal pon memang kene lakukan pengorbanan!

Tapi, sebelum share tip tu, aku nak share dulu ape keburukan perut buncit ni. Terdapat hampir 20 kesan buruk akibat perut buncit! Meh tengok!

  1. Sakit mata
  2. Sakit hidung
  3. Batuk berkahak
  4. Kerongkong kering
  5. Bibir pucat (berkaitan dengan sistem penghadaman)
  6. Sakit mulut dan lidah
  7. Sakit telinga
  8. Sakit kulit atau kulit gatal-gatal
  9. Ruam dan bisul
  10. Kulit pecah dan berair
  11. Rambut gugur
  12. Sakit sendi, tangan dan kaki
  13. Pembuangan air kencing tidak teratur
  14. Pembuangan air besar juga tidak teratur
  15. Cepat naik darah
  16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab
  17. Suka berfikir dan berkhayal
Setiap kesan yang aku senaraikan ni ade penjelasannye, tapi tu aku akan cerite dilain post la. Kalau aku ingat nak cerite la ye. Jadi, sekarang aku nak tunjuk care-care mengurangkan dan menghilangkan kebuncitan perut. Ape tunggu lagi?? Roll it!

1. Jangan makan sebelum tidur


Macam post tips buncit yang lepas, aku memang tekankan bab ni. Jangan makan sebelum tidur. Ramai yang suke makan sebelum tidur terutame golongan pelajar. Aktiviti seharian yang memenatkan menyebabkan pelajar lebih gemar makan diwaktu malam. Sebab malam tak banyak aktiviti.

Tapi sebenarnye tabiat ni la yang mengundang gejale perut buncit. Kalau kut ye pon lapar, jangan la bedal nasi, roti, meggi semua tu. Tu semua berkarbohidrat tinggi. Mengambil mase lebih kurang 4 jam nak proses. Cukup dengan minum minuman yang berat macam milo ke, coklat panas ke tak pun minum minuman 3 dalam 1.

2. Minum air


Pengambilan air masak  atau air mineral sangat penting dalam melaksanakan misi mengempiskan perut.

Minum sebotol air setengah jam sebelum makan dan setengah jam selepas makan. Ini menyebabkan korang akan berase kenyang walaupon makan sikit. Jangan lupe, buah-buahan elok dimakan sebelum kite makan makanan yang berat.

Selain air dapat melancarkan proses pencernaan, membersihkan buah pinggang dan memudahkan fungsi hempedu untuk membuang toksin, air jugak dapat mengenyangkan.

3. Senaman mudah


Yup! Sudah semestinye senaman membantu kite membuang toksin dan lemak yang berlebihan dari dalam badan kite.

Lakukan 25 ke 30 kali sit up sebelum tidur dan 25 ke 30 kali selepas bangun dari tidur. Kalau malas sangat nak buat sit up, korang boleh je buat ketuk ketampi.

Walaupon ketuk ketampi tu satu dende mase zaman sekolah dulu, ianye bertindak mengempiskan perut, peha dan betis. Sebab mase kite buat ketuk ketampi, otot-otot dibahagian perut, peha dan betis digunakan. Memang sesuai untuk yang nak kempiskan perut dan mengecilkan peha! So, pade adik-adik, rajin-rajin la kene dende dengan cikgu korang... Gurau je!!

***

Macam biase, nak seribu daye, tak nak seribu dalih. Aku dah senaraipendekkan care-care nak kempiskan perit buncit. So, tunggu ape lagi? Jom la kite amalkan!!!


Saturday, April 18, 2015

10 cara kempiskan perut yang save budget!


Assalamualaikum! Salam Sejahtere!

Now days ramai yang complain pasal perut buncit. Tak kire lelaki atau pon perempuan. Kedua-dua kaum ni ade masalah yang same. Then, merungut perut boroi. Pade hal diri sendiri yang tak jage permakanan dan kesihatan. So, post kali ni nak story pasal cara-cara nak mengempiskan perut yang boroi!


Selain daripade masalah permakanan, ibu yang baru lepas bersalin pon boleh buncit. Faktornye ialah si ibu tersebut tidak menyusukan anak dengan susu badan. Kalau tak menyusukan anak, maka lemak yang disimpan mase hamil tidak digunekan untuk memproses susu. Lepas tu lemak tu terkumpul je dalam badan. Ibu yang baru bersalin jugak perlu menjage permakanan.

Bagi yang terlanjur buncit, jangan risau... Masih ade care yang boleh diikhtiarkan dan diusahakan. So, jom scroll!!

1. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi


Bukan tak boleh makan, tapi kurangkan. Terutama sekali pengambilan karbohidrat tinggi pada waktu malam. Sebab badan kite kurang aktif pade waktu malam.

2. Kurangkan makanan yang bergoreng


Ha... Makanan bergoreng lagi la kene banyak kurangkan. Sebab kandungan lemak pade makanan bergoreng memang tinggi. Dah la tak selalu bersenam, lepas tu makan lemak banyak-banyak. Macam mane nak kurus ni?

3. Elakkan makan sebelum tidur



Ini penting! Sile take note tau! Rasenye ramai yang tahu bahawe proses penghadaman akan terhenti apabile kite sedang tidur. Maka makanan yang sepatutnye dihadam, tak hadam dan bertukar menjadi lemak dan menghasilkan gas yang membuatkan perut menjadi buncit!

4. Makan makanan yang berserat


Sentiase amalkan memakan makanan yang berserat. Kalau korang pergi kenduri atau parti atau jamuan dan sebagainye, sile lebihkan lauk berbanding nasi. Terutame lebihkan sayur-sayuran. Amalkan makan buah dahulu sebelum menjamah makanan berat. Ini sunnah nabi tau!

5. Kurangkan makan makanan bergaram


Kalau banyak makan makanan yang bergaram atau masin akan menyebabkan perut menjadi kembung dan boleh menarik banyak air. Sebab tu kalau lepas je makan McD atau KFC perut korang rase macam tegang je. Dah la tu, makan bersulam air. Memang buncit berbuncit-buncit la perut korang!

6. Elakkan makanan dan minuman yang bersoda


Ala senang cakap minuman yang bergas tu la! Coca Cola ke, Pepsi ke ape ke... Kalau boleh elakkan. Nak lagi mujarab tak payah minum terus! Sebab minuman bergas ni mengandungi gula yang banyak! Bukan setakan masalah pade perut je, malah boleh menyebabkan kencing manis! 

7. Minum banyak air mineral atau air masak


Air dapat menjamin fungsi hempedu yang efektif bagi membuang toksin dalam badan selain mencuci buah pinggang. Malah air putih jugak boleh membuat kan kite rase kenyang. Jadi dinasihatkan minum air dulu sebelum makan supaye makanan yang kite ambil dapat dikurangkan kuantitinye dan lebihkan kualiti!

8. Elakkan tidur lewat


Waktu tidur perlu dijage. Jangan terlalu awal dan jangan terlalu lambat. Kalau tidur lambat bangun awal pon tak elok malah boleh membawa maut tau!

9. Rajinlah bersukan


Rajin-rajin la bersenam. Bukan setiap hari tapi 3 kali seminggu selame 30 minit je. Tak pon korang gunekan tangga daripade lift. Berjalan kaki ke tempat kerje atau sekolah. Berjalan kaki tu macam berat sangat je kan? Nak berbasikal pon boleh. Kalau tak pon sit up atau ketuk ketampi 10 kali setiap pagi. 

10. Ketawa


Jangan tak tahu ye. Dengan ketawe jugak boleh membantu mengurangkan kebuncitan perut. Sebab mase kite ketawe, kite banyak menggunakan otot perut. Tapi, jangan ketawe tibe-tibe depan orang ramai, nanti dititlekan gile la pulak!

***

Ha... Ade 10 semuanye. Tapi, ini yang disenaraikan. Ade lagi kaedah lain seperti mengambil supliment yang disyorkan oleh doktor. Cumenye keluar ongkosnya aja!

Care-care yang aku senaraikan ni care yang save budget la. Sekarangkan harge barang dah naik dan korang pon sebok mencari yang save budget je, ni aku bagi la... Tak banyak, 10 perkare je!

Kalau nak seribu daye, kalau tak nak seribu alasan! Selamat mencoba!!!





Tuesday, April 14, 2015

Timun, sahabat makanan yang baik!


Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Post kali ni aku nak share pasal tips kecantikan dan kesihatan. Maklum la jaman sekarang ni teknologi semakin berkembang. Kebanyakkan produk kecantikan mengandungi bahan kimia yang memberi kesan sampingan yang negetif untuk jangke mase panjang.

Timun! Ya betul tu. Tips kesihatan menggunakan timun!

Timun ni bukan untuk makan je tau. Ade banyak manfaat timun ni kepada kite. Selain dengan care makan timun, ade jugak banyak care lain nak aply dekat kite.

Aku pernah la jadi mangse produk yang ade kemikal ni. Habis muke aku jadi kembang bermangkuk-mangkuk. Sekali pandang dah macam ikan buntal muke aku... Tapi, aku tak de gambar la, tak sempat nak selfie mase tu.

Lepas dari kejadian tu, aku ikut kakak and mak aku pergi facial. Then mase tu aku tanye la perawat tu. Sebelum tu, aku gune macam-macam tips, ade yang kate gune tomato, aku pon tak tau ape gune la tomato. Mak aih! Pedih kot!

Ha... Tukang facial tu cakap, daripade gune tomato, baik lagi kalau gune timun, Sebab fungsi tomato ni membuka liang pori. Sebab tu bile aku gunekan tomato ni muke aku lagi pedih. Dan dia sarankan aku menggunakan produk tenusu atau pon timun.

Dan Alhamdulillah, muke aku bertambah okey. Kulit dah start licin tapi cume tinggal parut je la sikit-sikit.

So, sebab tu la aku nak cerite pasal timun hari ni. Ape manfaatnye dan kepade ape pulak dia beri manfaat tu?

1. Timun untuk masalah muka berjerawat


Timun ni Allah ciptakan sifat dia sejuk dan tenang. Cube korang bland timun, then aplykan dekat muka. Korang akan rase sejuk je muke korang. Bile dah bilas tu, korang cube rase kulit muke korang, rase halus, gebu macam kulit bayi.

Ha... Pendek kate timun ni memang baik untuk kulit. Tak kire la kulit muke ke, kulit tangan ke, kulit kaki ke. Timun yang bersifat sejuk ni menghaluskan kulit.

Timun jugak bertindak sebagai produk anti penuaan, mengecilkan liang pori, menegangkan kulit, memutihkan kulit, merawat luka akibat pancaran sinar matahari, mengurangkan kantung mate dan timun juga merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh  badan kite.

2. Timun untuk masalah kesihatan.

Ha.. Selain dari menjage kulit muke, timun jugak mampu menjaga kesihatan tubuh badan kite. 

Kalau korang nak kurus cepat, korang amalkan makan timun selalu. Sebab timun ni mempunyai kandungan kalori yang rendah. Setiap kg dalam badan kite mengandungi 7700 kalori. Jadi untuk menurunkan 1kg, korang perlu buang 7700 kalori dalam badan!



Selain tu, timun jugak boleh jadi ubat kepade penyakit sembelit. Sebab timun ni mampu melancarkan proses pencernaan. Kalau makan timun tu, jangan buang kulitnye. Pade kulit timun ni la terkandungnye serat yang tinggi.

Manfaat lainnya dengan mengambil timun ialah dapat menyihatkan ginjal, mencegah diabetes, mengurangkan resiko terkena canser, menyembuhkan sakit kepala, menguatkan tulang dengan kandungan vitamin K yang dimiliki dan juga menghambat penyakit Alzheimer.

3. Timun untuk ibu hamil


Korang jangan terkejut! Timun jugak baik untuk ibu-ibu yang hamil. Timun dapat mengembangkan otak janin kerana timun memiliki kandungan Omega 3 yang selalunye ade pade ikan sahaje. Hebatkan Allah jadikan timun ni.

Ibu-ibu hamil yang mengamalkan pengambilan timun ni mudah bersalin. Sebab timun mampu membuatkan bibir rahim lebih elastis. 

Selain menjage kesihatan dari segi kulit dan dalaman si ibu, timun jugak mampu menjage si bayi! Kire timun ni 2 dalam 1 la. Boleh buat banyak kerje dalam satu mase.

***

Ha... Jadikan la timun ni makanan rutin harian korang. Sambil-sambil korang pergi tengok movie tu dari makan popcorn, balik korang makan timun. Tak pon tengah sibuk-sibuk mengadap facebook tu, sediakan satu bekas untuk timun. Boleh jadi makanan kudapan.

Nak mandi tu, bland dulu timun. Lepas tu jadikan timun tu scrab. Nak scrab muke boleh, nak scrab satu badan pon boleh!

Okey la, nak pergi makan timun banyak-banyak! Timun... Oooo timun! Tunggu jap ye.. Aku nak publishkan post aku ni kejap. Nanti ko boleh jadi famos timun!

Saturday, October 29, 2011

Pueraria Mirifica

                                                                           


Pueraria Mirifica ialah Tumbuhan ajaib kurniaan Tuhan. Pueraria Mirifica mengandungi 1001 khasiat untuk kesihatan.

Pemakanan atau penggunaan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah supplemen
untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh.

Pueraria Mirifica berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormone, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin korang perolehi dari produk-produk lain.
Korang tak perlu lagi menyeksa diri dengan segala suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita. Pueraria Mirifica bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Korang pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya.

Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan anugerah Tuhan yang boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon manusia.

Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19 lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan tumbuhan nombor satu jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain. Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak digalakkan. Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan
terdapat di utara Thailand .

Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia . Namun ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand . Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada pengeluar untuk dikomersialkan.


Antara kebaikannya adalah …..
KULIT
- menganjalkan kulit yang telah melendut
- menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
- mengurangkan garis-garis halus
- mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
- menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
- menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
- melembutkan kulit - kulit kurang kasar dan kering
- merawat jerawat dari dalam
- mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
- mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata
- melambatkan proses penuaan secara berkesan
KUKU
- mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh
- menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih
- meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat
- kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat
RAMBUT
- mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya
- mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang
- menggalakkan pertumbuhan rambut baru
- mengawal keguguran rambut
- melambatkan penuaan rambut dan mengawal rambut dari beruban
- menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat
BADAN
- melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak
- membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh
- mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan
PAYUDARA DAN PUNGGUNG
- mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
- memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
- membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
- menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara
- menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah
yang ketara

- mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
- mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi,
sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif
kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.

RAHIM DAN VAGINA
- mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
- merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
- merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
- melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan
- menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
- menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi
- menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda
wanita yang paling istimewa kepada suami, keistimewaan yang hanya anda dan suami
dapat rasainya. Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin.

KESIHATAN
- menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
- mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
- membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah
menopos dan osteophorosis

- mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
- mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea,
rabun jauh dan lain-lain

- menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh

Hasi rujukan blog http://suhaimy.org

Friday, March 18, 2011

Tomato...Ubat Jantung...

Setiap orang pasti tahu bahawa buah tomato sememangnya kaya dengan kandungan air yang bervitamin. Pelbagai warna seperti merah, hijau, kuning dan oren. Rasanya yang sedikit masam membuatkan buah jenis ini lebih digemari untuk dijadikan campura jus ataupun jus tomato dengan tambahan gula, pelengkap masakan, sabal dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda bahagian tomato yang manakah paling banyak mengandungi khasiat? Haa... Nak tahu??? Bahagian yang paling berkhasiat dalam tomato ialah pada bahagian bijinya yang sedikit berlendir itu. Haa... Dah tahukan? Jika selama ini kita membuang bahagian biji itu, sekarang ni dah tahu, jadi janganlah buang bahagian itu.

Kajian telahpun dijalankan di Rowett Researc Instiute, Aberdeen, Scotland, para pengkaji telah menemui hasil yang luar biasa dari sebiji tomato.Asim k Dutta-Roy, Phd merupakan penyelidik yang telah melakukan kajian terhadap buah tomato ini.Beliau telah menemui lapisan licin yang berwarna kuning yang terdapat disekitar biji tomato ternyata banyak sekali mengandungi bahan campuran yag amat bagus sekali dalam melawan stoke dan penyakit jantung.

Dalam kajian beliau, jika kita mengamalkan jus tomato yang tidak diasingkan bijinya secara teratur, 72% kita telah mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit stroke dan penyakit jantung.



Haa... dah tahu ni, lepas ini janganlah buang biji tomato tu. Jadikan jus tomato itu minuman rutin demi menjaga kesihatan jantung dan badan anda.

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...