Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Saturday, April 18, 2015

10 cara kempiskan perut yang save budget!


Assalamualaikum! Salam Sejahtere!

Now days ramai yang complain pasal perut buncit. Tak kire lelaki atau pon perempuan. Kedua-dua kaum ni ade masalah yang same. Then, merungut perut boroi. Pade hal diri sendiri yang tak jage permakanan dan kesihatan. So, post kali ni nak story pasal cara-cara nak mengempiskan perut yang boroi!


Selain daripade masalah permakanan, ibu yang baru lepas bersalin pon boleh buncit. Faktornye ialah si ibu tersebut tidak menyusukan anak dengan susu badan. Kalau tak menyusukan anak, maka lemak yang disimpan mase hamil tidak digunekan untuk memproses susu. Lepas tu lemak tu terkumpul je dalam badan. Ibu yang baru bersalin jugak perlu menjage permakanan.

Bagi yang terlanjur buncit, jangan risau... Masih ade care yang boleh diikhtiarkan dan diusahakan. So, jom scroll!!

1. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi


Bukan tak boleh makan, tapi kurangkan. Terutama sekali pengambilan karbohidrat tinggi pada waktu malam. Sebab badan kite kurang aktif pade waktu malam.

2. Kurangkan makanan yang bergoreng


Ha... Makanan bergoreng lagi la kene banyak kurangkan. Sebab kandungan lemak pade makanan bergoreng memang tinggi. Dah la tak selalu bersenam, lepas tu makan lemak banyak-banyak. Macam mane nak kurus ni?

3. Elakkan makan sebelum tidur



Ini penting! Sile take note tau! Rasenye ramai yang tahu bahawe proses penghadaman akan terhenti apabile kite sedang tidur. Maka makanan yang sepatutnye dihadam, tak hadam dan bertukar menjadi lemak dan menghasilkan gas yang membuatkan perut menjadi buncit!

4. Makan makanan yang berserat


Sentiase amalkan memakan makanan yang berserat. Kalau korang pergi kenduri atau parti atau jamuan dan sebagainye, sile lebihkan lauk berbanding nasi. Terutame lebihkan sayur-sayuran. Amalkan makan buah dahulu sebelum menjamah makanan berat. Ini sunnah nabi tau!

5. Kurangkan makan makanan bergaram


Kalau banyak makan makanan yang bergaram atau masin akan menyebabkan perut menjadi kembung dan boleh menarik banyak air. Sebab tu kalau lepas je makan McD atau KFC perut korang rase macam tegang je. Dah la tu, makan bersulam air. Memang buncit berbuncit-buncit la perut korang!

6. Elakkan makanan dan minuman yang bersoda


Ala senang cakap minuman yang bergas tu la! Coca Cola ke, Pepsi ke ape ke... Kalau boleh elakkan. Nak lagi mujarab tak payah minum terus! Sebab minuman bergas ni mengandungi gula yang banyak! Bukan setakan masalah pade perut je, malah boleh menyebabkan kencing manis! 

7. Minum banyak air mineral atau air masak


Air dapat menjamin fungsi hempedu yang efektif bagi membuang toksin dalam badan selain mencuci buah pinggang. Malah air putih jugak boleh membuat kan kite rase kenyang. Jadi dinasihatkan minum air dulu sebelum makan supaye makanan yang kite ambil dapat dikurangkan kuantitinye dan lebihkan kualiti!

8. Elakkan tidur lewat


Waktu tidur perlu dijage. Jangan terlalu awal dan jangan terlalu lambat. Kalau tidur lambat bangun awal pon tak elok malah boleh membawa maut tau!

9. Rajinlah bersukan


Rajin-rajin la bersenam. Bukan setiap hari tapi 3 kali seminggu selame 30 minit je. Tak pon korang gunekan tangga daripade lift. Berjalan kaki ke tempat kerje atau sekolah. Berjalan kaki tu macam berat sangat je kan? Nak berbasikal pon boleh. Kalau tak pon sit up atau ketuk ketampi 10 kali setiap pagi. 

10. Ketawa


Jangan tak tahu ye. Dengan ketawe jugak boleh membantu mengurangkan kebuncitan perut. Sebab mase kite ketawe, kite banyak menggunakan otot perut. Tapi, jangan ketawe tibe-tibe depan orang ramai, nanti dititlekan gile la pulak!

***

Ha... Ade 10 semuanye. Tapi, ini yang disenaraikan. Ade lagi kaedah lain seperti mengambil supliment yang disyorkan oleh doktor. Cumenye keluar ongkosnya aja!

Care-care yang aku senaraikan ni care yang save budget la. Sekarangkan harge barang dah naik dan korang pon sebok mencari yang save budget je, ni aku bagi la... Tak banyak, 10 perkare je!

Kalau nak seribu daye, kalau tak nak seribu alasan! Selamat mencoba!!!





5 comments:

Unknown said...

Haha..baru tahu ketawa pon boleh kurus!

Izzati Amira said...

nice!! akan diamalkan.. heeeee

Princess Comey said...

semoge berjaye!!

Siti Yang Menaip said...

singgah sini *hai*
bestlaaa ada banyak tips nak kurus aaahak..

Princess Comey said...

tq2!!

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...