Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Me and the timeline...!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Okey, memandangkan aku baru wish tahun baru pade post Enjoy your life! , post Rotan tanda mendidik agak serius dan aku pulak masih kebosanan. So, aku nak buat timeline la. Bukan nak tiru Mark Zuckerbeg buat Facebook lagi satu, tak.. Aku nak buat garis mase je. Kalau nak tau, kene la teruskan bacaan...

2010

Aku start berjinak-jinak dengan Blogger. Semua punce dari ayah. Ayah suruh aku kembangkan bakat menulis yang terpendam ni.

"Bukan kembangkan badan je tau..." kate ayah dengan selambernye. Tak tau jage hati orang langsung! Ish!
Jangan muncung-muncung, nanti jadi macam muncung itik baru tau!

First post telah pun di post oleh aku pade tarikh 30 hari bulan 12. Jam 9.00 malam post pertame aku pon dipublishkan oleh aku. Mesti la oleh aku, takan ayah aku pulak yang nak tuliskan blog aku. Blog dia pon tak termanage. Nak tuliskan untuk aku. Memang tak la...

Post Maafkan Aku menampakkan sangat keSKEMAan aku. Puih! Ayat semua macam nak hantar karangan SPM je. Tapi, disebabkan mase ni baru tukar template blog, so ade error siket. Post tu tak ade gap antare perenggan. Same macam post Kesilapan.

2011

Lepas tu aku teruskan dengan post Ikan tercomel didunia. Boleh le aku berbalah dengan komenter kat bawah tu. *Nak tau, sile pi bace sendiri... Actually, diorang tu kawan aku jugak. Jealous la tu dengan kecomelan aku waktu tu. Hahaha~ Masuk bakul angkat sendiri! Ngeh~


Then aku explore blogger dengan copy dari blog orang la. Tapi, minta izin ye. Aku tiru majalah la. Ayah aku cakap, tu proses pengenalan. Sampai la ke post Cinta Mati. But still skematik gile. Ayat sarkastik jimnastik. Kekok! Bahase omputih, AWKWARD!

Next, aku start tulis pasal holiday, Teluk Kemang, Pord Dickson, Negeri Sembilan, masukkan pasal artis sikit-sikit. You know, cube mencari keselesaan dalam dunia blog. Macam-macam jenis dan gender aku post. Ade macam luah perasaan, ade tulis cerpin, ade tips kesihatan la... 

Dan akhirnya, aku gune jugak ganti name diri 'AKU' untuk menulis dalam post 'Dah bersediakah menghadapi sebuah perkahwinan'. Aku rase lagi selese manulis macam ni, Tak de la macam hipokrit. Dalam blog, ayat ayu, sopan. Hakikat? Hahaha~

Pade aku, bile aku masih manggunakan 'saye' dalam berbual atau menulis atau dalam bentuk ape jua komunikasi, beerti aku still awkward. Rase macam ade gap dan benteng yang menghalang aku untuk buat lawak.

Walaupun tak ade la lawak mane, orang pandang sepi krikk krikk je kat lawak aku. But, at least aku selese nak menggile! Kalau tak, ayat macam orang tak makan setahun!

Sedar tak sedar dah hampir lime tahun aku berblogging! Yeay!


2015

Bercinta? Dimana relevannye??? post yang pertame pade tahun ni. Pukul 2.50 pagi aku publish! Itu pun 23 hari bulan hari tu. Tu pasal la aku lambat wish tahun baru. Macam biase, ayat lapuk...

  • Dah bersawang dah blog ni...
  • Jap, nak kemaskan blog ni. Dah berhabuk.
  • Kalau blog ni sebuah bilik, mesti dah berdebu dah!
Well, blog aku ni tak ade la banyak sangat entri, tak sampai 100 lagi pon. nanti dah seratus aku bagi tau ye, itu pon kalau aku ingat lagi la.

So, happy blogging to other penulis blog and happy reading kepade pembace. Semoge kite jumpe lagi... Chop, macam mane nak jumpe ye? Aku menulis blog, bukan bukak video calls ke ape. Ye tak?
Pape la...!

Okey, ade mase aku menulis lagi la ye. Tak de mase, aku tak menulis la. Kan dah cakap tadi, kalau ade mase baru menulis. Dah kalau tak ade mase, macam mane nak menulis??

So... Jadikan hidupmu penuh dengan perkare bermakne because lives to short!

Anyeong! Bye!

Merotan tanda mendidik!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Baru-baru ni hangat tentang topik 'Rotan anak-anak boleh dihukum' yang dibangkitkan oleh Datuk Rohani Karim. Isu ni memang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan masyarakat. Sehingga akhirnya Datuk Rohani Karim tampil dan membidas sangkaan yang meleset tentang permansuhan rotan.

Ye la, tibe-tibe keluar surat khabar tajuknye rotan anak-anak boleh dihukum. Memang la semua nak melatah, kan? 

Setelah sekian banyaknye orang mempersoalkan isu ni, beliau tampil dengan penjelasan. Katenye, ape yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang itu ialah memasukkan peruntukkan yang lebih terperinci mengenai kaedah yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kanak-kanak. Hal ini termasuklah perlakuan merotan mereka.

Maksudnye, kalau setakat merotan untuk mendidik masih dibolehkan. Ape yang Datuk Rohani nak sampaikan ialah beliau mahu mengurangkan masalah penderaan kanak-kakak dari segi fizikal dan mental.

Amboi, topik kali ni macam terover serious la pulak...
Memang serius la. Dari dulu lagi care mendidik anak yang paling mudah dengan merotan. Tapi, malangnye ade yang menyalahgunakan method ni sekarang. Mungkin sebab ni la Datuk Rohani keluarkan kenyataan tersebut.

Bile keluar isu ni ramai yang bersuare dan menetang sebab masih belum jelas dengan isi tersiratnye. Dan semua pun macam mengimbau nostalgia yang menggambarkan rotan ni la yang membentuk mereke-mereke termasuk aku jadi manusia. Bukan asyik nak menyetan je. Haha~


Ni baru sikit. Ade banyak lagi komen-komen yang mengimbau. Aku pon ade jugak. Kalau setakat berbirat satu dua tu normal la. Ade yang aku bace tu, bapak dia siap bawak helmet sergah dia sebab ponteng sekolah pi cybercafe.

By the way, tu dulu. Start yang lahir pade kire-kire tahun 99 dan ke atas, rotan memang jarang digunekan. Contohnye adik-adik aku la. Tapi, yang bagusnye diorang tak de la merayap. Paling-paling pun pi main bola waktu petang  dengan member dia. Cumenye terlebih manje la. Ape yang diorang nak, sebolehnye kene tunaikan. Kalau tak, mucung sedepe!

Kalau comel macam ni, tak pe la jugak...

Kalau macam ni??

*kredit to the owner!
Satu lagi, susah nak ditegur. Kalau ditegur je mule la tarik muke 14! Merampus bagai. Aku kalau buat macam tu dulu, jawapan dia senang je, ROTAN! Tapi, sekarang bayang rotan pun dah tak mandang. Memandangkan semua dah besar, maka rotan sudah tidak diperlukan.

Banyak kebaikan rotan ni, tapi macam yang dah dinyatekan. Orang sekarang menyalahgunekan kaedahnye. Ape pun, sebagai ibu dan ayah,  masing-masing ade care yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.

Ape care sekali pun boleh, cume jangan sampai patah riuk sudah la. Tak pun masuk hospital sakit jiwe ke. Macam ade pepatah ni..

Sayang anak, tangan-tangankan.
Merotan tande mendidik, bukan mendere. Betulkan balik persepsi tu. Betulkan yang biase, biasekan yang betul. Renung-renungkan dan selamat beramal!





p/s : baru perasan, post ni serious giler dowh!

Saturday, August 13, 2011

SPM, Facebook dan you tube!!!

Hurm... Nak tulis apa ya??? Ntah la.... 
Sorry la, dah lama tak update blog ni... Almaklum, na periksa besar lakata kan... SPM... Siapa yang tak takut weih... Menggigil!! 

!!! Arghh!!! Takut!!!

Subjek yang paling aku takut ialah Add Math and Kimia... Fizik tak la takut sangat, tapi takut juga... Lukisan kejuruteraan, alhamdulillah, aku boleh skkor A+. Math, Sejarah, and Bahasa Inggeris aku agak lemah. dapat C. Paling okey pun dapat B-.

Sejarah tu, ntah la. Sebenarnya tak de la susah sangat. Tapi kene baca. Masalahnya, aku ni malas membaca. Novel rajin la aku. 

Fuhh!! Takut aku tengok gambar tu... Na dapat A+ bukan senang. Tapi, sekarang ni, semua dia nak. Pelajaran nak kena A+, kokurukulum nak A+, sahsiah pun nak A+. Aku ni bukan lah bagus sangat. Nak dapat semua A+. Tapi, masa depan aku tu. Hurm... Apalah nak jadi dengan aku ni???

Suka, suka!!!

Facebook, kalau dalam seminggu ta buka, tak sah. Mesti buka. Walaupun terkadang tak de apa yang nak ditengok, tapi, nak buka juga. Hurmmm... Apa nak jadi ni??? 


Yang ini pun sama. Kalau tak tengok or dengar lagu, tak sah!! Hai You tube, Facebook... Kenapalah kau wujud??? Hurm... Tapi, tak boleh na salahkan bende tu kan?? Salah sendiri, kan??? Hurm... ntah la. Apa nak jadi dengan aku ni.

Kalau facebook dengan youtube ni aku tak sentuh dalam seminggu, aku rasa aku boleh skor kot... 



Tengok tu... Still na tengok lagi. Trial lagi dua minggu weih!!! Stop tonton everything!! Jauhi laptop dan yag sama waktu dengannya... Now!!! No compromy!!!

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...