Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Me and the timeline...!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Okey, memandangkan aku baru wish tahun baru pade post Enjoy your life! , post Rotan tanda mendidik agak serius dan aku pulak masih kebosanan. So, aku nak buat timeline la. Bukan nak tiru Mark Zuckerbeg buat Facebook lagi satu, tak.. Aku nak buat garis mase je. Kalau nak tau, kene la teruskan bacaan...

2010

Aku start berjinak-jinak dengan Blogger. Semua punce dari ayah. Ayah suruh aku kembangkan bakat menulis yang terpendam ni.

"Bukan kembangkan badan je tau..." kate ayah dengan selambernye. Tak tau jage hati orang langsung! Ish!
Jangan muncung-muncung, nanti jadi macam muncung itik baru tau!

First post telah pun di post oleh aku pade tarikh 30 hari bulan 12. Jam 9.00 malam post pertame aku pon dipublishkan oleh aku. Mesti la oleh aku, takan ayah aku pulak yang nak tuliskan blog aku. Blog dia pon tak termanage. Nak tuliskan untuk aku. Memang tak la...

Post Maafkan Aku menampakkan sangat keSKEMAan aku. Puih! Ayat semua macam nak hantar karangan SPM je. Tapi, disebabkan mase ni baru tukar template blog, so ade error siket. Post tu tak ade gap antare perenggan. Same macam post Kesilapan.

2011

Lepas tu aku teruskan dengan post Ikan tercomel didunia. Boleh le aku berbalah dengan komenter kat bawah tu. *Nak tau, sile pi bace sendiri... Actually, diorang tu kawan aku jugak. Jealous la tu dengan kecomelan aku waktu tu. Hahaha~ Masuk bakul angkat sendiri! Ngeh~


Then aku explore blogger dengan copy dari blog orang la. Tapi, minta izin ye. Aku tiru majalah la. Ayah aku cakap, tu proses pengenalan. Sampai la ke post Cinta Mati. But still skematik gile. Ayat sarkastik jimnastik. Kekok! Bahase omputih, AWKWARD!

Next, aku start tulis pasal holiday, Teluk Kemang, Pord Dickson, Negeri Sembilan, masukkan pasal artis sikit-sikit. You know, cube mencari keselesaan dalam dunia blog. Macam-macam jenis dan gender aku post. Ade macam luah perasaan, ade tulis cerpin, ade tips kesihatan la... 

Dan akhirnya, aku gune jugak ganti name diri 'AKU' untuk menulis dalam post 'Dah bersediakah menghadapi sebuah perkahwinan'. Aku rase lagi selese manulis macam ni, Tak de la macam hipokrit. Dalam blog, ayat ayu, sopan. Hakikat? Hahaha~

Pade aku, bile aku masih manggunakan 'saye' dalam berbual atau menulis atau dalam bentuk ape jua komunikasi, beerti aku still awkward. Rase macam ade gap dan benteng yang menghalang aku untuk buat lawak.

Walaupun tak ade la lawak mane, orang pandang sepi krikk krikk je kat lawak aku. But, at least aku selese nak menggile! Kalau tak, ayat macam orang tak makan setahun!

Sedar tak sedar dah hampir lime tahun aku berblogging! Yeay!


2015

Bercinta? Dimana relevannye??? post yang pertame pade tahun ni. Pukul 2.50 pagi aku publish! Itu pun 23 hari bulan hari tu. Tu pasal la aku lambat wish tahun baru. Macam biase, ayat lapuk...

  • Dah bersawang dah blog ni...
  • Jap, nak kemaskan blog ni. Dah berhabuk.
  • Kalau blog ni sebuah bilik, mesti dah berdebu dah!
Well, blog aku ni tak ade la banyak sangat entri, tak sampai 100 lagi pon. nanti dah seratus aku bagi tau ye, itu pon kalau aku ingat lagi la.

So, happy blogging to other penulis blog and happy reading kepade pembace. Semoge kite jumpe lagi... Chop, macam mane nak jumpe ye? Aku menulis blog, bukan bukak video calls ke ape. Ye tak?
Pape la...!

Okey, ade mase aku menulis lagi la ye. Tak de mase, aku tak menulis la. Kan dah cakap tadi, kalau ade mase baru menulis. Dah kalau tak ade mase, macam mane nak menulis??

So... Jadikan hidupmu penuh dengan perkare bermakne because lives to short!

Anyeong! Bye!

Friday, December 31, 2010

Maafkan aku...

"Maafkan saya, ya?" Mesti susah nak melafazkan ayat itukan? Tapi, lagi susah nak ungkapkan "Saya maafkan awak," Sedangkan kesalahan itu bukan datang daripada diri kita.

 Nak tahu kenapa? Itu semua angkara 'EGO'. Ego yang tinggi membuatkan kita sering meninggi diri. Memang betul, kesilapan itu bukan daripada kesilapan kita, tapi berdosakah kita jika kita meminta maaf daripada semua orang, minta maaf kepada orang yang telah membuat kesilapan kepada kita? Itukan sesuatu perkara yang mulia. Sedangkan tuhan yang mencipta kita pun sentiasa memaafkan hambanya, inikan pula kita sebagai manusia. Tuhan sentiasa menerima taubat daripada hambanya.

Masyarakat juga sering menganggap meminta maaf itu satu perkara yang remeh. "Alah, minta maaf  tunggu hari rayalah," Ha! Macam mana kalau tidak sempat? Masa itu barulah kita akan menyesal. Walau kita menangis air mata darah sekali pun, mereka yang telah pergi tidak akan pernah kembali untuk menerima maaf daripada kita. Itulah sebabnya tuhan suruh kita sentiasa meminta maaf tidak kira sama ada kita ada membuat kesalahan atau pun tidak.

Terkadang kita tidak sedar, dalam gurau senda kita dengan rakan, ibu bapa, kaum keluarga dan semua orang kita ada tersalah kata, tersialap tingkah laku dan sebagainya. Bukan semua orang dalam dunia ni pakar piskologi yang boleh membaca pemikiran orang lain. Satu dalam seribu. Bukan senang nak jumpa. Kita sebagai manusia biasa tidak mampu untuk membaca hati orang lain. Mendengar rintihan hati mereka. Mereka menyembunyikan perasaan itu kerana tidak mahu merosakkan 'mood' pada waktu itu.

 Memanglah bukan senang untuk kita mulakan tradisi meminta maaf ini. Tapi kalau tidak ada yang memulakan, sampai bila-bila pun tradisi ini tidak akan wujud. Tepuk dada tanya selara. Adakah kita mahu melihat generasi kita sering bertelagah hanya kerana perkara yang remeh tapi dibesar-besarkan? Tentunya tidak, bukan?

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...