Baru-baru ni hangat tentang topik 'Rotan anak-anak boleh dihukum' yang dibangkitkan oleh Datuk Rohani Karim. Isu ni memang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan masyarakat. Sehingga akhirnya Datuk Rohani Karim tampil dan membidas sangkaan yang meleset tentang permansuhan rotan.
Ye la, tibe-tibe keluar surat khabar tajuknye rotan anak-anak boleh dihukum. Memang la semua nak melatah, kan?
Setelah sekian banyaknye orang mempersoalkan isu ni, beliau tampil dengan penjelasan. Katenye, ape yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang itu ialah memasukkan peruntukkan yang lebih terperinci mengenai kaedah yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kanak-kanak. Hal ini termasuklah perlakuan merotan mereka.
Maksudnye, kalau setakat merotan untuk mendidik masih dibolehkan. Ape yang Datuk Rohani nak sampaikan ialah beliau mahu mengurangkan masalah penderaan kanak-kakak dari segi fizikal dan mental.
Amboi, topik kali ni macam terover serious la pulak...
Memang serius la. Dari dulu lagi care mendidik anak yang paling mudah dengan merotan. Tapi, malangnye ade yang menyalahgunakan method ni sekarang. Mungkin sebab ni la Datuk Rohani keluarkan kenyataan tersebut.
Bile keluar isu ni ramai yang bersuare dan menetang sebab masih belum jelas dengan isi tersiratnye. Dan semua pun macam mengimbau nostalgia yang menggambarkan rotan ni la yang membentuk mereke-mereke termasuk aku jadi manusia. Bukan asyik nak menyetan je. Haha~
Ni baru sikit. Ade banyak lagi komen-komen yang mengimbau. Aku pon ade jugak. Kalau setakat berbirat satu dua tu normal la. Ade yang aku bace tu, bapak dia siap bawak helmet sergah dia sebab ponteng sekolah pi cybercafe.
By the way, tu dulu. Start yang lahir pade kire-kire tahun 99 dan ke atas, rotan memang jarang digunekan. Contohnye adik-adik aku la. Tapi, yang bagusnye diorang tak de la merayap. Paling-paling pun pi main bola waktu petang dengan member dia. Cumenye terlebih manje la. Ape yang diorang nak, sebolehnye kene tunaikan. Kalau tak, mucung sedepe!
Kalau comel macam ni, tak pe la jugak... |
Kalau macam ni?? *kredit to the owner! |
Satu lagi, susah nak ditegur. Kalau ditegur je mule la tarik muke 14! Merampus bagai. Aku kalau buat macam tu dulu, jawapan dia senang je, ROTAN! Tapi, sekarang bayang rotan pun dah tak mandang. Memandangkan semua dah besar, maka rotan sudah tidak diperlukan.
Banyak kebaikan rotan ni, tapi macam yang dah dinyatekan. Orang sekarang menyalahgunekan kaedahnye. Ape pun, sebagai ibu dan ayah, masing-masing ade care yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.
Ape care
sekali pun boleh, cume jangan sampai patah riuk sudah la. Tak pun masuk
hospital sakit jiwe ke. Macam ade pepatah ni..
Sayang anak,
tangan-tangankan.
Merotan
tande mendidik, bukan mendere. Betulkan balik persepsi tu. Betulkan yang biase,
biasekan yang betul. Renung-renungkan dan selamat beramal!
p/s : baru perasan, post ni serious giler dowh!
0 comments:
Post a Comment