Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label ayda jebat. Show all posts
Showing posts with label ayda jebat. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Emma Maembong kena paksa kahwin? Biar betol!


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Post kali ni tak de ape sangat pon aku nak sembang. Lagi pon topik hangat belum meletop lagi. Tapi tu la, jari jemari aku ni ketagih nak menaip. Nak eksesaiz katenye. Sebab dah berape hari dah tak senaman takut nanti tergumuk pulak!

Hari ape ye... Aku tak ingat la. Aku ade la tengok Meletop Era dekat Youtube. Tetamunye ialah Micheal Ang bekas peserte Master Chef, Aiman Hakim Redza dan Ayda Jebat. Aku bukan nak cerite pasal Meletop Era ni. Aku nak cerite pasal satu drama terbaru. Baru tak baru dah lime episod la dah ditayangkan.

Drama ni ditayangkan di Astro Ria dan Astro Maya HD. Pade setiap hari Isnin pukul 10 malam. Ha.. korang yang melayan drama-drama melayu ni mesti dah tau kan? Drama ni menggantikan drama Suamiku Encik Sotong!


Ha... Dalam drama yang menggantikan Suamiku Encik Sotong ni, Emma Maembong dipakse berkahwin dengan Aiman Hakim Redza.



Dalam siri drama Isteri Separuh Masa ni, Ayda Jebat memegang watak sebagai Zita iaitu kekasih kepada Aiman Hakim Redza yang memegang watak sebagai Nazrin Shah. Disebabkan Medina Izwani iaitu Emma Maembong sendiri telah melaporkan tentang kecurangan Zita. Make, nenek mereke menghalang perhubungan Zita dan Nazrin.

Sejak tu, Nazrin benci sangat dengan Medina Izwani ni. Selain tu, nenek mereke yang kononnye trauma denga kejadian yang berlaku kepade pak cik diorang bertekad ingin mengahwinkan diorang berdua ni. Sampai sakit-sakit nenek diorang. Sebab tak nak nenek sakit, diorang pon setuju berkahwin.

Diorang jugak bersetuju nak berlakon depan nenek dan family yang kononnye diorang ni tersangat la bahagia. Macam fairytale! Hakikatnye, kalau tak gaduh, tak sah!

So, aku pon layan la. Sebab aku memang suke dengan ketige-tige pelakon yang menjayekan drama ni. Aiman Hakim Redza kan pakar dalam bab-bab "dahulu besi, sekarang parang, dahulu benci sekarang sayang!" Macam dalam Vanilla Coklat dulu tu. Tapi kali ni kasar dia over sikit.

Emma Maembong pulak memang pandai bawak watak menangis. Pergghhh!! Masuk habuk kat mate kot tengok Emma nangis.

Ayda Jebat pulak, memang boleh bawak watak ala-ala jahat nakal ni kan. Macam dalam Rindu Awak 200% tu... 


Kan dalam Rindu Awak 200% ni Ayda Jebat jadi nakal, keras kepale. Dalam Isteri Separuh Masa pulak dia lain sikit. Ayda Jebat memang berlakon jadi jahat sungguh. Kalau nak tau menjadi atau tak lakonan mereke ni, kene la tonton sendiri.

Aku pon bukan layan sangat drama-drama bagai ni, aku tengok mane yang menarik minat aku atau aku dah pernah bace novel dia baru aku ngadap. Itu pon aku ngadap online. Sebab tv adik-adik aku dah konker!

Dah tak de nak merepek ape lagi dah kot. So, semoge bertemu dilain post pulak la ye...



Sunday, April 12, 2015

Idea Come To Me Please!

Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Tujuan aku tulis blog hari ni ialah sebab aku tak ade idea nak tulis ape. Bile tak ade idea nak tulis ape tapi tangan ni gatai nak menaip maka terhasil la post hari ni.

Aku try blog walking, jengah sane, jengah sini, tapi satu idea pon tak nak bertandang. Jenuh aku seru si IDEA ni untuk menunjukkan wajahnye. Namun masih tidak kelihatan. Ha.. Kan aku dah mule merepek! Ni semua sebab idea yang tak nak hadir la ni!

Okey, hasil blog walking aku... kebanyakan blog tulis pasal Memey Suhaiza selamat lahirkan anak kedua dia. Yang si Norman Hakim pulak berdebar-debar tunggu saat kelahiran anak kedua diorang. Dalam mase yang same Memey Suhaiza nampak relax je.


Rasenye, tak terlambat kot aku nak ucapkan tahniah dekat diorang kan? So...



Habis tengok-tengok pasal Memey dan Norman, idea masih tak muncul-muncul lagi. Aku tak pasti nak cerite pasal ape sebenarnye. So, aku ambil keputusan untuk terus blog walking lagi. Then, aku jumpe cerite pasal dua orang artis ni pulak.


Isunye sikit je. Pasal ayat 'Muah Ciked' je. Tapi, kontrobasinye sampai hampir semua blog nak tulis cerite ni. 

Al kisahnye kononye Shila Amzah annoying la dengan ayat 'Muah Ciked'. Lepas tu... Aku da tak tau dah ape ke kisahnye. Plus aku malas nak ambil peduli. Biar la, itu masalah diorang bukan masalah aku!

Then, again... Aku jalan-jalan cari idea. Pon masih belum berjumpe dengan si idea ni. Janji nak datang, tapi bayang si idea ni pon aku tak nampak lagi. 

Lepas tu isu "FAZURA TIBA DI AIFFA KUCHING BAK ARTIS HOLLYWOOD" menjadi bahan bacaan si pembace.


Dia artis kot. Cantik pulak tu. Tak hairan la kalau orang kerumun dia macam dia artis Hollywood. Lain la kalau aku yang tiba-tiba dikerumun macam tu. Itu memang isu yang pelik. Itu tandenye... Aku bukan la lagi penulis blog. Mungkin jadi retis jugak la kot! hahahaha~ Tak nak la... 

Idea ni, dah setengah jam aku tunggu la!!! Mane ni? Tak sampai-sampai lagi. Aku still tak ade idea nak tulis ape kat blog ni. Nak corat-coret cerpin pon tak ade idea. Dah tu, idea tak datang, macam mane nak menulis?

Ha... Aku ade jumpe satu lagi isu artis. Tapi isu ni dah agak kebelakang sikit la.


Isu hina anak, Black Hanafiah buat laporan polis. Ape al kisah disebalik tabirnye aku memang tak tahu menahu. Tapi, dari tajuknye, aku paham la yang Black ni marah kat orang yang hina anak dia. 

Tapi, aku musykil la. Ape yang orang tu tak puas hati sangat sampai nak hina-hina anak orang? Kalau anak aku kene hina pon aku marah! Bukan saman je, aku rejam manusia tersebut! HAHAHA! (gelak jahat!)

Opss! Kecoh-kecoh tak de idea la, idea tak hinggap la, idea tak datang la... Rupe-rupenye dah berjela post aku. Betul la kate orang, mulakan je, langkah pertame tu la yang menjadikan langkah seribu! Perkataan pertama menjadikan satu karangan bebelan yang panjang.

Okey la. Ape-ape pon, cerite sini... Habis sini la erk.. (tiru ayat shuib pulak la)


Opps... Aku ade lagi satu masalah. Tajuknye aku nak tulis ape ye?

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...