Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Friday, July 31, 2015

Izzmad Harun Nama Baru Dalam Industri Hiburan!


Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Post kali ni aku nak kenalkan korang dengan seorang artis baru. Artis baru ni, baru je jejakkan kaki dia dalam industri hiburan. Dia ni asalnye dari Teluk Intan, Perak. Oghang peghok kate ko!

Artis ni memang suke menyanyi. Memang tu hobi dia. Dia pon memang selalu join mane-mane pertandingan menyanyi terutame pertandingan yang dianjurkan dekat Teluk Intan dan sekitarnye. Contohnye Suara Karaoke Teluk Intan, finalis Jelajah Pulau Pinang dan dia jugak pernah menyertai uji bakat dengan stesen radio Perak FM. Dan akhirnye dia bergerak sendiri bersame dengan Zizzra Red Intertaiment..






Bermule dengan lagu Cinta Di Hujung Dedaun, Izzmad Harun kini dah ade 4 buah lagu lagi iaitu Aiziah, Saat ini, Sahabatku dan Inilah Cinta. Korang rajin-rajin la bukak you tube dengar lagu dia ni.

Izzmad Harun ni baru berumur 21 tahun. Salah satu sebab kenape dia nak menyanyi ialah sebab dia nak tolong adik dia yang sakit sejak berumur setahun. Katenye, adik dia mule-mule cume demam panas je. Tapi, macam yang kite tahu, demam panas ni sebenarnye bahaye.

Saya tidak akan berputus asa kerana saya faham cabaran dan persaingan industri pada masa kini. Lagi pun saya menyanyi bukan semata-mata ingin dikenali tetapi untuk mengembangkan bakat dan membantu adik yang sakit.
Katenye pade Zass... 


Selain zass... Izmad jugak dah kene interview dengan myMetro : Cita-cita Besar 2 Beradik

Ape-ape pon, diharap Izzmad Harun bertabahlah kirenye dalam bidang hiburan ni. Dan semoga berjaye hendaknye di dunia dan di akhirat!

Facebook Page : Izz Izzmad Harun
Instagram : Izzmadharun

Nah ucapan selamat hari raye dari Izzmad Harun dan kawannye...


Sunday, April 12, 2015

Idea Come To Me Please!

Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Tujuan aku tulis blog hari ni ialah sebab aku tak ade idea nak tulis ape. Bile tak ade idea nak tulis ape tapi tangan ni gatai nak menaip maka terhasil la post hari ni.

Aku try blog walking, jengah sane, jengah sini, tapi satu idea pon tak nak bertandang. Jenuh aku seru si IDEA ni untuk menunjukkan wajahnye. Namun masih tidak kelihatan. Ha.. Kan aku dah mule merepek! Ni semua sebab idea yang tak nak hadir la ni!

Okey, hasil blog walking aku... kebanyakan blog tulis pasal Memey Suhaiza selamat lahirkan anak kedua dia. Yang si Norman Hakim pulak berdebar-debar tunggu saat kelahiran anak kedua diorang. Dalam mase yang same Memey Suhaiza nampak relax je.


Rasenye, tak terlambat kot aku nak ucapkan tahniah dekat diorang kan? So...



Habis tengok-tengok pasal Memey dan Norman, idea masih tak muncul-muncul lagi. Aku tak pasti nak cerite pasal ape sebenarnye. So, aku ambil keputusan untuk terus blog walking lagi. Then, aku jumpe cerite pasal dua orang artis ni pulak.


Isunye sikit je. Pasal ayat 'Muah Ciked' je. Tapi, kontrobasinye sampai hampir semua blog nak tulis cerite ni. 

Al kisahnye kononye Shila Amzah annoying la dengan ayat 'Muah Ciked'. Lepas tu... Aku da tak tau dah ape ke kisahnye. Plus aku malas nak ambil peduli. Biar la, itu masalah diorang bukan masalah aku!

Then, again... Aku jalan-jalan cari idea. Pon masih belum berjumpe dengan si idea ni. Janji nak datang, tapi bayang si idea ni pon aku tak nampak lagi. 

Lepas tu isu "FAZURA TIBA DI AIFFA KUCHING BAK ARTIS HOLLYWOOD" menjadi bahan bacaan si pembace.


Dia artis kot. Cantik pulak tu. Tak hairan la kalau orang kerumun dia macam dia artis Hollywood. Lain la kalau aku yang tiba-tiba dikerumun macam tu. Itu memang isu yang pelik. Itu tandenye... Aku bukan la lagi penulis blog. Mungkin jadi retis jugak la kot! hahahaha~ Tak nak la... 

Idea ni, dah setengah jam aku tunggu la!!! Mane ni? Tak sampai-sampai lagi. Aku still tak ade idea nak tulis ape kat blog ni. Nak corat-coret cerpin pon tak ade idea. Dah tu, idea tak datang, macam mane nak menulis?

Ha... Aku ade jumpe satu lagi isu artis. Tapi isu ni dah agak kebelakang sikit la.


Isu hina anak, Black Hanafiah buat laporan polis. Ape al kisah disebalik tabirnye aku memang tak tahu menahu. Tapi, dari tajuknye, aku paham la yang Black ni marah kat orang yang hina anak dia. 

Tapi, aku musykil la. Ape yang orang tu tak puas hati sangat sampai nak hina-hina anak orang? Kalau anak aku kene hina pon aku marah! Bukan saman je, aku rejam manusia tersebut! HAHAHA! (gelak jahat!)

Opss! Kecoh-kecoh tak de idea la, idea tak hinggap la, idea tak datang la... Rupe-rupenye dah berjela post aku. Betul la kate orang, mulakan je, langkah pertame tu la yang menjadikan langkah seribu! Perkataan pertama menjadikan satu karangan bebelan yang panjang.

Okey la. Ape-ape pon, cerite sini... Habis sini la erk.. (tiru ayat shuib pulak la)


Opps... Aku ade lagi satu masalah. Tajuknye aku nak tulis ape ye?

Sunday, March 9, 2014

Majlis Pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana

Masih belum terlambat rasenye ingin ku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai ini. Siape lagi kalau bukan pengarah filem muda tersohor kite, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana?


Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof dan pelakon cantik Puteri Sarah Liyana telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada pukul 10.30 pagi, pada 8 Mac 2014.

Meskipun Syamsul Yusof menghidap demam denggi, namun majlis pernikahan itu tetap berlangsung dengan jayanya walaupun dia terpaksa berkerusi roda ke majlis pernikahan mereka. Kata ibunya, Datin Patimah Ismail kepada Sinar harian..

Untuk esok, majlis pernikahan akan diteruskan seperti yang dirancang. Kami akan membawa Syamsul menggunakan kerusi roda. Majlis nikah tidak boleh dibatalkan kerana borang nikah dan urusan Tok Kadi telah lama diatur. Selepas nikah, Syamsul perlu kembali ke hospital semula.


Apa-apa pun, semoga dugaan dan cabaran ini menjadi dinding kepada pernikahan mereka berdua agar lebih matang dalam melakukan atau membuat keputusan jika menghadapi masalah kelak.

Barakallahu lakuma wa baraka alaik... Amin..


Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...