Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Friday, April 17, 2015

Emma Maembong kena paksa kahwin? Biar betol!


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Post kali ni tak de ape sangat pon aku nak sembang. Lagi pon topik hangat belum meletop lagi. Tapi tu la, jari jemari aku ni ketagih nak menaip. Nak eksesaiz katenye. Sebab dah berape hari dah tak senaman takut nanti tergumuk pulak!

Hari ape ye... Aku tak ingat la. Aku ade la tengok Meletop Era dekat Youtube. Tetamunye ialah Micheal Ang bekas peserte Master Chef, Aiman Hakim Redza dan Ayda Jebat. Aku bukan nak cerite pasal Meletop Era ni. Aku nak cerite pasal satu drama terbaru. Baru tak baru dah lime episod la dah ditayangkan.

Drama ni ditayangkan di Astro Ria dan Astro Maya HD. Pade setiap hari Isnin pukul 10 malam. Ha.. korang yang melayan drama-drama melayu ni mesti dah tau kan? Drama ni menggantikan drama Suamiku Encik Sotong!


Ha... Dalam drama yang menggantikan Suamiku Encik Sotong ni, Emma Maembong dipakse berkahwin dengan Aiman Hakim Redza.



Dalam siri drama Isteri Separuh Masa ni, Ayda Jebat memegang watak sebagai Zita iaitu kekasih kepada Aiman Hakim Redza yang memegang watak sebagai Nazrin Shah. Disebabkan Medina Izwani iaitu Emma Maembong sendiri telah melaporkan tentang kecurangan Zita. Make, nenek mereke menghalang perhubungan Zita dan Nazrin.

Sejak tu, Nazrin benci sangat dengan Medina Izwani ni. Selain tu, nenek mereke yang kononnye trauma denga kejadian yang berlaku kepade pak cik diorang bertekad ingin mengahwinkan diorang berdua ni. Sampai sakit-sakit nenek diorang. Sebab tak nak nenek sakit, diorang pon setuju berkahwin.

Diorang jugak bersetuju nak berlakon depan nenek dan family yang kononnye diorang ni tersangat la bahagia. Macam fairytale! Hakikatnye, kalau tak gaduh, tak sah!

So, aku pon layan la. Sebab aku memang suke dengan ketige-tige pelakon yang menjayekan drama ni. Aiman Hakim Redza kan pakar dalam bab-bab "dahulu besi, sekarang parang, dahulu benci sekarang sayang!" Macam dalam Vanilla Coklat dulu tu. Tapi kali ni kasar dia over sikit.

Emma Maembong pulak memang pandai bawak watak menangis. Pergghhh!! Masuk habuk kat mate kot tengok Emma nangis.

Ayda Jebat pulak, memang boleh bawak watak ala-ala jahat nakal ni kan. Macam dalam Rindu Awak 200% tu... 


Kan dalam Rindu Awak 200% ni Ayda Jebat jadi nakal, keras kepale. Dalam Isteri Separuh Masa pulak dia lain sikit. Ayda Jebat memang berlakon jadi jahat sungguh. Kalau nak tau menjadi atau tak lakonan mereke ni, kene la tonton sendiri.

Aku pon bukan layan sangat drama-drama bagai ni, aku tengok mane yang menarik minat aku atau aku dah pernah bace novel dia baru aku ngadap. Itu pon aku ngadap online. Sebab tv adik-adik aku dah konker!

Dah tak de nak merepek ape lagi dah kot. So, semoge bertemu dilain post pulak la ye...



0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...