Kecantikan bukanlah satu benda yang asing dalam kehidupan seharian kita. Malahan yang sangup berhabis hanya kerana nahu cantik pun ada. Itu bukan perkara pelik lagi untuk zaman sekarang ni. Orang putih kata 'biar papa asal bergaya'
Islam itu sendiri pun suka akan kecantikan dan keindahan serta kebersihan. Cuma ianya berbeza dengan konsep kecantikan yang dinilai oleh manusia. Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan dalam seseorang wanita itu. Sejauh mana dia mampu menjaga maruahnya dan keluarga.
Tak semestinya kita yang wanita atau gadi ini perlu berjubah litup dan berfurdah. Bukanlah tak boleh, boleh sangat digalakkan. Tapi kita kena berbalik kepada diri kita sendiri. Jika kita nak bertudung, berfurdah segala bagia, betulkah kita mahu melakukannya secara istiqamah?
Seandainya tidak lebih baik jangan. Dikhuatiri kita akan melakukannya macam hangat-hangat tahi ayam je, kan tak elok macam tu. Macam nak permainkan agama. Untuk permulaan biarlah kita hanya memakai tudung, baju atau seluar yang tidak sendat. Bertudung dengan pakaian sendat juga bukanlah ciri-ciri yang baik untuk menjadi wanita yang cantik.
Tak kisahlah kalau nak melawa dan mencantikkan diri tapi kita taidak boleh berlebihan. Islam itu sendiri adalah agama yang sederhana. Sederhana dalam semua perkara. Even dalam beribadah pun ada hadnya. Itu menunjukkan bahawa Islam itu indah dan cantik susunannya.
Wanita itu indah dan cantik. Lebih cantik apabila dia pandai menjaga tatasusilanya, kesopanannya, kelembutannya, keayuannya dan maruahnya. Cantiknya wanita itu dalah kekal selagi tiada yang mencemarinya. Maruah itu perlu dijaga dan dilindung kerana tanpa maruah cantik macam mana sekali pun seorang wanita itu ia sudah tidak berguna lagi.
0 comments:
Post a Comment