Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Cantik... Wanita... dan Islam...

Kecantikan bukanlah satu benda yang asing dalam kehidupan seharian kita. Malahan yang sangup berhabis hanya kerana nahu cantik pun ada. Itu bukan perkara pelik lagi untuk zaman sekarang ni. Orang putih kata 'biar papa asal bergaya'

Islam itu sendiri pun suka akan kecantikan dan keindahan serta kebersihan. Cuma ianya berbeza dengan konsep kecantikan yang dinilai oleh manusia. Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan dalam seseorang wanita itu. Sejauh mana dia mampu menjaga maruahnya dan keluarga. 


Tak semestinya kita yang wanita atau gadi ini perlu berjubah litup dan berfurdah. Bukanlah tak boleh, boleh sangat digalakkan. Tapi kita kena berbalik kepada diri kita sendiri. Jika kita nak bertudung, berfurdah segala bagia, betulkah kita mahu melakukannya secara istiqamah?

Seandainya tidak lebih baik jangan. Dikhuatiri kita akan melakukannya macam hangat-hangat tahi ayam je, kan tak elok macam tu. Macam nak permainkan agama. Untuk permulaan biarlah kita hanya memakai tudung, baju atau seluar yang tidak sendat. Bertudung dengan pakaian sendat juga bukanlah ciri-ciri yang baik untuk menjadi wanita yang cantik. 

Tak kisahlah kalau nak melawa dan mencantikkan diri tapi kita taidak boleh berlebihan. Islam itu sendiri adalah agama yang sederhana. Sederhana dalam semua perkara. Even dalam beribadah pun ada hadnya. Itu menunjukkan bahawa Islam itu indah dan cantik susunannya.


Wanita itu indah dan cantik. Lebih cantik apabila dia pandai menjaga tatasusilanya, kesopanannya, kelembutannya, keayuannya dan maruahnya. Cantiknya wanita itu dalah kekal selagi tiada yang mencemarinya. Maruah itu perlu dijaga dan dilindung kerana tanpa maruah cantik macam mana sekali pun seorang wanita itu ia sudah tidak berguna lagi.

Wednesday, January 18, 2012

Ketahui 3 Fakta Mengenai Lelaki!



Fakta 1~ MENGENALI WATAK LELAKI

Watak , sifat dan tabiat seorang lelaki boleh ditentukan melalui unsur-unsur kejadiannya.

A. UNSUR ANGIN
Unsur angin dikaitkan dengan pemikir. Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian iaitu berpegng kepada teori, tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain, berfikiran positif dan terbuka, kurang emosi, menghargai kebolehan pemikiran, mahukan kebebasan, memandang remeh sesuatu perkara dan sukakan fakta dan pujian.

B. UNSUR API
Unsur api dikaitkan dengan seorang yang intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati). Ia juga digolongkan sebagai sifat kelelakian seperti pentingkan diri sendiri, megah, bersemangat tinggi, suka bersaing, kurang matang, keras hati, tidak peka terhadap sesuatu, dan mampu merancang masa depan.

C. UNSUR TANAH
Unsur tanah dikaitkan dengan deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan seperti menghargai keadaan, keras hati, sabar, berdisiplin, berhati-hati, boleh diharap, kurang tegas dan cekap.

D. UNSUR AIR
Sifat air dikaitkan dengan perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan iaitu lemah lembut, mudah tersentuh, pengasih suka memaksa, penakut, keras kepala, sukar ditegur, perahsia, memahami dan tidak tamak.


Fakta 2~ KEKUATAN LELAKI

A. KEGAGAHAN
Kegagahan lelaki bukan pada fizikal sahaja tetapi, pada kemurnian rohaninya. Lelaki yang gagah adalah :-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata apabila tersentuh.
  2. Lelaki yang sedia menerima teguran.
  3. Lelaki yang membalas kejahatan dengan kebaikan.
  4. Lelaki yang tenang dan berlapang dada.
  5. lelaki yang sentiasa bersangka baik.
  6. Lelaki yang tidak berutus asa. 
Kegagahan lelaki terletak pada keuliaan hatinya. Semua kegagahan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang lelaki.


B. KEAJAIBAN LELAKI
  • Agresif (suka melawan)
  • Bebas
  • Tidak emosi
  • Menyembunyikan emosi
  • Tidak mudah melenting
  • Aktif
  • Tidak mudah tersentuh
  • Sukar menilai perasaan orang lain
  • Tidak mudah menangis
  • Boleh membezakan antara perasaan dan pemkiran

Fakta 3~ KELEBIHAN DAN KELEMAHAN LELAKI

Lelaki boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan terlalu mengambil berat (prihatin). Apabila seseorang lelaki menyukai wanita, tidak semestinya wanita itu cantik. Mungkin dia tertarik dengan budi bahasa dan kesopanannya yang tinggi.

Adakalanya lelaki menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Dengan itu, banyak perkara yang boleh dibual dan dikongsi bersama.

Sebenarnya, lelaki tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima suatu penolakan dengan baik tetapi tidak bagi wanita. Meraka juga akan menonjolkan sikap kalelakiannya untuk menambat hati wanita.

A. PERASAAN TERHADAP WANITA
Sememangnya lelaki dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Kerana itulah mereka suka melihat dan menjeling wanita, menonton filem Baywatch dan mencuci mata di tepi pantai atau kolam renang. Tetapi, kebanyakan lelaki menjadi resah apabila pertama kali mengajak wanita keluar.

B. MENIRU GAYA ARTIS
Tujuan seorang lelaki meniru gaya artis atau berlagak macho hanyalah kerana ingin memikat hati wanita. Jika seseorang lelaki menjawab "tengoklah dulu," apabila ditanya, ia bermaksud dia kurang setuju. Berlainan pula jika dia berterus terang. Tujuannya adalah untuk bersikap jujur dan berharap agar wanita akan memahami maksudnya.

C. CEMBURU
Seseorang lelaki akan merasa cemburu apabila kawan perempuannya menyebut nama lelaki lain. Lelaki tidak boleh mempelajari semua perkara mengenai perempuan daripada buku semata mata. Disebabkan itulah mereka sering keliru dengan sikap perempuan dan tidak memahami sikap mereka. 

Adakalnya lelaki perlu mengetahui dengan mendalam tentang cara untuk berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

D. MELIHAT DADA WANITA
Apabila seorang lelaki terpandang ke arah dada wanita dan wanita itu menyedarinya, maafkan saja kerana kebanyakan lelaki tidak sengaja berbuat demikian. Mereka merasa kejadian wanita sangat indah dan seni.

E. PEREMPUAN MEMINATI LELAKI
Apabila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan tersebut perlu diberi peluang kerana mungkin lelaki tersebut juga menaruh minat kepadanya.

F. KELEMAHAN LELAKI
Amat memalukan bagi lelaki jika tidak mampu menolong wanita. Kebanyakan lelaki lemah dengan air mata wanita apatah lagi jika wanita tersebut sangat dikasihi. Sebab itulah air mata wanita diibaratkan sebagai senjata.

Lelaki tidak akan sempurna seratus peratus sama ada dari segi rupa, pandangan luaran mahupun dalamannya.

Oleh itu, seorang wanita tidak boleh mengharapkan semua yang terbaik dan hebat daripada lelaki. Mereka juga makhluk biasa dan mempunyai kelemahan.

Thursday, March 24, 2011

Wanita... Cantik... Ayu... Make-up...



Wanita sekarang ni, bertudung ke, tak bertudung ke...
Mesti nak ber'make-up'... Wanita hari ini ingin lari dari teknik solekan yang agak ketinggalan zaman. 

Bermotifkan solekan cantik tetapi mahu dilihat semula jadi atau dikenali sebagai warna pastel. Namun, mungkin anda tidak tahu cara yang terbaik untuk mentacap wajah anda. Tidak mengapa, saya
akan paparkan beberapa tips yang anda boleh yang anda boleh ikut untuk mendapatkan wajah yang asli, semula jadi dan segar.

YANG PERLU ANDA TAHU :

1)Warna alas bedak (foundation) harus sama dengan warna kulit supaya tidak kelihatan seperti ada garis 
    batas pada kulit atau anda kelihatan seperti pakai topeng!
2)Warna concealer seelok-eloknya 2 tingkat lebih muda dari warna foundation.
3)Melakar kening seelok-eloknya menggunakan pensil warna coklatagar tampak semula jadi.
4)Warna pembayang pipi pula, perlu disesuaikan dengan bentuk wajah supaya manpak lebih alami.
5)Warna gincu bibir pula, sesuaikan dengan bibir. jika bibir penuh, sebaiknya guna gicu warna muda. 
   Kerana jika warna tua akan menonjolan bibir anda.

Hurm...
Itulah serba sedikit info yag boleh saya kongsikan dengan anda... Selamat mencuba!!

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...