Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Saturday, February 1, 2014

Si Hawa Yang Merindu

Menitis air mata bila terbaca diarinya. Nur Ashikin Aliya, seorang gadis yang kuat, matang dan sangan simple. Hidupnya mudah, bangun pagi selesaikan kerja rumah, bersiap untuk ke pejabat, pulang dan rehatkan diri. Itu pada zahirnya. Tetapi batinnya, tiada siapa yang tahu...

Mohammad Amir Firdaus seorang jejaka tampan idaman gadis Malaya. Bekerja sebagai seorang engineer disebuah syarikat ternama. Matlamatnya untuk mengukuhkan ekonomi poketnya. Dan untuk menanggung insan tercinta.

Flashback, 20 Januari 2000

"Ekin, bila kamu nak kahwin ni? Umur dah masuk 20, tapi masih tak ada calon ke?" Hurm.. Mula dah muqaddimah ceramah perkahwinan dari mama. Entah berapa kali harus dibilang, si dia masih belum bersedia untuk menanggung aku. Katanya dia seorang yang bertanggungjawab, jadi dia perlu bekerja keras. Dia tak mahu memiliki aku sedang dia masih belum bersedia. Dia kata " Abang bukan ape Ekin... Abang tak mahu Ekin menderita kerana abang tak boleh nak bahagiakan Ekin,"

Ya, aku cuba. Cuba sedaya upaya untuk tidak mengganggunya. Tapi kian hari hati aku merintih meminta perhatian dari si dia yang tercinta. Merayu untuk dibelai manja darinya. Tetapi jawapan yang ku terima tetap sama. "Abang tak nak Ekin kecewa," Aku tahu, dia sedang cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan dirinya. Masalahnya, aku tak perlukan kesempurnaan yang tak akan pernah wujud!

3 Mac 2001


Hari ini, terjawab sudah segala persoalan aku. Tamat sudah segala derita menanti. Dia pergi. Pergi kepada yang lebih memahami dirinya. Pergi kepada si dia yang lebih baik dari aku. Pergi kepada si gadis yang lebih matang dan tidak mengada-ngada.


Memang. Memang tamat derita menanti tetapi kini ditambah pula dengan derita melepaskan sesuatu yang belum termiliki. Kata ayah, segala yang di dunia ini simpannya di tangan supaya mudah untuk melepaskan. Kerana segala yang bersifat duniawi itu tidak kekal. "Segala yang yang di akhirat simpannya di hati dan ingatan supaya sering beringat akan akhirat kelak," sambungnya.

Tergambar di wajah ayah akan kekecewaan si dia meninggalkan aku yang pada asalnya beralasan untuk mengukuhkan ekonomi. Tapi ternyata, dia rupanya kembali kepada kekasih lama.

Duhai hati, tabahlah dikau kerana yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Ingatlah duhai hati, Allah itu sering mahukan yang terbaik untuk hambanya yang bersabar. Mungkin dia bukan yang terbaik buat diri ku tetapi terbaik buat yang lain. Jangan risau duhai hati yang walang, Allah ciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Si Adam ada Hawanya yang menanti...

Sekarang, 31 Ogos 2005


Sahdu mendengar nyanyian arwah Saloma yang berjudul "Selamat Pengantin Baru". Kini, Kak Ekin sudah selamat menjadi milik Abang Hafidz Redza.


Bersambuang...

Alhamdulillah... selesai sudah majlis akad nikah yang dilangsungkan di Masjid Al-Jabbar. Suasana yang tenang dan meriah menghiasi pula majlis makan beradab. Malamnya diserikan dengan gelak tawa sanak saudara ketika acara membuka hadiah.

Bermacam-macam karenah saudara, rakan dan keluarga. Ada yang bagi dapur gas, set pinggan mangkuk, set cawan dan teko, set alat solek dan kecantikan dan ada juga yang memberi set cadar. Yang kelakarnya, ada yang sudah memberi hadiah pakaian bayi! Ya Allah, kalau iya pun, sabar-sabar la dulu...

Hikmah si Hawa yang merindu si Adam. Allah hadiahkan insan yang lebih baik sebagai pengganti si Adam yang dulu. Abang Hafiz memang seorang yang pandai mengambil hati dan memahami Kak Ekin. Semoga penikahan ini kekal sehingga ke syurga..

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...