Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Monday, November 7, 2016

4 Kesan Perfectionist


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Hari ini aku ingin kupaskan lagi topik "Perfectionism". Dalam post Apa Itu Perfectionist, aku telah ketengahkan maksud perfectionism dan ciri-ciri si pengidap perfectionist ni (yang menghidapi phobia). Dan aku pun dah tunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan hasil kerja si Perfectionist...

 Obsessive-compulsive disorder  atau lebih dikenali sebagai OCD merupakan nama lain bagi Perfectionist. OCD ini merupakan penyakit mental keempat tau! Dan OCD ni penyakit yang kerap dihidapi sekerap penyakit kencing manis dan asma.

Korang mesti tertanya-tanya perfectionist ni bagus atau tidak? Atau mesti ada yang fikir 'apa salahnya menjadi sempurna, kan?' So, untuk tahu lebih lanjut kenalah teruskan bacaan...

Sebelum tu, nah... Jamah sikit gambar-gambar yang membuatkan si perfectionist ni rasa tenang dan happy.









Yang ni hasil sentuhan si perfectionist...



Dah puas tengok? Nak lagi?? Cari dekat google la... Taip je 'satisfying pictures for perfectionists' mesti keluar.

Yang bawah ni pulak gambar yang pengidap perfectionist ni tak suka. Kalau boleh tak nak tengok atau tak boleh wujud pun dalam dunia ni...




serabut tengoknya...


So, dah tahu apa yang perfectionist suka dengan tak suka? Dah hadam? Jom tengok pulak apa kesan yang berkalu terhadap perfectionist dalam kehidupan.

1) Masalah dalam hubungan


Pengidap perfectionist sukar untuk berada dalam hubungan yang romantik dengan 'kesempurnaan'. Harapan dan tuntutan mereka adalah sangat tinggi. Orang yang rapat dengan mereka sering berasa tertekan untuk memenuhi tahap kesempurnaan si Perfectionist. 

Dalam hubungan, perfectionist sering berasa kecewa, marah dan geram. Dalam persahabatan, mereka boleh cuba keluar dari kepompong mereka untuk menyokong dan menjadi pemurah. Tetapi mereka juga boleh menjadi kompetitif, tegar, dan sangat pasif-agresif.

2) Sentiasa cemas, kepenatan dan mendera diri sendiri


Perfectionist hidup dengan kebimbangan berterusan mengenai apa yang perlu dicapai. Golongan perfectionism juga akan sentiasa berasa cemas.

Mereka perlu bekerja lebih keras untuk mencapai lebih dan lebih dan lebih. Ini membuatkan mereka letih dan sengsara sepanjang masa. Kerana manusia tidak akan mencapai kesempurnaan yang mutlak seperti yang mereka mahukan.

3) Rasa malu yang keterlaluan
"The perfectionist is usually very intolerant of mess and disorganization. They believe that if they can make their outside environment look a certain way, that means that everything is good and safe on the inside. This is often an attempt to get away from deeper internal feelings of toxic shame. These are the feelings inside of them that are more messy, painful and disorganized—the feelings that are difficult to articulate, define or resolve immediately.
Kalau boleh mereka pun tak nak sifat perfectionism ni sebab mereka akan sentiasa malu dengan kegagalan. Sedangkan kegagalan tu proses kehidupan. Malah orang sekeliling tak ambil peduli pun. 

4) Mahukan sesuatu lebih dari kebiasaan

Seorang perfectionist percaya bahawa mereka tidak cukup sekadar baik atau special the just way they are. Mereka percaya lavel mereka datang dari baka yang sempurna. 

Seorang perfectionist itu berasa bahawa mereka perlu sentiasa mendapat tempat mereka sebagai "terbaik" di dunia, maksudnya mereka tidak layak untuk 'hanya' wujud dan disayangi ala kadar. Ini kerana mereka menagih sesuatu yang 'sempurna' atau lebih dari kebiasaan.

***
See... Bukan senang menjadi perfectionist ni. Tapi semua ni jugak bukan kemahuan mereka. Aku akauilah, ada sedikit rasa tak puas bila sesuatu perkara yang aku buat tu tak capai expectation aku. Contoh, aku belajar drive kereta manual. Bila enjin mati disebabkan kecuaian aku, aku rasa sakit, malu dan rasa macam nak ulang sampai perfect! So, aku pun mungkin dalam golongan perfectionism jugak kot. 


Aku dah lama perasan dengan perasaan ni. Tapi, aku ignore je. Selagi boleh dikawal... Kawallah. Dan kawallah dengan iman. Malas nak layan perasaan 'perfect' ni, takut melarat pulak. Eh.. ape aku melalut ni??

So, sampai sini dulu untuk post hari ni. Cuaca mendung je dari pagi tadi. Aku pun mengantuk tak sudah...

Assalamualaikum! Adios!

2 comments:

Mellya Musa said...

haha melampau sangat . susun camnelaa
https://mellyacrayola.blogspot.my/

aisyah said...

wow .. info yang berguna .. hahaha . kereta tu yang xley bla .

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...