Pages

Monday, December 21, 2015

Hutan Lipur Lata Kinjang For Picnic! (part 2)


Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Sebelum aku sambung Part 1, aku nak ucapkan ribuan terime kasih kepada pembace dan juga penulis komen diruangan komen blog aku ni. Ha... Tadi sebelum tulis blog, aku ambil la mood dengan menela'ah balik post-post aku yang lepas.

Komen-komen korang tu adalah terapi minda aku... Hahahaha~ Nampak sangat batak komen!! Adeh.. Ape pon tak boleh! Ke laut seh!

Dah! Abaikan tu semua! Hey! Peghangai!

So, sambung semalam... Aku berhenti sampai hat rama-rama, betui dak? Oh, ya! Aku tak cerite lagi pasal suasane dekat atas hutan lipur lata kinjang tu kan? 

Meh aku cerita...

Part atas air terjun tu memang tak boleh mandi sebab air terjunnye sangat deras. Lepas tu keadaan batunye pun licin. Tapi suasane dan pemandangan dia sangat cantik! Kalau nak mandi juga, keselamatan adalah TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI!


Nah gambaq bagi yang tak pernah samapi hutan lipur lata kinjang ni. Kalau jalan naik tangga lagi, korang boleh la naik titi gantung tu. Tapi, aku tak berani la nak jalan sorang-sorang naik atas tu. Gayat weh!

Pinjang gambar kat google
Cuti Malaysia
Pun pinjam google
Ini cerita saya
Hanya mampu pinjam gambar dari diorang ni je. Kalau ikutkan, ayah aku tak bagi aku naik atas. Tapi, kaki aku dah terlangkah naik atas ni dia pun tak boleh nak cakap ape la dengan anak dia yang ketegaq ni.

Andai kata korang berpeluang naik kat atas ni, boleh la try buat macam depa ni. Ni namanya gravity pull. Hurm... Rugi betul aku tak dapat cuba!


Lepas dah puas aku ngadap atas ni, aku pun turun. Well, dah kering dah badan aku mase tu. Waktu turun tu, aku jumpe la beberape bende..

Pertame..


Nama pokok ni _________ Berdarah. Kalau korang boleh bagi name penuh dia, korang dapat sesuatu. Ha... Mohon la bagi jawapan diruangan komen yew!

Kedua..


Yang ni pula, aku tak tau ape name cendawan ni. Tapi cendawan ni tak banyak pon. Ade dekat dua batang pokok yang dah tumbang je aku jumpe. Sape yang tau name cendawan ni boleh la bagi tau aku kat ruangan komen juga!

Ketiga..


Rasenye ni la ulat beluncas yang dah jadi rama-rama. Kalau salah tolong tunjukkan ye. Saye budak baru belajar.. Hehehe~ Tak susah nak cari pun. Memang bersepah sepanjang naik ke atas tu.

Okay, sedikit maklumat la bagi yang memang tak pernah masuk lata kinjang ni. Kalau korang nak picnic boleh nak berkhemah pun boleh. Cume kalau berkhemah tu aku tak sure kene bayar or tak. Tapi memang disediakan tempat berkhemah dan jugak pondok. Korang boleh tanye mase nak bayar untuk masuk.


Siap pekej dengan pokok buluh nan rimbun lagi. Tapi aku nasihatkan korang kene la bawak tikar untuk lapik. Sebab pondok tu berpasir-pasir. Lepas tu korang kene datang awal, kalau tak dah tak ade pondok sebab pondok dia terhat.

Lagi satu! SILA JAGA BARANG BERHARGA ANDA! Ye! Kene jage betul-betul sebab kadang yang tak bermoral ni main duduk je kat pondok orang. Bukan tak nampak ade orang dekat situ! Ade yang lagi best boleh la pula hisap rokok dekat mak aku?? Rase naaaak je aku tonyoh rokok tu dalam mulut dia!

Kalau kot ye pun, merokok la dekat luar!! Ni la yang aku marah dengan kebanyakan perokok ni! Tak ade langsung nilai menghormati orang lain!!! Geram je aku! (Dah-dah... Jangan marah-marah, pembace tengah membace tu..!)

Tarik nafas... Hembus... Relex..

Baiklah... Sebelum menutup tirai post kali ni, aku persembahkan Galeri Gambar Hutan Lipur Lata Kinjang! Selamat menjamu mate! Bye! Annyeong!!

Sebelum korang nak naik ke atas, korang kene lalu jambatan ni dulu..
Air terjun dari atas jambatan yang ade kucing tu.
Ni pun dari atas jambatan.
Ape ntah name binatang ni??

Tengok la air dia... Sangat jernih!!

Ade ala-ala Go Asean ta?? Ngeee~

Cari bende tersembunyi!!!

Tenang je tengok

Abang-abang sado main air terjun!!

Aku ambil gambar ni dari atas tangga.

See you again for the next trip!! Insya Allah!









3 comments:

Mrs. A said...

Nampak tinggi air terjun tu.
1st time dengar nama lata kinjang

Princess Comey said...

lata kinjang ni mmg ta femes sgt. tp, klo na try something new... sini memang best!

Syamsid Dhuha said...

Woah I love their nature !! Btw bila cerita pasal air terjun , Ingat lagi 4 tahun lepas ada singgah lata kinjang ni , dekat air terjun tu local situ cakap tempat puteri bunian mandi . Seram sejuk juga bile dorg cerita tu . Haha :D

My blog link -> Syamsid Blog -
.

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...