Pages

Sunday, April 19, 2015

3 Cara Mudah Kempiskan perut!!!


Assalamualaikum! Salam Sejahtere!


Ya! Post kali ni aku nak share lagi pasal perut buncit. Tapi tipsnye sikit je. Nak buat tu yang malas teramat. 

Kali ni ade lebih kurang tige tips yang mudah untuk elakkan perut buncit walaupon korang makan banyak. Pengorbanan tetap ade. Dalam banyak hal pon memang kene lakukan pengorbanan!

Tapi, sebelum share tip tu, aku nak share dulu ape keburukan perut buncit ni. Terdapat hampir 20 kesan buruk akibat perut buncit! Meh tengok!

  1. Sakit mata
  2. Sakit hidung
  3. Batuk berkahak
  4. Kerongkong kering
  5. Bibir pucat (berkaitan dengan sistem penghadaman)
  6. Sakit mulut dan lidah
  7. Sakit telinga
  8. Sakit kulit atau kulit gatal-gatal
  9. Ruam dan bisul
  10. Kulit pecah dan berair
  11. Rambut gugur
  12. Sakit sendi, tangan dan kaki
  13. Pembuangan air kencing tidak teratur
  14. Pembuangan air besar juga tidak teratur
  15. Cepat naik darah
  16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab
  17. Suka berfikir dan berkhayal
Setiap kesan yang aku senaraikan ni ade penjelasannye, tapi tu aku akan cerite dilain post la. Kalau aku ingat nak cerite la ye. Jadi, sekarang aku nak tunjuk care-care mengurangkan dan menghilangkan kebuncitan perut. Ape tunggu lagi?? Roll it!

1. Jangan makan sebelum tidur


Macam post tips buncit yang lepas, aku memang tekankan bab ni. Jangan makan sebelum tidur. Ramai yang suke makan sebelum tidur terutame golongan pelajar. Aktiviti seharian yang memenatkan menyebabkan pelajar lebih gemar makan diwaktu malam. Sebab malam tak banyak aktiviti.

Tapi sebenarnye tabiat ni la yang mengundang gejale perut buncit. Kalau kut ye pon lapar, jangan la bedal nasi, roti, meggi semua tu. Tu semua berkarbohidrat tinggi. Mengambil mase lebih kurang 4 jam nak proses. Cukup dengan minum minuman yang berat macam milo ke, coklat panas ke tak pun minum minuman 3 dalam 1.

2. Minum air


Pengambilan air masak  atau air mineral sangat penting dalam melaksanakan misi mengempiskan perut.

Minum sebotol air setengah jam sebelum makan dan setengah jam selepas makan. Ini menyebabkan korang akan berase kenyang walaupon makan sikit. Jangan lupe, buah-buahan elok dimakan sebelum kite makan makanan yang berat.

Selain air dapat melancarkan proses pencernaan, membersihkan buah pinggang dan memudahkan fungsi hempedu untuk membuang toksin, air jugak dapat mengenyangkan.

3. Senaman mudah


Yup! Sudah semestinye senaman membantu kite membuang toksin dan lemak yang berlebihan dari dalam badan kite.

Lakukan 25 ke 30 kali sit up sebelum tidur dan 25 ke 30 kali selepas bangun dari tidur. Kalau malas sangat nak buat sit up, korang boleh je buat ketuk ketampi.

Walaupon ketuk ketampi tu satu dende mase zaman sekolah dulu, ianye bertindak mengempiskan perut, peha dan betis. Sebab mase kite buat ketuk ketampi, otot-otot dibahagian perut, peha dan betis digunakan. Memang sesuai untuk yang nak kempiskan perut dan mengecilkan peha! So, pade adik-adik, rajin-rajin la kene dende dengan cikgu korang... Gurau je!!

***

Macam biase, nak seribu daye, tak nak seribu dalih. Aku dah senaraipendekkan care-care nak kempiskan perit buncit. So, tunggu ape lagi? Jom la kite amalkan!!!


4 comments:

Siti Yang Menaip said...

makan sebelum tidur dah berjaya diatasi..
dinner paling lambat at 8pm ehehe..

Princess Comey said...

good2! ready utk yg kedue pulak. minum air banyak2! =D

nur anis said...

tengah usaha ni..huhu

Princess Comey said...

Chayok!! Chayok!!

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...