Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Wednesday, January 18, 2012

Ketahui 3 Fakta Mengenai Lelaki!



Fakta 1~ MENGENALI WATAK LELAKI

Watak , sifat dan tabiat seorang lelaki boleh ditentukan melalui unsur-unsur kejadiannya.

A. UNSUR ANGIN
Unsur angin dikaitkan dengan pemikir. Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian iaitu berpegng kepada teori, tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain, berfikiran positif dan terbuka, kurang emosi, menghargai kebolehan pemikiran, mahukan kebebasan, memandang remeh sesuatu perkara dan sukakan fakta dan pujian.

B. UNSUR API
Unsur api dikaitkan dengan seorang yang intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati). Ia juga digolongkan sebagai sifat kelelakian seperti pentingkan diri sendiri, megah, bersemangat tinggi, suka bersaing, kurang matang, keras hati, tidak peka terhadap sesuatu, dan mampu merancang masa depan.

C. UNSUR TANAH
Unsur tanah dikaitkan dengan deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan seperti menghargai keadaan, keras hati, sabar, berdisiplin, berhati-hati, boleh diharap, kurang tegas dan cekap.

D. UNSUR AIR
Sifat air dikaitkan dengan perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan iaitu lemah lembut, mudah tersentuh, pengasih suka memaksa, penakut, keras kepala, sukar ditegur, perahsia, memahami dan tidak tamak.


Fakta 2~ KEKUATAN LELAKI

A. KEGAGAHAN
Kegagahan lelaki bukan pada fizikal sahaja tetapi, pada kemurnian rohaninya. Lelaki yang gagah adalah :-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata apabila tersentuh.
  2. Lelaki yang sedia menerima teguran.
  3. Lelaki yang membalas kejahatan dengan kebaikan.
  4. Lelaki yang tenang dan berlapang dada.
  5. lelaki yang sentiasa bersangka baik.
  6. Lelaki yang tidak berutus asa. 
Kegagahan lelaki terletak pada keuliaan hatinya. Semua kegagahan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang lelaki.


B. KEAJAIBAN LELAKI
  • Agresif (suka melawan)
  • Bebas
  • Tidak emosi
  • Menyembunyikan emosi
  • Tidak mudah melenting
  • Aktif
  • Tidak mudah tersentuh
  • Sukar menilai perasaan orang lain
  • Tidak mudah menangis
  • Boleh membezakan antara perasaan dan pemkiran

Fakta 3~ KELEBIHAN DAN KELEMAHAN LELAKI

Lelaki boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan terlalu mengambil berat (prihatin). Apabila seseorang lelaki menyukai wanita, tidak semestinya wanita itu cantik. Mungkin dia tertarik dengan budi bahasa dan kesopanannya yang tinggi.

Adakalanya lelaki menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Dengan itu, banyak perkara yang boleh dibual dan dikongsi bersama.

Sebenarnya, lelaki tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima suatu penolakan dengan baik tetapi tidak bagi wanita. Meraka juga akan menonjolkan sikap kalelakiannya untuk menambat hati wanita.

A. PERASAAN TERHADAP WANITA
Sememangnya lelaki dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Kerana itulah mereka suka melihat dan menjeling wanita, menonton filem Baywatch dan mencuci mata di tepi pantai atau kolam renang. Tetapi, kebanyakan lelaki menjadi resah apabila pertama kali mengajak wanita keluar.

B. MENIRU GAYA ARTIS
Tujuan seorang lelaki meniru gaya artis atau berlagak macho hanyalah kerana ingin memikat hati wanita. Jika seseorang lelaki menjawab "tengoklah dulu," apabila ditanya, ia bermaksud dia kurang setuju. Berlainan pula jika dia berterus terang. Tujuannya adalah untuk bersikap jujur dan berharap agar wanita akan memahami maksudnya.

C. CEMBURU
Seseorang lelaki akan merasa cemburu apabila kawan perempuannya menyebut nama lelaki lain. Lelaki tidak boleh mempelajari semua perkara mengenai perempuan daripada buku semata mata. Disebabkan itulah mereka sering keliru dengan sikap perempuan dan tidak memahami sikap mereka. 

Adakalnya lelaki perlu mengetahui dengan mendalam tentang cara untuk berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

D. MELIHAT DADA WANITA
Apabila seorang lelaki terpandang ke arah dada wanita dan wanita itu menyedarinya, maafkan saja kerana kebanyakan lelaki tidak sengaja berbuat demikian. Mereka merasa kejadian wanita sangat indah dan seni.

E. PEREMPUAN MEMINATI LELAKI
Apabila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan tersebut perlu diberi peluang kerana mungkin lelaki tersebut juga menaruh minat kepadanya.

F. KELEMAHAN LELAKI
Amat memalukan bagi lelaki jika tidak mampu menolong wanita. Kebanyakan lelaki lemah dengan air mata wanita apatah lagi jika wanita tersebut sangat dikasihi. Sebab itulah air mata wanita diibaratkan sebagai senjata.

Lelaki tidak akan sempurna seratus peratus sama ada dari segi rupa, pandangan luaran mahupun dalamannya.

Oleh itu, seorang wanita tidak boleh mengharapkan semua yang terbaik dan hebat daripada lelaki. Mereka juga makhluk biasa dan mempunyai kelemahan.

1 comments:

suzie rahman said...

salam.. islam itu indah, islam itu mudah :)

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...