Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Saturday, October 22, 2011

Pemplastik Dalam Makanan dan Ubatan

Apakah DEHP?

DEHP

Di(2-ethylhexyl)phthalate juga dikenali sebagai bis(ethylhexyl)phthalate dan dirujuk sebagai DEHP, bahan cecair yang digunakan dengan meluas untuk menjadikan plastik lebih anjal. Ia ramuan biasa dan pemplastik dominan yang digunakan dalam PVC untuk menjadikan PVC lembut dan mudah dilentur kerana kosnya rendah.

Plastik mungkin mengandungi 1- 40% DEHP mengikut timbangan berat dan digunakan dengan meluas dalam produk perubatan dan pengguna. DEHP juga digunakan dalam bahan pembinaan seperti paip PVC, cecair hidraulik dan bahan penebat dalam peralatan elektrik.


Kanak- kanak berisiko

Kanak- kanak terkena kesannya

Menurut Profesor Lucy Sun Hwang, dari Universiti Kebangsaan Taiwan, DEHP adalah 20 kali lebih toksik daripada melamine, bahan di China pada 2008 yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 6 bayi mati dan 300,000 sakit (The China Post, 31 Mei 2011). Melamine merupakan bahan kimia industri yang digunakan untuk mambuat baja dan plastik. Ia dimasukkan ke dalam produk susu untuk meninggikan kandungan protien.

Taipei Times (28 Mei 2011) yang memetik penemuan penyelidikan dari Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan Taiwan, melaporkan kanak- kanak yang meminum minuman tercemar dengan DEHP dalam jangka panjang terdedah kepada masalah pembiakkan.

Berdasarkan penemuan pusat penyelidikan tersebut, kanak- kanak yang meminum 350ml cecair mengandungi 12 bahagian persejuta (ppm) DEHP setiap hari selama 12 bulan adalah 6- 8 kali lebih berisiko mengalami masalah sistem pembiakan apabila dewasa kelak.


Zakar menjadi pendik

DEHP boleh menjejaskan perkembangan organ seksual lelaki. Laporan meyatakan zakar lelaki Taiwan 0.9cm lebih pendik berbanding yang dijangkakan, membawa kepada ramai yang mempercayai bahawa ini ada kaitan dengan penggunaan DEHP secara haram dalam makanan. Pendedahan kepada bahan kimia ini juga boleh merendahkan bilangan sperma secara drastik.

DEHP dilaporkan biasanya digunakan dalam bahan berkabus untuk minuman. Namun ia juga digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Ada 6 jenis minuman dan makanan yang mengandungi DEHP. 

1. minuman sukan
2. jus buahan
3. minuman teh
4. jem atau jeli
5. makanan tepung (kapsul dan bahan penambah)

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...