Pages

Sunday, April 17, 2011

Kamar Si Manja... Macam Mana Nak Buat Yer???

Si manja yang sedang membesar memerlukan ruang yang selesa serta mampu menjana minda si manja, fizikal mereka dan spiritualnya. Sebagai seorang ibu dan bapa kepada si manja, Ini adalah masa yang terbaik buat ibu bapa untuk memberikan sentuhan yang menarik di kamar si manja.


Di sini, saya ada panduan dan teknik untuk menghias kamar si manja. Selain itu, saya juga ada tip melakar keindahan kamar si manja. 

Tema adalah perkara penting yang perlu difikirkan sebelum melakukan sebarang tindakan...  

 Pilih warna yang sesuai. Mengikut kegemaran si manja.    

 



                    




Pendapat si manja penting...                                                                                                                                                       

Pendapat si manja amat penting untuk keselesaan mereka.

Rona warna cat menjadi pilihan segera untuk mengubah suasana kamar si manja...

Plih sama ada menggunakan warna primari seperti kuning, merah, dan biru yang boleh berdiri sendiri tanpa penyokong warna lain. 


Atau warna sekunder seperti ungu jingga dan hijau.

Atau pun, kalau korang nak warna yang lebih menyerlah lagi boleh guna warna tertiari. Iaitu hasil gabungan warna primari dan sekunder...

Teknik mengecat...

Dapatkan teknik mengecat dan penggunaan warna dengan betul. Terdapat banyak teknik korang boleh dapatkan dari majalah atau internet. Ia sangat membantu korang.

Pilih kemasan cadar yang sesuai...

Warna cadar membantu menaikkan lagi suasana kamar si manja.

ni untuk bayi permpuan

yang ni, bayi lelaki sesuai kot.

Beli fabrik, kertas dinding atau pembahagi...

Set tona seluruh ruang dengan mengenal pasti rekacorak utamanya.

Pilih titik tumpu pada bilik...

Walau pun orang selalu buat katil sebagai titik tumpu, tapi korang boleh je nak buat benda lain sebagai titik tumpu. Contohnya buat mural dekat dinding ke, atau ada bahagian ruang si manja bermain ke.

Dinding kamar si manja perlu tahan dengan kesan cela...

Almaklum, si manja la katakan... Mereka suka menconteng dinding. Jadi pilih la cat yang mudah dipadam contengannya.

Sediakan dinding untuk si manja menunjukkan karya mereka...

Haa... sediakan satu ruang dinding khas untunk si manja menconteng. Kalau ada dinding khas, si manja tidak perlu risau di marah jika menconteng dinding.

Cantumkan dua atau tiga jenis warna...

Kalau satu warna sahaja, kamar si manja kelihatan bosan. Si manja lebih suka sesuatu yang menarik pandangan mereka.

Motif flower power , dan jaluran sesuai untuk kamar si manja perempuan...

Ni flower power...

Ni, jaluran bintang...

Kedua-duanya sesuai untuk kamar si manja perempuan... Manpak lebih feminin dan lebih menunjukkan keanak-anakkan...

Pilih warna asas untuk si manja lelaki...

Pilih satu warna asas untuk dijadikan warna utama. Penambahan warna lain turut digalakkan. Tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ibu bapa harus kreatif memainkan warna...

Untuk bilik anak perempuan, kombinasi warna merah jambu terang dan hijau menjadi pilihan yang sangat popular dalam menzahirkan suasana yang lebih segar dan periang.


Warna merah jambu sahaja menjadikan kamar anak-anak manjadi hangat. Untuk kesan yang lebih redup, warna adalah warna yang disarankan. Untuk keseimbangan warna ini, seeloknya korang guna 1/3 daripada salahsatu warna. Dan 2/3 untuk salahsatu warna yang lain. Selain itu, kedudukan warna sama ada jauh atau dekat memberikan kesan yang sempurna.

********************************************************************************************************************************************

Setakat ini dulu yang mampu saya kongsikan. Semoga korang mendapat ilham untuk mereka hias kamar si manja. SELAMAT MENCUBA!!


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...