Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Friday, March 18, 2011

Tomato...Ubat Jantung...

Setiap orang pasti tahu bahawa buah tomato sememangnya kaya dengan kandungan air yang bervitamin. Pelbagai warna seperti merah, hijau, kuning dan oren. Rasanya yang sedikit masam membuatkan buah jenis ini lebih digemari untuk dijadikan campura jus ataupun jus tomato dengan tambahan gula, pelengkap masakan, sabal dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda bahagian tomato yang manakah paling banyak mengandungi khasiat? Haa... Nak tahu??? Bahagian yang paling berkhasiat dalam tomato ialah pada bahagian bijinya yang sedikit berlendir itu. Haa... Dah tahukan? Jika selama ini kita membuang bahagian biji itu, sekarang ni dah tahu, jadi janganlah buang bahagian itu.

Kajian telahpun dijalankan di Rowett Researc Instiute, Aberdeen, Scotland, para pengkaji telah menemui hasil yang luar biasa dari sebiji tomato.Asim k Dutta-Roy, Phd merupakan penyelidik yang telah melakukan kajian terhadap buah tomato ini.Beliau telah menemui lapisan licin yang berwarna kuning yang terdapat disekitar biji tomato ternyata banyak sekali mengandungi bahan campuran yag amat bagus sekali dalam melawan stoke dan penyakit jantung.

Dalam kajian beliau, jika kita mengamalkan jus tomato yang tidak diasingkan bijinya secara teratur, 72% kita telah mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit stroke dan penyakit jantung.



Haa... dah tahu ni, lepas ini janganlah buang biji tomato tu. Jadikan jus tomato itu minuman rutin demi menjaga kesihatan jantung dan badan anda.

2 comments:

mykhalis said...

khalis paling suka makan tomato sbb khasiat pada mata.. nakwat jus tak lalu pulak rasanya..huhuhu

meira said...

btol, btol, btol...
masam sangat!!

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...