Pages

Tuesday, March 15, 2011

Bayi Oh Bayi...Comelnya Bayi...


 
Hurm...
Rasa macam mengantuk pula...
Lepas tu...
Hari ini tak ada idea nak tulis. Tapi ayah dah bagi amaran. Pagi-pagi lagi dah, "Angah, one post today!" 
Huh! Mengerikan... 
Tak buat post pun kene marah... Hrum...

Ayah cakap "Daripada kamu online FB tu, lebih baik kamu buat satu post dekat blog kamu tu. Adalah juga faedahnya," Jadi, hari ini saya pun tulislah. Satu pun jadilah. Bak kata ayahlah... Hurm, memang betullah tu. Ada juga kebenarannya.

Disebabkan hari ini tak ada cerita, hurm... nak tulis apa ya???

Haaa... How about baby???

Bayi ni, comelkan??

I like baby... Comel.

Saya nak sharelah sikit tentang bayi ni. Bayi ni, kalau menangis cuma tiga sebab saja. Satu, sebab dia lapar. Dua, sebab lampin dia dah penuh. Dan yang ketiga pula kerana dia dah mengantuk.

Tapi, semakin membesar seseorang bayi itu, semakin bertambahlah kerenahnya. Bertambahlah sebab bayi itu menangis. Menangis nak meneraplah, menangis nak merangkaklah, dan yang paling penting menangis sebab gigi dia nak tumbuh.

Saya tidak tahulah sejauh mana kebenaran itu. Mungkin ada sebab lain kut. Wallahu alam. Tetapi mengikut kajian saya keatas beberapa bayi (adik, adik saudara, anak saudara), itulah keputusan yang saya perolehi. 

Tapi, sayangnya ramai yang tidak berhati perut. Sanggup membuang bayi-bayi comel ini. Lihat ni... 

Lihatlah wahai dunia...

Kasihan... Dekat dalam mangkuk tandas pun jadi. 

Kasihan bayi-bayi ini. Adakah sanggup kita melihatnya?? Bayi-bayi ini tidak berdosa, yang berdosa adalah orang sanggup membuang bayi ini. Sungguh mengerikan. Sedih saya melihat bayi-bayi ini di buang dengan kejam.Terkadang di tepi tong sampah, tepi sungai, dalam tandas, dan ada bayi yang dibungkus di dalam beg pakaian. 

Bayi-bayi yang dilahirkan di dunia ini adalah satu amanah dari Allah. Mereka tidak berdosakan? Jadi? Mengapa dibuang bayi ini? 

Tengok ni.
Kartun pun pandai nak sayang bayi.
Itu kartun bukan manusia.

Haiwan pun ada perasan nak jaga anak mereka. Harimau pula tu. Kita? Sebagai manusai, takkan kita tidak boleh berfikir??
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Hargailah setiap benda yang kita ada, kerana semua itu hanyalah sentara. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Masa itu kalau menyesal pun dah tak berguna lagi.

Bayi ibarat sehelai kain putih lagi suci dari dosa. Jangan seksa bayi-bayi ini. Mereka tidak bersalah. Yang bersalah adalah orang yang membuang bayi-bayi ini. Jangan tambahkan dosa lagi dengan membuang bayi-bayi ini.

 


Comelnya mereka ini...

Hurm... comelnya... Geram saya tengok bayi-bayi ini.

2 comments:

mykhalis said...

masa tengah preagnant dulu,,my wife selalu tengok gamba baby tang chumel2..hehe

meira said...

huhu....
mestila...
maser tu diew tengah membayangkan bayi y akan diew lahirkn kowt...
huhu...
kasih seorang ibu...

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...