Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Wednesday, January 19, 2011

Kesilapan...

Sebagai manusia, kita memang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan kelalaian kerana itu adalah kelemahan dan kekurangan kita. Tuhan menjadikan kita tidak sempurna kerana Dia ingin kita semua sentiasa berusaha untuk memajukan diri kita.
 Kesilapan yang lalu akan membuatkan kita sentisa menjadikannya sebagai tauladan dalam kehidupan seharian kita. Kesilapan yang lalu juga akan mebuatkan kita sentiasa sedar dan beringat agar kita tidak mengulanginya untuk kedua kalinya.
 Penyesalan yang tidak berkesudahan tidak akan meberi apa-apa keuntungan dalam kehidupan kita. Tetapi, kita harus sentiasa berwaspada agar kesilapan itu tidak akan berulang kembali kerana kita mungkin ada peluang yang kedua.
 Namun bukan semua orang akan mendapat peluang yang kedua. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan peluang kedua tersebut. Kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.
 Terkadang kita akan mersa menyesal yang teramat sangat dengan kesilapan kita. Itu adalah lumrah di dalam kehidupan kita. Kita memang boleh memadamkan coretan di dalam buku diari kita. Tetapi, kita tidak boleh memadankan kesilapan yang pernah kita lakukan. Di sebabkan itu, lahirlah perasaan menysal.
  Menysal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian, tidak berguna. Tetapi, penyesalan itu terkadang menjadi penting, supaya kita akan sentiasa merasai kesilapan itu dan tidak akan mengulanginya. Penyesalan itu akan lebih terkesan di hati apabila kita telah melakukan kesilapan ke atas orang yang telah pergi meninggalkan kita. Kita akan cuba sedaya-upaya untuk menghargai orang lain selepas itu.

2 comments:

muss said...

Hai lawanye blog ada bintang2 pulak

meira said...

tengok orang la...
orangnye comel, blognye mstla lawa...

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...