Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Saturday, August 6, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 10)



Mana lagi destinasi yang ada kalau bukan rumah si Ida ni? Pagi-pagi lagi aku dah tanya sama ada dia berada di rumah atau tidak petang ni. 

Aku : Yunk! Petang ni ade di rumah atau tidak?

ting!

Ida : Waalaikumussalam
        Kot ye pon, bagi la salam dulu, ni dak... Main terjah je!
        Ade je ni. Kenape? Nak datang ke?

Aku : Assalamualaikum.
          Hehehehe~ Sorry.
          Ha ah. Aku na bertandang! 
          Kau ade je kan? 
          Orite! Petang ni aku datang!

Dan saat ini, petang ini... Aku sudah pun ada diperkarangan rumah Ida. Park kereta. Matikan enjin. And...

"ASSALAMUALAIKUM!!!" laung aku dari luar rumah.

"WAALAIKUMUSSALAM. YO! MASUKLAH!!"

Hahaha. Memang macam ni lah setiap kali aku datang ke rumah dia. Kalau tak melaung memang tak sah. Kalau aku datang naik motor, aku akan honk banyak-banyak kali, Nampak tak 'banyak-banyak', maksudnya memang banyaklah!

"Kau kalau datang rumah aku, tak sah kalau tak hingaqkan?" bebel Ida depan pintu rumah.

"Hehehe. Ala, sebab rumah kaulah aku buat hingaq. Kalau rumah orang lain aku gegarkan je," jawab aku dengan sengihan.

"Ha... Meh masuk,"

"Jemput pun. Ingatkan nak bagi aku berdiri jadi tunggul kat luar ni,"

"Kalau ikutkan hati, nak campak je kau dekat dalam parit depan rumah aku ni ha..." Dan berhambur lagi gelak ketawa kami. Gurau kasar memang lumrah kami. Jiwa mesti kena kental derr!

"Ha.. Apa hal nak jumpe aku ni? Takkan rindu aku kot. Baru jumpa semalam. Hahaha," Ida memulakan mukaddimah.

"Kalau aku rindu kau pun tak ada masalahkan?" soal aku sambil angkat kening.

"Boleh je. Tapi kau kena simpan sikit. Sebab ruang untuk kau terhad,"

"Ceit! Dah la! Aku nak balik. Cenggini kau ye. Mentang-mentang ada pakwa!" aku buat-buat merajuk.

"Eleh.. Tak payah nak merajuk sangatlah. Mengade!" 

"Ni ha... Aku nak tunjuk kat kau. Aku whatsapp dia malam tadi. Asalnya nak ucap thanks je. Tapi melalut pula," kata aku sambil menyerahkan handphone aku.

Berkerut-kerut dahi Ida membacanya. 

Dan macam biasa...

"Kau lepaskan je la Mira. Aku yang cuma baca ni pun rasa sakit," ini je lah jawapan yang keluar...

Dengan ini... Aku merelakan kepergian dirimu. Semoga kau berbahagia selalu. Pergilah sayang, pergilah mengikut langkah kakimu. Carilah kebahagiaan yang kau mahu. Andai tidak kau temu kebahagiaan itu, aku di sini sedia menerima kau kembali.

Tapi harus kau ingat. Aku sendiri tidak tahu apa akan berlaku. Jangan bila kau mahukan aku... Aku pula yang pergi tinggalkan kau.

Pergilah sayang... Sesungguhnya Allah jua sebaik penentu. Aku menunggu dikau sehingga satu saat jika kau bukan untukku, Allah menghadiahkan yang lebih baik untuk aku dan dirimu.

Selamat tinggal, sayang.

Friday, August 5, 2016

Masihkah Ada harapan? (part 9)


Malam tu aku hamburkan segala rasa yang terbuku di hati. Semuanya aku luahkan. Segala rasa rindu, sayang dan cinta. Semua persoalan yang bermain dibenak. Semua kekesalan kerana dia bertemu pengganti. Semuanya! 

Ya! Aku bodoh kerana masih menanti si dia yang sudah melangkah pergi. Aku tahu semua ni sia-sia. Aku tahu semua ni buang masa. Biarlah... Biarlah untuk seketika aku mengharap secebis harapan. Untuk seketika...

Ya Allah, andai Kau ciptakan dia yang tebaik untuk aku, maka Engkau permudahkanlah segalanya. Tapi jika dia bukan untuk aku, Engkau tariklah segala perasaan yang membelenggu. Engkau keluarkanlah rasa cinta. rindu dan sayang ini terhadapnya. Aku mohon bantuan dariMu ya Allah.

Sekali lagi aku tidur dengan air mata...


"Mira, kenapa sembab je mata tu? Dah macam panda dah," soal Ustaz Taufik hairan. 

"Tak ada apalah, ustaz. Biasalah kalau dah hari raya. Mana boleh tidur awal. Banyak open house nak kena attend. Maklumlah, Yang Amat Berhormat la katakan," jawabku sambil berlawak jenaka menyembunyikan hakikat sebenar.

Banyak sangat aku menipu hari ni. Macam-macam skema jawapan aku bagi setiap kali diajukan soalan tersebut. Masing-masing berdekah ketawa dengan jawapan aku. Tak apalah, kalau diri sendiri tak happy, apa salahnya kita buat orang lain happy. Sekurang-kurangnya kita masih mampu ketawa dan membahagiakan orang sekeliling.

Hari aku berlalu seperti biasa. Tiada sebarang sapaan dari dia selepas malam tu. Aku pun mengambil peluang untuk menyepikan diri seketika.

Sesekali aku teringin nak bersendirian. Pernah terfikir, balik dari kerja terus ke satu destinasi. Tekan saja pedal minyak. Ikut saja mana tayar kereta nak tuju. Sehari pun jadilah. Aku nak buang semua perasaan ni dan balik dengan perasaan yang baru, harapan yang baru... Semuanya baru! Tapi belum terlunas lagi. Nanti kalau ada rezeki aku nak buat sekali. Sekali... Lepas tu dua kali... Tiga kali... Dan berkali-kali!

Apa yang aku sempat saat ini ialah tekan pedal minyak dan menuju ke satu destinasi... Hanya ini yang termampu...

Thursday, August 4, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 8)



Sebelum aku dan keluarga aku ke rumah si dia, kami singgah di rumah rakan sekerja along dahulu. Lauk yang dihidangkan mee goreng, nasi impit dan kuah kacang, kuih raya dan air sirap serta teh panas. Sedap kuah kacang dia. Mama dengan along makan mee goreng. Lepas borak-borak kami meminta izin untuk bernasur.

Dalam kereta aku masih bertenang. Gelak. Ketawa. Macam tak ada apa-apa. Semuanya lancar. Jantung aku pun berdetak normal. Tapi, setibanya di halaman rumah si dia, jantung aku mula laju, tangan mula sejuk. Selera makan mati.

Masa aku sampai, Umi dengan ayah si dia keluar. Hantar makanan dekat adik tiri dia di asrama. Maklumla, asrama dekat dengan rumah. Kawan-kawan aku yang lain semua dah sampai. Aku je yang terlewat sikit.

Aku terus menyambil tempat di depan tv. Menu yang dihidangkan ialah rendang ayam dan lemang. Nampak sedap, tapi aku tak lalu nak makan walaupun perut masih kosong. Yang lain sebuk makan, aku mengadap tv. Sikit pun makanan aku tak jamah. Aku minum air je.

Hurm... Aku cuba untuk happy. Aku ketawa, selfie, borak... Terase fake sangat. Dia sebuk melayan kawan-kawan aku yang lain. Tak sapa aku pun. Sekadar ajak-ajak ayam je.

"Mia, makanlah." Itu je yang terlafaz.

Air mata, mohon jangan meleh sekarang!


Alhamdulillah air mata mampu ditahan. Sampai rumah, kamar mandi yang aku tuju dulu. Menyorokkan tangisan. Menghamburkan sedikit kesedihan. Agak beberapa minit, aku pun kerluar. Menuju ke kamar tidur. Handphone aku capai. screen lock aku buka. Aplikasi whatsapp aku buka dan cari nama si dia.

Aku : Assalamualaikum. Terima kasih sebab jemput.

Sekadar berbasa basi aku menghantar pesanan kepadanya. Tak nak nampak macam bidap sangat. Hahaha

ting! ting!

Si dia : Waalaikumussalam.
            Sama-sama.

ting!

Si dia : Kenape tak makan tadi?
            Kecik hati.
            Tapi tak apelah

Huh? Dia perasan ke aku tak makan?

Aku : Tak ade selere

Si dia : Kenape? 

Aku : Jangan la kecik hati. Sorry.
          Serba salah pulak

Si dia : Tak pelah
            Tak de hal.

Aku : Cakap kat umi dengan ayah... tq sebab masakkan...

Si dia : Insya Allah.
            Terima kasih datang tadi.

Aku : Balik nanti jaga diri elok-elok.

Si dia : Insya Allah.
            Awak tuuu jaga diri
            smilely

Aku : insya Allah. Sentiasa jaga diri
         Awak pun. Be save there. Fihifzillah.

Si dia : Ya
            Sorry.
            For everything

Aku : For what?
          I'm the one that should say sorry to you...

Si dia : Taklah
             Not sure why u don't eat
             So I'm sorry
            If I was the cause of it

Aku : Tape, bukan salah awak pun.
          I don't know either..
          I just...
          Abaikan je la... doesn't important any more

Si dia : Knp?
            Sbb tu tak makan?

Aku : Awak...

Si dia : Ade lebih baik. Trus me...

      

Wednesday, August 3, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 7)



Aku balas pandangan dia. Sengaja. Tapi sayangnya, aku tak kuat. Aku tak mampu nak balas pandangan dia. Aku tunduk.

"Yang ni je ke yang datang?" soalnya merujuk kepada rakan-rakan kami yang hadir pada malam itu.

"Ha ah. Yang ni je la kot," balas aku. Berlagak bersahaja. Sekali lagi tertembung pandangan. Aku gugup lagi.

"Nanti ajaklah kawan-kawan yang lain datang rumah orang," ajaknya. Memang dari dulu kami biasa membahasakan diri sendiri dengan perkataan 'orang'. Masing-masing masih kaku nak membahasakan diri dengan kata ganti nama 'aku'. Entahlah. Rasa janggal.

"Insya Allah. Nanti Mia bagu tau diorang," balas aku ala kadar. Segan sebenarnya.

Kira-kira jam 10.30 malam, kawan-kawan aku beransur pulang. Termasuk dia. Yang tinggal cuma kawan-kawan along saja. Rancak sangat mereka berborak sampai lupa nak balik agaknya. Ada yang dah mengeluh nak balik. Tapi, ada yang masih mahu bersembang. Almaklum, mereka datang dengan satu kereta saja. Jimat minyak katakan.


Esoknya aku teringat pesan si dia untuk menjemput rakan-rakan yang lain ke rumahnya memandangkan dia akan pulang ke Shah Alam tak lama lagi. Kiranya dia kesuntukkan masalah.

Aku : Assalamualaikum.
          Nak jemput diorang hari ape?
          Pukul berapa?

Si dia : Waalaikumussalam.
            Esoklah. Lepas mahgrib ke...

Aku : Okey.

Settel aku berbalas whatsapp dengan dia, aku pun menjemput kawan-kawan yang lain ke rumahnya. Bukan susah pun. Taip dan send saja dalam group whatsapp. Semua boleh baca. Tak payah susah-susah nak taip banyak kali.

Rindunya... Tapi, aku bukan lagi yang utama di hati dia. Sahabat aku menyuruh aku untuk mengundur diri. Tapi ada sebab yang membuatkan aku masih berdiri teguh menanti dia. Entahlah. Aku runsing bila menyebut tentang perasaan.

Andai mudah untuk aku keluarkan perasaan ini dari hati, sudah lama aku lakukan. Akan aku simpan diluar kotak hati agar lebih mudah untuk aku menjalani hari. Sampai masa yang tepat aku letakkan semula perasaan ini ke dalam kotak hati. Malangnya, semua itu mustahil. Air mata menitik lagi. Tak suka bila bersendiri. Fikiran pasti melayang memikirkan si dia yang sudah jauh. Ingin aku lepaskan dia pergi dan ingin aku berhenti berharap. Tapi...

Setiap kali aku putus asa, Allah datangkan rindu yang bertimpa. Setiap kali aku berhenti berdoa, Allah hadirkan rindu yang tak tertanggung. Setiap kali aku cuba lepaskan, Allah bagi aku rindu yang menggunung.

Jalan mana yang harus aku lalui? Tinggalkan dia atau terus berharap?

Doa aku untuk dia, semoga sentiasa dalam jagaan Ilahi. Semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatannya. Hanya itu yang aku mampu setakat ini.

Tuesday, August 2, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 6)



Oh my mee hailam aku punya kuah!!! Aku tuang hampir semua cabai kering blended dekat dalam periuk ni? Ya Allah... Tawakal je la. Huh! Buat tak tau je. Tu la... Sambil masak duk berkhayal lagi. Kan dah tersilap. Ni mau tetamu aku ber'chenta' dengan toilet ni. Ya Allah selamatkanlah mee hailam dan kawan-kawan aku yang makan mee aku ni.

Lepas maghrib aku ke dapur nak buat touch up apa yang patut. Aku tengok mama dengan ayah makan mee hailam aku sambil mengulang air. Muka dah macam tertelan biji kurma.

"Ya ALLAH, angah!!! Pedasnya kuah mee hailam kamu ni!!" kata mama sejurus dia meneguk air masak yang entah ke berape punya cawan. Aku hanya mampu sengih je. Ayah pula ketawa je dia mampu. 


Pukul 9.15 sorang-sorang tetamu sampai. Masa ni aku masih boleh bertenang 'wat lex wat peace' lagi. Aten dengan Nisya datang dengan adik si Aten. Lepas tu Ida pula sampai. Lepas Ida, Naz, Puya dengan Paan pun sampai. Dah 9.40 malam. Yang sampai semua tetamu aku. Tapi... Sorang lagi tak sampai.

"Angah, tolong aku bawakkan mee ni ke depan jap," along sapa aku suruh tolong dia bila dia nampak kelibat aku ke dapur.

"Assalamualaikum!!" Tiba-tiba riuh susana dekat depan. Macam ada rombongan pula. Niat nak angkat mangkuk mee ke depan tergendala sekejap. Aku pun pergi jenguk ke depan. 

Bila tau siapa yang sampai. Senyuman aku terus melebar sampai ke telinga. Aku pun meluru ke arah mak tiri 'dia'. Salam, peluk dan cium. 

"La.. Tak jauh rumahnya. Ingatkan jauh sangat," kata mak tiri 'dia' sambil tangan aku masih kejap dalam genggaman dia. Lama. Macam tak nak lepaskan langsung. Alangkah indahnya kalau mak cik ni bakal mak mertua aku. Hish! Perasan betul.

Pelan-pelan aku lepaskan genggaman mak tiri 'dia'. Dari apa yang aku tahu, orang biasa panggil mak tiri 'dia' ni dengan panggilan Mak Cik Su. Tapi aku yang keliru nak panggil apa. Sebab kadang-kadang mak tiri 'dia' bahasakan Acik Su, kadang-kadang 'Ummi'. Tapi disebabkan aku sedar diri jadi aku panggil Acik Su je. Well, kadang terlepas jugak panggil Ummi. Hahahaha~

"Angah, mee kau dah bawak ke depan ke belum?" soalan along buatkan aku tersedar. Lupa terus aku pasal mee bila nampak Acik Su tadi.

Aku pun ke dapur. Ambil mee. Masa ni aku dah mula kelam kabut. Kejap ke depan, kejap ke dapur. Ada je yang tak cukup. Cawanlah, sudulah, nak kena celur mee lagilah...

Sebelum diorang makan memang aku dah warning awal-awal pasal kuah tu. Ida, Aten dengan Naz memang tak boleh makan langsung. Diorang makan kuih raya je. Mujur ada kuih raya. Puya boleh bantai tiga mangkuk mee hailam aku. Oh, Paan pun tak boleh makan. Hahahaha.

"Acik Su, jangan ambil banyak-banyak tau, pedas sangat tu," aku mengingatkan mak tiri 'dia'

"Ish, tak apa. Ni kamu masak ke ni?" Acik Su pandang aku sambil tersenyum.

"Ha ah. Tapi, tu la. Dah terlebih cili," aku sengih sambil jawab soalan dia.

"Eh, apa pula! Sedap ni! Memang standart kedai makan kalau pedas macam ni," Acik Su menyudu lagi mee hailam ke mulut.

"Ha ah.. Ni tak ada apa ni," ayah 'dia' pula sambung.

Tapi, aku tengok ayah 'dia' dah merah mata dah. Air mata tinggal nak meleleh je. Itu pun boleh cover macho. Relex je dia telan mee hailam tu. Adik 'dia', aku tak perasan pulak pasal adik dia. Mungkin sebab adik 'dia' senyap sangat kot.

Aku tengok keadaan dah tenang, aku pun cari spot nak duduk. Cuma ada satu ruang je yang aku nampak. Depan 'dia'. Aku dengan dia duduk setentang, cuma dipisahkan dengan meja kopi tempat letak kuih raya je. 'Dia' pandang mata aku. Aku gugup...

Monday, August 1, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 5)


Lambat betullah dia ni balas. Kalau tak lambat balas, dia tinggalkan blue tick je. Sepuluh kali kejap aku jenguk handphone aku. 

ting!

Ida : Insya Allah aku datang weh!

La... Aku ingatkan dia. Ida rupanya.

Aku : Ha.. Bawak mak ayah kau sekali.

Ida : Orite babe!!

Bahan mentah dah selesai. Mangkuk polistrin pun dah jumpa. Mentang-mentang raya, hampir semua kedai runcit aku pergi tak ada mangkuk polistrin. Semua habis.Mujur jumpa juga. Bukan apa, malas nak basuh pinggan banyak-banyak! Hahahaha~ Pemalas punya anak dara!

ting! ting!

Si dia : Orang dah tanya ayah dah.
            Insya Allah orang datang malam esok.

Oh.. Patutlah lambat balas. Pi tanya ayah dulu rupanya. Hati aku tak tau nak katalah. Rasa nak melompat saat ni kegembiraan. Okay, saat ni otak dah fikir macam-macam. Otak dah mula serabut fikir bukan-bukan. Seram sejuk aku dibuatnya. Apa jadi malam esok ye?


Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Empat jam tiga puluh minit lagi. Jadi, aku memulakan sesi memasak. Bukan apa, takut nanti jadi kelam kabut. Semua bahan masak aku sediakan. Yang perlu dipotong, aku potong macam brokoli, carrot, fishball... Bawang pula aku potong besar-besar sebab nanti nak blend dengan cabai kering. Bawang putih pula cincang je. Then, letak semua ke tepi lepas solat asar aku sambung sesi memasak.

'So, along balik, dia tinggal nak kena celur mee kuning je. Dan set up tempat makan. Sebelum maghrib mandi dan siap-siap.' Semua ni dah tersusun cantik dalam otak aku. 

Macam biasalah, otak aku mula menerewang. Fikir macam mana aku kejap lagi? Okay ke tidak? Hish! Gelabahnya! Hari tu duduk je boleh la nak berlagak tenang. Tu pun sembang dengan mak tiri dia je. Malam ni ayah dia pun ada sekali. Makan masakkan aku pula tu. Ayah dia dengan memasak memang tak boleh dipisahkan. Pernah menjadi pembantu chef suatu masa dahulu.

Dah rasa macam ada rombongan...

Alamak! Mia!!! What am I doing???

Sunday, July 31, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 4)



Selesai urusan diluar. Sebenarnya nak beli barang dapur je. Tapi sengaja mencari alasan untuk tidak berlama di rumah dia. Sekarang dah tak sama macam dulu. Dulu, kalau aku bertandang ke rumah dia pun tak adalah segan sangat. Tapi sekarang ni... Rasa macam tak layak nak jejakkan kaki ke sana. He's not mine anymore...


Mata aku tak lepas dari memandang kotak hadiah berwarna biru tu. Biru, warna kegemaran aku. Isi dalamnya? Coklat Cadburry dengan... Vochelle? Mana dia tau aku suka coklat ni? Yang dia tahu aku suka cadburry je... Mungkin tak semua ni kebetulan je? Atau memang sengaja dia bagi semua ni? Ish... Bertambah-tambah soalan kat otak ni! Yang sedia ada pun tak terjawab.

Semalam sebelum balik dari rumah dia, dia serahkan sekotak hadiah berwarna biru depan mak tiri dia.

"Acik tak tau ape isi dalam dia..." Sengih mak cik ni lain macam aku tengok. Macam ada maksud tersirat. Tapi, apa?

Sampai rumah, aku check isi dalam dia. Selain coklat ada duit RM 20.00 dalam sampul raya. Lebih RM 5.00. Bila aku tanya melalui whatsapp, dia kata sebagai tanda terima kasih. Kira macam duit raya la... Tapi... Tiada sebarang nota ditinggalkan seperti yang aku harapkan. Sedih seh!

Jenuh jugak aku korek kotak hadiah tu. Hahahaha. Kalau dia tengok ni, buat malu je. Perangai macam kanak-kanak!


"Kawan along nak datang malam esok. Boleh ke?"

"Kawan kau nak datang? Boleh la buat sekali harung dengan kawan-kawan aku. Aku masak!" Aku menawarkan diri untuk memasak. Baik aku masak daripada kena basuh pinggan dengan kemas dapur plus kemas rumah lepas settel jamuan. 

Menu pilihan setelah sebulat suara ialah Mee Hailam. Petang tu aku dengan along keluar cari bahan masak. Sambil-sambil tu aku jemput kawan-kawan dengan si dia.

Aku : Assalamualaikum.
         Malam esok jemput la datang.
         Ada buat makan-makan sikit.
         Ajak umi, ayah dengan adek... Ajak la siape yang ade.

Si dia : Waalaikumussalam.
           
Senyap...

Senyap lagi...


Saturday, July 30, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 3)


Tarik nafas... Hembus... Kita drop by sekejap je. Nama pun drop by... Matikan enjin kereta... Ambil barang, then blah!

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Ya ALLAH... Wajah ni yang aku rindu-rindukan. Hari ini Engkau izinkan aku untuk menatap wajahnya lagi sebagai pelepas rindu.

"Mia, masuklah," dia menjemput.

"Ha... Masuklah ke dalam. Apa yang tercegat dekat depan pagar tu," suara seorang wanita menjemput aku untuk masuk. Rupa-rupanya mak tiri dia. Cantik. Awet muda.

Mak tirinya meluru ke arah aku menyambut kedatangan aku, bersalam, peluk dan cium. Seketika, dia hilang dan muncul dengan air sirap ais segelas ditangan.

"Meh masuk, meh!" laungnya dari dalam.

Huh! Lutut dah menggigil. Tangan dah sejuk. Pucat pula tu. Nak tak nak, aku kena masuk juga. Selangkah. Dua langkah. Hormatkan mak tiri dia, aku pun melangkah masuk ke rumah. Saat ni... Aku tak tau muka aku macam mana. Tapi  still berlagak relex lagi.

Rumah ni yang aku rindukan. Tak selalu, tapi pernah bertandang. Hari ini, aku diizinkan lagi untuk menjengah. Tak banyak yang berubah kecuali laman tangga rumahnya. Dah banyak pokok-pokok dan bunga. Kemas je. Nampak berseri dan ceria.

Di sini, di kerusi ini. Aku pernah hadir dengan sepersalinan gaun hadiah dari mama. Syarat untuk aku beraya konon. Padahal mama tau aku nak beraya kemana. Sengaja dijadikan alasan. Aku bukan boyish bukan juga girlish. Tapi sejak aku pandai pilih pakaian sendiri, jeans dan  shirt adalah pilihan aku bukan gaun atau blouse.

Sesampai di rumah dia, aku menyorok belakang langsir sebab malu. Merah muka aku. Ialah, mana pernah dia tengok aku girlish style. Selalu dengan gaya kasar berlagak je tetiba ayu semacam. Tapi... Itu dulu. Sekarang, dia dah tak hairan dengan aku lagi.


Tak sedar rupanya sudah hampir sejam aku di sini. Bersembang dengan mak tiri dia. Peramah orangnya. Lepas satu topik tukar ke satu topik yang lain. Dah berapa kali aku ulang meminta izin untuk pulang kerana ada urusan yang lain. Tapi ditahan-tahannya aku supaya jangan pulang dulu. Jenuh aku cover kegugupan aku, air mata aku. Penat. Akhirnya, aku pulang juga.

Bersambung...

Friday, July 29, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 2)


Haih... Terasa lambat pula hari Isnin ni nak menjelma. Otak tak ada benda lain yang nak dipikir. Apa yang dia nak bagi tahu? Berita gembira? Gembira untuk aku atau untuk dia? Atau untuk kami? Hari ni baru hari Rabu. Raya pertama. Ada lagi empat hari untuk sampai hari Isnin. Aku cuba buat tak tahu. Kepura-puraan itu adalah aku saat ini. Everythings are fake! Senyuman aku fake, gelak ketawa aku fake... 

Makan? Bila terasa lapar je baru makan. Itu pun cuma sepotong dua lemang. Lepas tu sampai malam tak makan. Tak ada selera.

Ida : Dah2 la tu.
        Kau beria ia pikir pasal tu. Sampai tak makan bagai.
        Ntah2 dia relex je dok layan awek dia berwasep.
        Kau pulak kat sini tak makan. Tak ade selere..!!

Panjang lebar aku kena bebel dengan Ida. Walaupun cuma dekat whatsapp je... Tapi penangan dia. Huh! Tak menahan aku dibuatnya. Aku terpaksa mute sekejap whatsapp dia. Bising mak aku dengar bunyi notifikasi daripada phone aku.

Raya pertama berlalu. Raya kedua di Ipoh. Raya ketiga... Adeh, aku dok menghitung hari. Lambatnya masa berlalu. Mata tak lepas dari tengok jam dan kelendar. Jari, tak payah cakap la. Kalau jari aku ni boleh bercakap, mau deme ni marahkan aku sebab asyik kira benda yang sama je. Boring kot! Aku sendiri pun bosan dok pikir benda yang sama. Penat aku usir semua perasaan ni. Tapi tak mau pergi la!


Hari Ahad malam Isnin. Jam 9.40 malam.

Aku : Assalamualaikum...

Tunggu. Berdebar.

Si dia : Waalaikumussalam.

Aku : So?

Si dia : Yup, esok.
            Busy ke?
            Ade orang nak datang?

Aku : Tak. Esok free.

Si dia : Esok saye hantar kat rumah ye?

Aku : Sebenarnye nak bagi ape ni?

Si dia : Duit!

Aku : Duit? Duit ape?

Oh, baru teringat. Aku bayarkan untuk dia duit alumni. Niat dihati nak belanja je. Tapi dia beria nak bayar balik. Bincang punya bincang. Aku yang drop by kat rumah dia. And yeah! Malam tu aku tidur tak lena. Setiap satu jam aku terjaga. Penyudahnya, ambil wuduk, solat! Settel!

Thursday, July 28, 2016

Masihkah Ada Harapan? (part 1)


Tak selamanya kita di atas dan tak selamanya kita di bawah. Pengalaman mengajar aku untuk menjadi lebih baik dari semalam. Kepergian si dia dari hidup buatkan aku sedar yang janji manusia takkan pernah kekal.

"Saye janji akan sayang awak sampai saye mati."

Masih terngiang janji tu ditelinga. Air mata mengalir lagi. Kenapa susah untuk lepaskan dia pergi? Sedang dia begitu mudah mencari pengganti? Adakah ini hukuman kerana aku meminta si dia melepaskan aku? Atau ujian buat aku untuk menempuh hari muka? Atau mungkin jawapan bahawa dia bukan untuk aku?

Terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab. Jam dah pukul 1.39 pagi. Yang lain dah selesai masuk dalam alam mimpi. Aku? Aku masih berteleku di atas sejadah. Tu la... Dah ditimpa musibah baru terhegeh-hegeh nak mengadu dekat Allah. Dulu sakan berjimba sampai tak ingat dunia. Kalau dunia pun dah tak ingat, inikan pula akhirat.

Lepas dia tinggalkan aku, pada pengawalannya aku terasa sedikit bebas. Tak perlu up date apa-apa dekat dia, tak perlu ingatkan dia untuk makan, tak perlu kejut dia untuk solat... Semuanye boleh buat sendiri. Tapi, makin lama makin sunyi tanpa dia. Terasa janggal. Bayangkan dah lima tahun buat semua tu, tiba-tiba stop. Air mata mengalir lagi. Tak tertanggung rindu dihati.

"Ya ALLAH, Engkau sampaikanlah rindu aku kepada si dia yang masih aku cintai," cuma itu yang terlafaz dihati.

Buat masa ni, hanya doa yang mampu aku berikan. Semoga dia sentiasa dalam jagaan Ilahi.


Good morning!! Macam biasa, sampai tempat kerja seawal yang mungkin. Menjalani hari tanpa gagal. Alhamdulillah masih dikurniakan lagi satu hari untuk bernafas dan berkesempatan untuk menjalani hari. 

Hari-hari berlalu. Rutin yang biasa. Tiada perubahan. Pagi pergi kerja, petang balik rumah. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadhan. Lagi seminggu je. Bahang bulan puasa dah terasa. Masa ni masing-masing sibuk mengganti puasa yang tak terganti-ganti. Manusia, suka buat kerja last minute. Termasuk aku. Apa nak jadilah? Hubungan dengan Tuhan pun tak terjaga. Macam mana nak jadi yang terbaik ni?

Pejam celik, pejam celik... Alhamdulillah masih celik. Raya menjelma, lagu-lagu raya tiga minggu sebelum lagi dah berkumandang. Andai Ramadhan itu punya hati, pasti terasa dengan sikap manusia. Ramadhan itu tetamu tetapi tak sempat apa dah dihalaunya dengan lagu-lagu raya. Ada yang dah takbir raya pun. Astaghfirullah.

"Assalamualaikum. Selamat hari raya maaf zahir dan batin," segaris senyuman aku hantarkan bersama.

ting! ting! Whatsapp aku berbalas.

Si dia : Waalaikumussalam. Selamat hari raya maaf zahir batin jugak. *smilely*
          Oh ya. Sebelum terlupe. Isnin awak free tak?
          Nak jumpe kot.

Aku : Insya Allah free kot. Nak jumpe? Ade ape?

Si dia : Ade urusan sikit. 

Aku : Urusan? Nak sampaikan titah perintah ke ape?

Si dia : Ha ah. Sultan suruh sampaikan. Hahahaha.

Aku : Sultan mane pulak yang suruh ni? Perutusannye sedih ke gembire?

Senyap. Jantung aku dah berdebar. Tangan dah mengigil. Dah la kena potong kacang panjang ni. 

ting!

Si dia : Gembira laaaa!

Perutusan gembira? Apakah? Alamak! Dia ni main-main pula. Apa dia ni nak bagi tau dekat aku ni?

Saturday, April 11, 2015

5 Perkara, Single Lagi Best!

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ade yang tanye dekat aku, "weh, ko tak jelous ke tengok orang lain couple? Aku jelous la. Semua orang ade pasangan masing-masing." Ha... Macenggitu la bunyi ayatnye. So, aku nak cerite la siket, aku cemburu atau pon tak...

Nak bace tak? Nak bace, silekan... Tak nak bace pon kene bace jugak sebab korang dah jejak dekat blog aku ni kan? Sile la bace ye!! Hehe~

Aku pernah la ade pengalaman 'bercenta' ni. Ade la dalam 5 ke 6 tahun jugak. But, end up with noting! 

Mule-mule bercinte dulu, gunung Kinabalu sanggup didaki, laut Pasifik sanggup direnangi! Bile dah couple, minta tolong belikan makanan dekat kantin sekolah mase rehat pon banyak songehnye! Konon je, ntah-ntah balik dari Cameron Highland terus demam sebab tak tahan sejuk, ade hati nak renang laut Pasifik, nak daki gunung Kinabalu bagai!

Tapi, aku tak menyesal sikit pon bile dah single ni. Well, banyak bende yang kite tak boleh buat mase couple, kite boleh buat mase single! Nak tau? Scroll la, ape tunggu lagi!

1. Bebas buat ape je!



Firstly mesti la bebas! Bebas nak buat ape je. Tak payah susah-susah nak cari kedai top up semate-mate nak call nak bagi tau dekat dia yang kite ni nak pergi lepak dengan kawan-kawan.

Normal la kot kalau bercinte ni, semua bende nak kene bagi tau pasangan. Kadang nak mandi pon kene bagi tau. Bukan ape, takut nanti kalau-kalau pasangan call nanti tak de siape nak jawapkan. Lepas tu, pasangan pon merajuk sebab kite tak jawap panggilan dia.

Bile dah single, tak payah nak risau semua tu. Nak pergi mane pon boleh! Jangan pergi tempat-tempat yang haram sudah la. Itu, couple tak boleh, single pon tak boleh!



Selain tu, 'single' jugak lebih mase untuk kawan-kawan selain keluarge. Nak lepak dengan kawan pon selese. Tak ade siape pon yang asyik call je semate-mate nak suruh balik. Konon cemburu la, takut nanti ade yang mengorat la. Poyo je semua tu!

Then, nak sembang dengan sesiape pon tenang je. Tak payah nak sorok-sorok. Maklum la, nak jage hati si dia yang 'tersayang' la katekan!

2. Bebas mengembara!



Bile dah bebas buat ape je, maka bebas la juga nak pergi bercuti pon! 

Macam yang aku cerite dalam 'Bercinta? Dimana Relevennya?', bukan senang nak bercuti kalau bercouple. Lain la kalau boleh bawak si dia sekali. 

Macam mane yang tak boleh bawak tu? Ade sesetengah antare korang kene melekat dengan phone 24 hours kan?

Dah check in hotel bagi tau. Hotel mane pon kene bagi tau. Nak keluar makan pon kene bagi tau. Nak pi jejak pantai pon kene kabo ke deme. Ha... Yang ni penting, nak tidur wajib bagi tau. Kalau tak nanti si dia merajuk!

Kalau single, kan happy? Phone pon boleh beristirehat jugak. Bukan manusia je nak berehat, gajet pon tau penat jugak. Untung gajet ni tak ade mulut je, kalau tak... Mau dia sergah je korang!

3. Memberi ruang dan peluang dalam pekerjaan


Ya. Betul. Tepat. Benar, tiada yang benar selain benar belaka! Peluang pekerjaan juga terbuka. Hal ini kerana menurut CNNMoney, banyak syarikat atau organisasi suka menggajikan perkerja yang kurang komitmen.

Lebih tepat lagi, bujang! Sebabnye orang bujang ni biasenye tak banyak komitmen. Paling koman pon komitmen pade keluarga. Itu pon dah kire banyak juge komitmen tu. Iyelah, adik-beradik bukan seorang dua kan? Lain la kalau anak tunggal.

Orang yang dah berumah tangga lagi banyak komitmennye. Kalau bini nak bersalin, kan dah kene cancel meeting. Adoi...

Selain peluang pekerjaan, orang yang single jugak banyak ruang. Kalau dapat yang asyik nak tanye...


Eeee... Nak duduk dalam meeting pon seram. Ape taknye, bos asyik pandang-pandang je. Jeling maut kot dia sedekah kat kite! Yang si dia ni, kalau tak dijawap panggilannye, mau kene hamput. Lepas tu merajuk, kate "awak dah tak sayang saye," la... "awak ade makwe lain," la.. Kadang-kadang bos pulak kene mengalah sebab kite ni asyik nak jawab call je. Tak pasal-pasal cancel meeting!

Kalau single, kan happy! Bos happy, rakan sekerje pon happy. Tak de la diorang meluat je tengok kau yang tak pernah lekang dengan phone tu.

4. Berjimat amalan mulai!

Ha.., Konferm jimat punye. Tak ade la nak pikir pasal makan minum si dia. Koman-koman seminggu sekali nak kene shopping! Window shopping dia tak nak! Belanje makan lagi, nak parking kerete lagi, isi minyak lagi. Banyak bazir ooo!!

Tu tak kire nak top up lagi. Top up biasenye jadi 2 kali gande! Iyelah, dah top up phone sendiri, kene top up si dia jugak. Tu yang gune satu nombor, yang gune dua nombor? Tak ke dah bergande-gande tu?


Dah la nak bayar KWSP, sewe rumah, duit bulan kerete lagi. Lepas tu nak kene belanje si dia pulak? Kalau tak belanje karang kate kedekut la, tak sayang la, tak prihatin la. Banyak je alasan.

Tapi, kalau single, banyak saving yang kite boleh buat. Saving untuk mase depan la katekan. Well, nak kahwin nanti bukan pakai daun kering nak bayar segale bende alah tu. Soo, mase ni la nak kene simpan siap-siap!

5. Tenang jiwa dan perasaan



Last but not least ialah ketenangan jiwa! Tenangnye bile dah tak payah bersusah-susah pikir pasal si dia punye kerenah! Boleh tarik nafas lege! Tersenyum la dengan bebas.

Kalau mase couple dulu, asyik stress je. Dah la tention dekat tempat kerje, balik dari kerje nak kene call si dia lagi bagi tau yang kite dah sampai rumah. Tak boleh la nak rehat-rehat dulu baru call. Nanti merajuk pulak!

***

Bukan senang nak cari yang prihatin. Saling bertolak ansur. Give and take. Selalunye kite give, dia take! Macam lagu Bruno Mars tu!
Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all
But you never give!
Well, ini semua cume pendapat aku je. Kalau korang rase lagi best nak couple, silekan. Tapi ingat, haram hukumnye bercouple tanpa niat untuk menikahinye. Susah sangat, korang tunang je la. Tunang bukan payah nak besar-besar, tak payah majlis pon tak pe. sebab pertunangan tu Nabi Muhammad galakkan kite untuk merahsiakannye.

Ape-ape pon, fikir sebelum buat! Timbang dulu mane baik, mane buruk untuk satu jangke mase panjang!

Buka hati, buka mata, buka akal. Renung-renungkan dan macam biase, SELAMAT BERAMAL!!


Friday, January 23, 2015

Bercinta? Dimana Relevannya?

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Dah lame aku tak senyuh blog ni. Well, aku dah start kerje la katekan. By the way, aku tak nak sebut pasal tu, aku nak citer pasal lain.

CINTA

Cinta ni rasenye topik paling familiar bagi kite. Ade satu hari tu, aku tengah chat ngan sorang member laki aku. Aku dengan dia agak rapat la.

Mamat : pe cer dowh?

Aku     : cer? mcm tu la..

Long short story, terkeluar pasal isu pakwe makwe...

Aku      : ko buat pe je? 

Mamat : aku? keje la. Business kecik2 je.

Aku     : okey la tu. kecik2, siket2 lame2 jd bukit kau! gunung pon blh. untung sape jd awek kau!

Mamat : hahahaha... tak de la... ha ah kan? tp, aku tak de awek dowh! kau nak tak jd awek aku?

TENG TENG TENG (syazwanyunostrademark)

Aku    : ta pe je la kot... ade ramai lagi awek kat sane yg memerlukan kau! hahahaha...

Bile dia tanye macam tuh, aku macam...
Neh... Never again!
Terlalu banyak sangat komitmen yang kite kene bagi kalau bercinta ni. Yang pertamenye mestilah komitmen dekat family. Mak-mak kat rumah mesti bising suruh kemas rumah, masak nasi and so on. Lain la kalau anak dato ke hape yang ade gune bibik tu. Yang si dia nak kite keep in touch dengan dia 25 hours per 8 days! Mane nak cekau mase tu semua?

Tu tak kire kalau family ajak pi holiday lagi. Takkan nak tinggal dekat rumah semate-mate nak berkepit dengan dia, kan? Kite pon ade privasi jugak! Tak pon, takkan tengah holiday dengan family, nak main phone sebab nak keep in touch tu. Mau kene baling phone dalam laut!

Aku tak tau la. Sejak break ni, aku macam dah bosan nak couple ke, skandal ke, sandal ke... Sebab terluke ke, sebab letih ke.. ? Aku pon tak tau.

Tapi aku ade jumpe bende ni... Memang best pade aku!


Aku memang tak pernah cakap kot ayat tuh! (kot la) Aku cume cakap, macam mane dengan kehidupan aku tanpa dia. Kalau tak silap, dia pernah cakap ayat yang seumpama dengannye...

Yang peliknye, sihat wal afiat je aku tengok! Lagi sedap lepak-lepak dengan aweks ade la. Tak boleh hidup konon! Palsu je semua tuh!

Plus, ayat tuh boleh menyebabkan kite murtad tau! Kite hanye tak boleh hidup tanpa Dia, tuhan Yang Maha Esa! Dah, kalau kau lafaz ayat tu dekat pakwe or makwe kau.... Adakah kau anggap pakwe or makwe kau tu tuhan? Dosa Syirik tak diampunkan tau! Hati-hati dalam berkate.

Pade adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bercinta dengan 'monyet' ni, hentikan la. Bile korang dah besar, masuk umur angka 20 siries nanti, korang akan menyesal.

"Ape bodoh sangat aku bercinte dulu?" Mesti 'suami' korang sedih sebab dapat hati yang dah retak! Dah tu, dia datang ingat nak bertakhta dekat hati kau, alih-alih dia kene 'baiki' hati kau yang retak tak tau berape ribu tuh!

Kau nak bagi 'suami' kau yang ni ke?

ATAU

Kau nak bagi 'suami' kau yang ni?

Kalau korang normal, mesti nak bagi yang diamond heart tu kan? Sebab kalau korang bagi yang dah hancur tu, lelaki tu mesti terluke juga. Dia terpakse sambut hati yang dah berderai kot. 

Ape jadi pade tangan korang kalau korang kene sambut kaca pecah? Luka la... Kan?

Then...

Ape pulak perasaan korang kalau dapat permate? Gile ke tak seronok? Orang gile pon boleh jadi waras kot.!

Kenape mesti nak dengar ape yang orang cakap?

Loser giler tak de makwe!

Diorang bagi korang duit berjuta ke kalau kau ade awek or pakwe? Diorang ade ke mase kau tengah susah pikir nak pujuk awek or pakwe korang? Tak ade dik oit!

Sepatutnye korang bangge la! Korang boleh bagi pasangan sah korang hati yang masih putih bersih berseri-seri! Tak ade tercalit or terpalit kesan luke sebab cinte 'monyet' kau tuh!

Tak salah kot kalau nak bercinte. Kau bercinte la bagai nak rak sekali pon tapi dengan suami korang la.

Bukan la maksudnye tak boleh nak couple...

ala, asal pandai jage diri tak salah kot!
Memang la tak salah. Tapi, cube buat statistik berape ramai yang boleh duduk berdua dalam kerete, waktu hujan lebat, dingin di malam yang gelap tanpa ade rase syahwat? (okey metafora teroever) Tak payah tunggu waktu gelap la, dalam perpustakaan sekolah pon boleh jadi main pegang-pegang tangan.

Macam aku tak tau. Konon nak study dengan pakwe, membina semangat yang kental!

study sangat der!
Duduk sebelah menyebelah. Elok sangat sorang kidal, sorang memang tangan kanan menulis. Tapi, kenape tangan yang tak menulis tu ade bawah meje ye?

Kalau bercinte jarak jauh sekali pon, korang sure ke Syaiton nirojim tak ganggu hati, nafsu dan jiwa yang bergejolak rindukan orang yang jauh di mate dekat di hati tu? Kalau sure, then go ahead! Pi la bercinte, aku tak larang der!

Sebab tu wujudnye nikah gantung! Bukan bernikah lepastu gantung diri, tak! Kalau nak tau, sile la dengar ceramah ni. Aku nak terangkan pon, aku bukannye pandai sangat...





Semoga ape yang aku kongsikan ni ade jugak manfaat kepada pembace, Maafkan salah silap, sebab bahase aku memang agak kasar. Hahaha~



Friday, July 4, 2014

Hati Perempuan...

Hari ni rase macam na luah perasaan la...


Perempuan...
Senang je kalau tak nak bagi dia lari/curang...

HARGAI DIA. 
Hargai dia bukan bermaksud belikn dia barang berharge atau barang2 mewah... Tapi hargai dia dengan luangkan MASA. Mase tu penting untuk dengar story ke, share masalah ke... bukan ape, tu la alasan si perempuan ni nak dengar suare orang yang dia sayang. 

Tapi lelaki suke bagi alasan BUSY.. Oo, keluar dengan kawan boleh, makan lepak dengan kawan boleh, main bola, badminton, bersukan dengan member boleh... Takkan setakat nak call seminit tak sempat kot. Bukan tak boleh keluar dengan member, tapi, ingat la... Korang nak berkahwin dengan member korang ke dengan perempuan tu??

Tapikan, pelik la... Bile perempuan tu yang cakap dia BUSY, mule la si lelaki ni nak merajuk la.. Nak marah la.. Tau pon tak suke.. Jadi, jangan buat ape yang korang tak suke dekat perempuan. Sebab perempuan 100x ganda tak suke..

Sebenarnye, bukan perempuan tu nak menyusahkan korang... Tapi perasaan rindu dalam hati tu bukan boleh nak ditahan-tahan... Plus, diorang ni sebenarnye dah penat... Penat nak kejar si lelaki, letih nak rindu si lelaki dan pedih nak tunggu si lelaki macam la si perempuan ni pulak yang lelaki...


Kadang-kadang susah nak faham la dengan lelaki ni. Bile nak, beria-ria mengayat. Bile dah dapat, boleh buang macam tu je?


Sebenarnye, ape yang korang nak dari si perempuan ye? Korang sebenarnye menganggap ape pade perempuan?



Bile nak, dipujuk rayu, didesak, diberikan janji-janji manis. Bile tak nak, boleh la korang senang-senang je buang perempuan ni. Macam tak ade ape-ape yang berlaku. Macam korang tukar baju tiap-tiap hari...

Tapi, kalau si perempuan pulak yang selalu cakap dia sebuk, kenape korang marah? Kenape korang merajuk? Sedangkan bile korang cakap yang korang sebuk, si perempuan tak pernah merungut pon. Siket pon tak perajuk. Sanggup pendam dalam hati. Sekali pon tak pernah ungkit.

Kalau perempuan cakap dia sebuk, lelaki tak pernah nak faham. Ape yang penting pada lelaki, perempuang kene jadi seperti yang korang nak...



Entah la. Susah betol bile bercakap pasal hati dan perasaan ni. Bile diam dikate pemendam rase, bile bersuare diakate suke mengungkit. Korang nak perempuan ni jadi macam mane baru korang berpuas hati??


Nak tunggu bile perempuan tu pergi baru nak sayang dirang sepenuhnye? Korang kene ingat... Perempuan ni hati dia memang lembut dan lemah. Bile tiba masa dia sudah penat, letih dan pedih yang teramat... Jangan pulak korang mengharapkan peluang kedua. Kerana, sebenarnye, korang bukan minta peluang kedua, tapi peluang yang ke entah berape kali...


Kalau dapat pon peluang tu, layanannye takkan same seperti dulu lagi. Sebab si perempuan sudah pon menanam cinta dan sayang dia pade korang dalam-dalam, dia dah kuburkan perasaan tu dan mase ni jugak la, dia dah pon buang korang jauh dari hidup dia.


Mase tu, tiade ape lagi yang korang boleh buat melainkan korang lepaskan dia selamenye...

Friday, February 11, 2011

Valentine's day... Haram??

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada awalnya aku tak berniat nak buat entri hari kasih sayang di bulan Februari ni tapi atas desakan keadaan semasa maka menjadi tanggungjawab untuk aku berkongsi fakta. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan disokong oleh semua Majlis Fatwa Negeri menyambut, menyertai dan merayakan Valentine’day hukumnya adalah HARAM untuk umat Islam.

Valentine’s day atau lebih dikenali dengan.hari kasih sayang adalah khas untuk penganut agama kristien untuk mengenang Paderi Valentine yang telah menulis surat cinta sebelum beliau dihukum mati di Rome suatu ketika dahulu. Jadi biarkan lah sambutan Valentine’s day ini disambut oleh mereka yang beragama kristien dan kita yang beragama Islam tidak perlu terikut-ikut dengan budaya yang jelas bukan budaya Islam.

Bagi Islam setiap hari adalah hari kasih sayang terutama kpada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W, ibubapa, suami/isteri, keluarga dan semua umat manusia juga haiwan dan tumbuhan. Semuga teman-teman blogger dapat copy paste dan tambah dengan fakta yang lebih baik dan publishkan di blog anda supaya semua muda-mudi Islam yang sedang tertunggu Vantine’s day tersedar dari keasyikan dunia percintaan. Diharapkan juga semua sudi retweet dan share FB seberapa banyak yang boleh. Insyallah usaha anda akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah S.W.T. Aminnnnn.

 Dipetik daripada blog http://denaihati.com.

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...