Hailorh.... 13/6 hari Isnin. Bermulalah semula hari persekolahan. Minggu lepas, masa hari cuti pertengahan sekolah hari tu, saya dengan keluarga pergi bercuti. Pada awal perancangan hanya ingin melawat kakak saya di kolejnya. Tapi, entah macam mana, mama dengan ayah saya ubah fikiran. Diorang kata, kalau bercuti lawat along dekat kolej je tak berapa nak seronok, so, apa kata kita pergi berjalan. Hurm, ayah dengan mama dah setuju, saya pun 'on' je la. Lagi pun, agak dah lama tak pergi bercuti.
09/06/2011
Hari 'first' bercuti. Kitorang pergi ambil along dulu dekat kolej dia. Hurm... Destinasi yang dipilih adalah Port Dicson. Huhu, macam 'best' je bunyinya. Tapi, memang 'best' pun. Port Dicson, siapa tak kenalkan? Tapi, kitorang tak jumpa hotel 'or' penginapan 'or something' yang sama waktu dengannya dekat Port Dicson. So, kitorang pun teruskanlah perjalanan. Sampailah dekat Telok Kemang. Huhu~
Jalan punya jalan. Cari punya cari. Tak jumpa-jumpa juga hotel atau penginapan untuk kitorang. Setiap satu hotel yang kitorang 'jajap' mesti ada je masalah. Yang pastinya bilik penuh. Hurm, lepastu bila dah jumpa hotel, pemilik hotel tu tetapkan had limit ahli keluarga untuk satu bilik. Hurm, menyampah betul!
Kalau tak pun, harga bilik mahal sangat. Ayanh kata, kalau mahal kitorang ada dekat Port Dicson tu dua hari satu malam ajelah. Lepas tu, kitorang cari lagi. Huh! Penat giler... Dah petang, lebih kurang pukul lima ke lima setengah macam tulah, baru kitorang jumpa satu hotel.
Itu pun, masa mula-mula sampai dekat hotel tu, rasa macam tak jadi je dekat hotel tu. Sebab satu, dia had limitkan ahli keluarga untuk satu bilik. Lepas tu, dia kata dia bagi dua bilik asing-asing. Tapi, mama tak nak. Sebab, nanti kalau jadi apa-apa, susah.
Huh, nampaknya, tak jadilah tidur dekat hotel tu. Tapi, selangkah je kitorang keluar dari hotel tu, pemilik hotel tu panggil balik 'then' tawarkan harga yang agak murah dan dia bagi kelonggaran dekat kitorang. Mungkin dia nampak muka kitorang dah macam muka apa dah. So, dia pun bagilah orang kata apa, simpati... Huhu~
10/06/2011
Hurm... Indahnya alam... Teluk Kemang memang 'the best thing ever'. Walaupun hanya dalam negera, tapi keindahannya macam tepi pantai luar negara!
Pagi-pagi tu, kitorang bangun awal. Maklumlah, nak bercuti, sekali tak sekala... Lepas siap solat subuh mandi dan yang sama waktu dengannya, kitorang pun keluar. Tempat 'first' sekali kitorang tuju, pantai....
Hurm... Indahnya dunia...Angin bayu pantai Port Dicson memang menyamankan. Segala keresahan bagai berlalu pergi dibawa angin pantai... Dua hari kot... Kerja sekolah dah la bertimbun... Hurm... Masa hari pertama sampai dekat Port Docson ni, macam-macam terjadi. Mula- mula, kena tipu, lepas tu, cari hotel ta jumpa-jumpa. Bila dah jumpa hotel, terperangkap pula dalam lif hotel tu. Kami tak salahkan pemilik hotel tu. Biasalah, lif...
Lebih kurang lima belas minit macam tu, baru lif tu okey. Pelikkan, biasanya orang tersangkut dalam lif lima belas minit tu gerenti dah pass out. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan kami menghaapi benda baru. Tapi, bagi along saya, dia dah biasa. Katanya, kami tidak boleh panic. Kalau panic nant udara tak cukup??? Hurmmm... Lebih kurang macam tulah. Saya pun tak pasti.
Tapi, bila terpandangkan laut Port Dicson ni, apa yang mengerikan semalam seolah-olah tak pernah terjadi pun. Bayangkanlah, air lautnya jernih sangat... Nak tahu macam mana jernihnya??? Tengok dekat bawah...
Tengok, jernih ke ta jernih??? Jernihkan... Nampah jelas pasir pantai Port Dicson tu kan???
Ada lagi... Tengok dekat bawah ni pula...
Yang ni, tak jernih sangat sebab saya dah kocak air laut tu.. Huhu~
Lepas je lepak dekat pantai, ayah ajak lepak dekat kolam hotel. Masa tengah mandi-mandi tu, mama, along dengan saya ada terberkenalan dengan seorang budak kecil ni. Hehe~ Comel...
Huhu~ Nama dia ni Adam... Adam apa saya tak tahu... Huhu~ Yang pegang dia tu, mak dia. Ramah orangnya... Kalau tak takkan lah kami boleh bermesra dengan anak dia, kan??? Dalam pukul 11.30 macam tu, kami chek out.
Ayah kata nak pusing satu Port Dicson tu. Nak cari hotel atau apa-apalah yang sama waktu dengannya untuk hari keluarga nanti. So, kami pun berjalanlah satu Port Dicson tu.
Hurm, jam pun dah menujukkan waktu makan tengah hari ni... Tengah jalan-jalan cari kedai makan, kami pun jumpalah satu warung cendol.
Apa lagi, kami pun seranglah warung tu... Lapar punya pasallah katakan...
Yum, yum...
Hurm, tengok tu, makan pun dah tak ingat orang...
Yang bestnya warung cendol ni, cendolnya mantap. Cukup semuanya. Santannya, gula merahnya, rasanya pun pasti menarik perhatian pelanggan... Adik saya sampai tambah cendol tu dua kali. Bukan cendol je yang di jual di sini. Nasi ayam pun ada. Laksa pun ada juga. Saya pilih laksa. Laksa dia, pergghh sedap. Tip top. Pedas dia... Memang umph!!!
Dah kenyang, kami pun nak beransurlah. Tapi, kami sempat bertanya mana kedai tu dekat pemiliknya. Pemilik warung tu kata, dia sendiri pun tak tahu namanya apa. Sebab dia tak bagi nama dekat warung dia tu. Tapi, dia kata, penduduk setempat manamakannya dengan nama "Kedai Cendo Depan Kubur". Nak tahu pasal apa nama dia macam tu??? Sebab seberang jalan tu adalah kubur.
Lepas makan, kami sambung balik perjalanan mencari hotel atau penginpan... Cadangnya hanya mencari. Tup tup, hurm... Tidur Port Dicson lagilah jawabnya. =)
11/06/2011
Hehe~ Casa Rachado. Hotel yang menjadi pilihan kami pada hari kedua kami berada di Port Dicson.
Kolam Casa Rachado..
See, gambar ni, masa pagi-pagi hari ketiga kami ada dekat Casa Rachado.
********************************************************************************************************************************************
0 comments:
Post a Comment