Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Saturday, May 28, 2011

Just a somebody's story...

Rutin harian aku setiap pagi, bangun dari tidur. Bersihkan diri, solat dan bersiap untuk kesekolah. Bertemu dengan si dia. Bertemu dengan kawan-kawan. Belajar bersama mereka. Menikmati kehidupan yang di anugerahkan oleh yang Maha Esa.

Selepas tamat waktu persekolahan, pulang ke rumah. Menjamah rezeki dari Dia. Membersihkan diri dan menunaikan rukun Islam yang ke-2. 

Tapi, hari ini. Rutin harian ku berubah. Sedaya-upaya aku bangun dari tidur. Menunaikan solat. Membersihkan diri. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Hati aku kosong. Otak tak boleh nak berfikir dengan waras. Huh! Mengeluh panjang aku sendirian. Rutin harian berubah selama dua minggu. Cuti pertengahan tahun. 

Kerja sekolah? Tak payah nak cerita. Lagi seminggu nak cuti dah bagi. Semuanya nak guna internt. Maklumlah, zaman modern. Semua nak senang je. Yang nak buatnya yang seksa. Yalah, nak kena download, siapkan lepas tu print.

Hari ini, mama tak masak. Ayah beli lauk. Tapi aku tak lapar. Tak juga kenyang. Orang kata makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena teringatkan si dia. Walau pun ayah beli lauk kegemaran aku, siput sedut masak lemak cili api. Tapi aku tak boleh nak makan. Kalau makan, nanti aku muntah punya. Hurm... Aku nak buat apa ni???

Aku rindu dia ke? Hati ini resah sangat. Tak keruan. Tak tentu arah. Badan rasa macam nak demam. Demam rindu. Susah juga ya, bila dah merindu ni. Semua benda tak boleh nak buat. Asyik teringat dekat dia je. Pejam mata, nampak dia. Celik mata, nampak dia. Pusing kanan, nampak dia. Pusiang kiri, nampak dia. Dia, dia, dia, dia. 

Huh! mengeluh lagi. Penat merindu ni. Apa yang aku boleh buat? Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa... 

Telefon? Entahlah. Susah. Kehidupan aku tak macam orang lain. Boleh telefon bila-bila masa. Ada duit jalan. Tapi, aku? Walau pun di rumah, disiplin ketat. Mama dan ayah sangat menjaga disiplin. Aku tak salahkan diorang. Memang itu tanggungjawab mereka. Menjaga, mandidik, dan membesarkan aku dan adik-adik.

Kehidupan kitorang taklah senang, tak juga susah. Tapi, kesederhanaan itulah yang mendidik aku untuk lebih tabah. Orang kata, miskin sangat tak elok, kaya pun tak elok juga. Dalam Islam pun kita disuruh untuk bersederhana sahaja. 

Hurm... Cuti, cuti, cuti. Kerja sekolah dah conferm menggunung punya. Tapi, minggu pertama ni, nak relax dulu. Baru lepas exam pertengahan tahun. Lepas ni, exam percubaan SPM pula. Lepas percubaan, SPM sebenar. 

Still tak lapar. Walau pun semua orang dalam rumah ni dah makan. Aku tak boleh makan. Nanti muntah, macam semalam (malam tadi). Alah. Nanti aku lapar, aku makanlah. Serios, aku tak lapar. 

Hurk... Aku nak menangislah. Boleh tak?? Tapi dia tak bagi aku menangis. Apa aku nak buat ni?? Aku kebingungan... Entah la.... Tapi, itu yang aku rasa. Jangan tanya kenapa. Jangan cakap "Do not have to worry," Sebab perasaan itu akan tetap aku rasa... I Miss You...
*********************************************************************************************************************************************

Haa.... Itulah ceritanya. Amacam??? Feeling tak??? Hehe... Itu baru sikit... Ada lagi... Nak tahu??? Nantilah saya sambung. Saya dah penat ni. Bye... Jangan lupa, dah baca, dah nangis, senyum tau... :)

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...