Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Friday, December 31, 2010

Maafkan aku...

"Maafkan saya, ya?" Mesti susah nak melafazkan ayat itukan? Tapi, lagi susah nak ungkapkan "Saya maafkan awak," Sedangkan kesalahan itu bukan datang daripada diri kita.

 Nak tahu kenapa? Itu semua angkara 'EGO'. Ego yang tinggi membuatkan kita sering meninggi diri. Memang betul, kesilapan itu bukan daripada kesilapan kita, tapi berdosakah kita jika kita meminta maaf daripada semua orang, minta maaf kepada orang yang telah membuat kesilapan kepada kita? Itukan sesuatu perkara yang mulia. Sedangkan tuhan yang mencipta kita pun sentiasa memaafkan hambanya, inikan pula kita sebagai manusia. Tuhan sentiasa menerima taubat daripada hambanya.

Masyarakat juga sering menganggap meminta maaf itu satu perkara yang remeh. "Alah, minta maaf  tunggu hari rayalah," Ha! Macam mana kalau tidak sempat? Masa itu barulah kita akan menyesal. Walau kita menangis air mata darah sekali pun, mereka yang telah pergi tidak akan pernah kembali untuk menerima maaf daripada kita. Itulah sebabnya tuhan suruh kita sentiasa meminta maaf tidak kira sama ada kita ada membuat kesalahan atau pun tidak.

Terkadang kita tidak sedar, dalam gurau senda kita dengan rakan, ibu bapa, kaum keluarga dan semua orang kita ada tersalah kata, tersialap tingkah laku dan sebagainya. Bukan semua orang dalam dunia ni pakar piskologi yang boleh membaca pemikiran orang lain. Satu dalam seribu. Bukan senang nak jumpa. Kita sebagai manusia biasa tidak mampu untuk membaca hati orang lain. Mendengar rintihan hati mereka. Mereka menyembunyikan perasaan itu kerana tidak mahu merosakkan 'mood' pada waktu itu.

 Memanglah bukan senang untuk kita mulakan tradisi meminta maaf ini. Tapi kalau tidak ada yang memulakan, sampai bila-bila pun tradisi ini tidak akan wujud. Tepuk dada tanya selara. Adakah kita mahu melihat generasi kita sering bertelagah hanya kerana perkara yang remeh tapi dibesar-besarkan? Tentunya tidak, bukan?

2 comments:

muss said...

Ini blog pertama hasil tutorial saya...he..he..he!

meira said...

huhuhuhu
cun la your blog...

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...