Mana lagi destinasi yang ada kalau bukan rumah si Ida ni? Pagi-pagi lagi aku dah tanya sama ada dia berada di rumah atau tidak petang ni.
Aku : Yunk! Petang ni ade di rumah atau tidak?
ting!
Ida : Waalaikumussalam
Kot ye pon, bagi la salam dulu, ni dak... Main terjah je!
Ade je ni. Kenape? Nak datang ke?
Aku : Assalamualaikum.
Hehehehe~ Sorry.
Ha ah. Aku na bertandang!
Kau ade je kan?
Orite! Petang ni aku datang!
Dan saat ini, petang ini... Aku sudah pun ada diperkarangan rumah Ida. Park kereta. Matikan enjin. And...
"ASSALAMUALAIKUM!!!" laung aku dari luar rumah.
"WAALAIKUMUSSALAM. YO! MASUKLAH!!"
Hahaha. Memang macam ni lah setiap kali aku datang ke rumah dia. Kalau tak melaung memang tak sah. Kalau aku datang naik motor, aku akan honk banyak-banyak kali, Nampak tak 'banyak-banyak', maksudnya memang banyaklah!
"Kau kalau datang rumah aku, tak sah kalau tak hingaqkan?" bebel Ida depan pintu rumah.
"Hehehe. Ala, sebab rumah kaulah aku buat hingaq. Kalau rumah orang lain aku gegarkan je," jawab aku dengan sengihan.
"Ha... Meh masuk,"
"Jemput pun. Ingatkan nak bagi aku berdiri jadi tunggul kat luar ni,"
"Kalau ikutkan hati, nak campak je kau dekat dalam parit depan rumah aku ni ha..." Dan berhambur lagi gelak ketawa kami. Gurau kasar memang lumrah kami. Jiwa mesti kena kental derr!
"Ha.. Apa hal nak jumpe aku ni? Takkan rindu aku kot. Baru jumpa semalam. Hahaha," Ida memulakan mukaddimah.
"Kalau aku rindu kau pun tak ada masalahkan?" soal aku sambil angkat kening.
"Boleh je. Tapi kau kena simpan sikit. Sebab ruang untuk kau terhad,"
"Ceit! Dah la! Aku nak balik. Cenggini kau ye. Mentang-mentang ada pakwa!" aku buat-buat merajuk.
"Eleh.. Tak payah nak merajuk sangatlah. Mengade!"
"Ni ha... Aku nak tunjuk kat kau. Aku whatsapp dia malam tadi. Asalnya nak ucap thanks je. Tapi melalut pula," kata aku sambil menyerahkan handphone aku.
Berkerut-kerut dahi Ida membacanya.
Dan macam biasa...
"Kau lepaskan je la Mira. Aku yang cuma baca ni pun rasa sakit," ini je lah jawapan yang keluar...
Dengan ini... Aku merelakan kepergian dirimu. Semoga kau berbahagia selalu. Pergilah sayang, pergilah mengikut langkah kakimu. Carilah kebahagiaan yang kau mahu. Andai tidak kau temu kebahagiaan itu, aku di sini sedia menerima kau kembali.
Tapi harus kau ingat. Aku sendiri tidak tahu apa akan berlaku. Jangan bila kau mahukan aku... Aku pula yang pergi tinggalkan kau.
Pergilah sayang... Sesungguhnya Allah jua sebaik penentu. Aku menunggu dikau sehingga satu saat jika kau bukan untukku, Allah menghadiahkan yang lebih baik untuk aku dan dirimu.
Selamat tinggal, sayang.
0 comments:
Post a Comment