Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Sunday, March 9, 2014

Majlis Pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana

Masih belum terlambat rasenye ingin ku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai ini. Siape lagi kalau bukan pengarah filem muda tersohor kite, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana?


Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof dan pelakon cantik Puteri Sarah Liyana telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada pukul 10.30 pagi, pada 8 Mac 2014.

Meskipun Syamsul Yusof menghidap demam denggi, namun majlis pernikahan itu tetap berlangsung dengan jayanya walaupun dia terpaksa berkerusi roda ke majlis pernikahan mereka. Kata ibunya, Datin Patimah Ismail kepada Sinar harian..

Untuk esok, majlis pernikahan akan diteruskan seperti yang dirancang. Kami akan membawa Syamsul menggunakan kerusi roda. Majlis nikah tidak boleh dibatalkan kerana borang nikah dan urusan Tok Kadi telah lama diatur. Selepas nikah, Syamsul perlu kembali ke hospital semula.


Apa-apa pun, semoga dugaan dan cabaran ini menjadi dinding kepada pernikahan mereka berdua agar lebih matang dalam melakukan atau membuat keputusan jika menghadapi masalah kelak.

Barakallahu lakuma wa baraka alaik... Amin..


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...