Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label pameran kucing. Show all posts
Showing posts with label pameran kucing. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Floria Putrajaya 2014 (Part 2)

Okey, moh le kite sambung episod yang lalu...

Floria Putrajaya ini telah pun berlangsung dari 14 - 22 Jun 2014!!! Opss.... Dah habih dah la...

By the way, nak tau ape yang menarik dalam pesta bunga tu??? Let's check it out!




Terdapat pelbagai style dan rekaan landskap yang dibina untuk tatapan pengunjung. Tidak ketinggalan juga jualan bunga-bungaan.




bumbung yang dibina dengan botol. bawah botolnye telah di celup cat...

ini keterangannye...







Selesai menjenguk landskap sepintas lalu, kami berkunjung ke Pameran Kucing pulak. (Kalau nak amik gambar setiap landskap memang tak dapek la... Ramai orang weh...) Ade kucing gebu, ade yang macam leopard, ade kucing siam. Yang macam kucing si Maru pon ade... Ala, kucing orang Jepun tu...










Dalam tengah dok melenggang berjalan dari satu landskap ke satu landskap, terjumpe lak sorang pak cik ni dia bawak anak monyet.. (rasenye anak monyet... ntah la... hahaha~)


kalau rase nak kembali ke zaman kanak-kanak, boleh la main belon biuh ni.. tak mahal, RM2 je...

ade juga pertandingan Landskap Terrarium atau bahase mudahnye, landskap dalam balang atau dalam akuarium... 

Selain berpeluang melihat keindahan alam flora dan kucing kesayangan, korang jugak boleh merase sendiri pengalaman memegang arnab khusus kepada yang tak pernah pegang arnab la, yang dah selalu pegang tu, jangan risau, ade kejutan yang lain... Hehe~

bukan setakat pegang je, boleh bagi makan sekali...

Kalau rase pegang arnab ta berape nak rare, meh ni... kite pegang sambil berselfie dengan Cik Batik ni... Zoom in siket...


Berat Cik Batik ni ialah 20kg! Alamak, lupe pulak nak tanye name si Cik Batik ni. Boleh tahan manja jugak la si ular sawa betina ni. 

Dia pandai merajuk tau. Kalau dia tak selesa dengan seseorang tu dia akan mengadu dekat dua orang brother kiri kanan tuh... 


Dan perjalanan kami berakhir dengan menziarahi masjid Besi atau name saintifiknya ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
ade photoshoot kahwin la... tumpang cilok ye...

kubah masjid besi...

view jambatan dari masjid besi...

Perjalanan walaupun 2 hari 1 malam, tetap memberikan ketenangan kerana tiada ape yang lebih seronok dari bercuti bersama keluarga.

Tak perlu sebuah percutian yang gah tetapi sendirian... Yang penting setiap percutian dan perjalanan itu mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melancong la bersama keluarga. Tak payah selalu. Kalu dapat 2 ke 3 bulan sekali pon sudah memadai. 

So, ku ucapkan selamat bercuti... Dan memandangkan Ramadhan dah hampir tiba untuk tahun ni, maka... Selamat Menyambut Ramadhan!!
















Tuesday, June 17, 2014

Floria Putrajaya 2014 (Part 1)

Floria Putrajaya kini kembali lagi. Ha... Pada kali ini, bunga Begonia iaitu pokok asam batu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika dijadikan sebagai bunga tema. 

Kepada sesiape yang suke bebenor dengan bunga-bungaan dan landskap boleh la mengunjungi Pesta Bunga ini. Tempat pameran kali ini berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.


Ha... Sebelum nak bercerite tentang Floria Putrajaya ni, saye nak ambil kesempatan ni la nak habaq kat hangpa semua tentang penginapan. Ye la, kalau tinggal dekat Putrajaya ke, Bangi ke, tak pun tinggal di sekitar Selangor ke, boleh la nak ulang-alik ke Pesta Bunga ni. 

Tapi, kalau yang tinggal jauh, mane nak menginap, kan? Bukan ape, kalau nak diikutkan, mane cukup sehari nak menjelajah dalam Pesta Floria ni. Bukan pameran bunga dan landskap je ade, pameran kucing pun ade tau!



Homestay Siti Anggun, Bangi menjadi pilihan kami. Walaupun jauh sedikit dari Floria Putrajaya, tapi kami tak kesah sebab kami suke treval!

Terletak di Apartment Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Homestay Siti Anggun berhadapan dengan sebuah kolam mandi yang pastinya menarik minat kanak-kanak. 


Siti Anggun Homestay mempunya 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi serta disediakan dengan shower. Master bedroomnya dilengkapi dengan satu katil queen, almari serta cermin, ampaian dan penghawa dingin manakala bilik kedua pula dilengkapi dengan 2 katil single, satu almari dan almari solek.



Bereza pula dengan bilik tidur yang ke tiga. Bilik ini dilengkapi dengan katil 'pullout', kipas dinding dan cermin.


Selain itu, Siti Anggun Homestay juga menyediakan selimut extra, bantal extra, tilam extra, seterika/iron, sejadah dan hanger.

Di ruang tamu, kelengkapan seperti tv dan sofa disediakan bersertakan Astro Njoi, ruang makan dan kipas berdiri.


Di dapur pula, kemudahan seperti peti ais, cerek elektrik, mikrowave, periuk elektrik, mesin basuh, pinggan mangkuk, sudu garfu dan cawan telah disediakan.




Antara permandangan malam yang sempat saye rakamkan menggunakan Nikkon Digital Camera D5100. Sebolehnya, ingin saye rakamkan seluruh pemandangan malam ketika di sini tetapi, alam ini terlalu luas untuk dimuatkan ke dalam kamera saye ni.

Semoga perkongsian saye ini akan membantu memudahkan perjalanan pembace. Untuk maklumat lanjut mengenai Siti Anggun Homestay ni, boleh la korang layari Siti Anggung Homestay punye blog. 

Nantikan sambungan mengenai Folria Putrajaya Part 2 di post yang akan datang... Anyonghasayo!!


Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...