Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label koleksi RAM. Show all posts
Showing posts with label koleksi RAM. Show all posts

Thursday, November 3, 2016

Imaginasi - Ramlee Awang Murshid


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Well, baca tajuk pun rasanya korang dah tahu apa yang aku nak bebelkan. Betul tak? 

Oh yeah!!


Baiklah.. 

Ramlee Awang Murshid telah selamat dilahirkan di Papar, Sabah pada 4 November 1967. So, umur beliau tahun ini ialah 49 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1986 sehinggan 2010.

Cukup setakat tu dulu kot... Macam dah start bosan je post aku ni... AHAHAHAHAHAHA 


SINOPSIS

MEREKA... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Kelam dan suram menjadi latar kehidupan masing-masing.

SUHAILA - Hidup menyendiri di dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas.

KAMIL - Baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama menjebakkannya ke dalam gelora cinta
Suhaila. Apakah Kamil akan menjadi korban percintaan?

HAFIZ - Pengembara yang menemui cintanya Citra Widya, buruan lelaki dari seberang di Amsterdam, Holland. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

ABAM - Lelaki lurus bendul. Penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita. Namun, cintanya ditolak Juita.

Keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Abam tidak memena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan rasukan yang menyinggahi Abam?

***

Imaginasi merupakan novel thriller karya Ramlee Awang Mursyid yang terbaru kalau tak silap aku. Hasil cetakan Alaf 21. Cerita Imaginasi karya beliau kali ni tiada aksi tembak menembak (kalau tak silap aku la...)

Dan macam biasalah, kalau karya Ramlee Awang Murshid (RAM) ni... Kalau setakat bace sinopsis aje memang takkan paham. Kau kene baca the whole book baru kau paham... Ha... Gittueww... 

Okey.. malas nak tulis panjang-panjang la post kali ni... Almaklum, pagi ni cuace sangat sepoi-sepoi bahasa... Nampak bantal, tilam dengan selimut aje ni ha... So, bye. Assalamualaikum!






Thursday, August 11, 2016

Laksamana Sunan The Series (part3)


Assalamualaikum! Salam sejahtera!

Setelah beberapa purnama tak sentuh blog. Rindu ini datang bertimpa-timpa. Mujur bukan objek kalau tidak mau penyek aku! HAHAHAHAHAHA

Post kali ni aku nak review pasal LAKSAMANA SUNAN THE SERIE!! Sila baca sambil buat intonasi pengumuman ye.

Pada 13 April tahun lepas aku menanti-nantikan kemunculan siri Sunan yang terakhir. Lepas tu aku pun senyap je. Tak de update ape-ape pasal Sunan ni.

Tapi sebelum aku nak sambung pasal Laksamana Suanan ni, aku nak show off la sikit aku punya a.k.a kakak aku punya koleksi novel tulisan Ramlee Awang Murshid ni..


13 April 2015

11 Ogos 2016

Nampak ke tidak perbezaanye tu? Nampakkan? Dari dalam rak terpakselah aku pindahkan ke luar rak sebab dah tak muat! Agaknye aku kene costume rak khas untuk karya RAM kot...

Okay, berbalik kepada tajuk! Siri terakhir Laksamana Sunan bertajuk Cinta Sunan Nan Sakti. Kalau nak diikutkan, dalam siri yang terakhir ni kire flashback semulalah. Dari awal macam mana dia kenal dengan Ratna Sang Ratu. Macam mane diorang ni boleh jatuh cinta.

Sebelum Sunan berjumpe dengan Ratna Sang Ratu ni, Sunan berjumpe dulu dengan Tengku Aminah. Tapi Tengku Aminah mati mase dalam perjalanan Sunan nak hantar dia balik ke Pagar Ruyung. Macam-macam yang terjadi. Lepas kematian Tengku Aminah, Sunan kene tawan dengan sekumpulan orang kenit pula. Lepas tu jumpe dengan makhluk yang tinggal dekat Tanah Mati.

Tak dilupekan juga dalam siri terakhir ni RAM ade jugak menceritekan pasal kisah hubungan Megat, abang Saifuddin dengan Seroja. Lepas Seroja dihantar ke rumah bapa saudara dia, tak lama lepas tu bapa saudara dia hantar Seroja balik, Tapi malangnya Seroja meninggal dunia dalam perjalanan sebab diracun.

Nak tahu lagi? Mohon bace sendiri! 

MERONG!!!

Kepada pembaca yang dah baca siri terakhir ni mesti rasa lega dan terjawab beberapa soalan yang bermain diminda. Epik ceritanya. Tak macam novel yang lain,

Aku suka baca karya RAM ni sebab topik yang diabawak berbeza. Luar dari dugaan. Ceritanye bukan tak ade sentuh bab cinta dan perkahwinan. Ade, tapi dia bawak penceritaan tu dengan satu pengolahan yang berbeze. Isu yang RAM ketengahkan ialah isu yang penting. Ade isi dan ilmu dalam setiap novel yang dia tulis. Dan yang paling best, tajuk dia tidak menggambarkan jalan cerita. Means, korang kene bace dulu baru tau ape alkisahnye.

Ramai yang kaki novel tak minat koleksi RAM ni. Bile aku tanye kenape...

Err.. Malas la weh, Cerite dia berbelit sangat. Malas nak pikir.

Ha.. Tulah antare jawapan yang aku terima. Pada aku, baik aku bace koleksi RAM. Sekurang-kurangnye sambil membaca sambil perah otak. Dan barulah betul dengan istilah mengisi masa lapang. Ye dak?

Well, masing-masing ade mminat yang tersendiri. Terpulang kepada individu. Aku tak pakse pun korang baca koleksi RAM ni. Tapi kalau nak sesuatu yang mencabar minda.. Aku memang cadangkan karya RAM. Memang terbaik!!! 



Okaylah. Hari pun dah larut malam. Esok nak kerje yunk oii!!

Assalamualaikum! Annyeonghaseyo chingu!

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...