Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Showing posts with label hutan lipur. Show all posts
Showing posts with label hutan lipur. Show all posts

Monday, December 21, 2015

Hutan Lipur Lata Kinjang For Picnic! (part 2)


Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Sebelum aku sambung Part 1, aku nak ucapkan ribuan terime kasih kepada pembace dan juga penulis komen diruangan komen blog aku ni. Ha... Tadi sebelum tulis blog, aku ambil la mood dengan menela'ah balik post-post aku yang lepas.

Komen-komen korang tu adalah terapi minda aku... Hahahaha~ Nampak sangat batak komen!! Adeh.. Ape pon tak boleh! Ke laut seh!

Dah! Abaikan tu semua! Hey! Peghangai!

So, sambung semalam... Aku berhenti sampai hat rama-rama, betui dak? Oh, ya! Aku tak cerite lagi pasal suasane dekat atas hutan lipur lata kinjang tu kan? 

Meh aku cerita...

Part atas air terjun tu memang tak boleh mandi sebab air terjunnye sangat deras. Lepas tu keadaan batunye pun licin. Tapi suasane dan pemandangan dia sangat cantik! Kalau nak mandi juga, keselamatan adalah TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI!


Nah gambaq bagi yang tak pernah samapi hutan lipur lata kinjang ni. Kalau jalan naik tangga lagi, korang boleh la naik titi gantung tu. Tapi, aku tak berani la nak jalan sorang-sorang naik atas tu. Gayat weh!

Pinjang gambar kat google
Cuti Malaysia
Pun pinjam google
Ini cerita saya
Hanya mampu pinjam gambar dari diorang ni je. Kalau ikutkan, ayah aku tak bagi aku naik atas. Tapi, kaki aku dah terlangkah naik atas ni dia pun tak boleh nak cakap ape la dengan anak dia yang ketegaq ni.

Andai kata korang berpeluang naik kat atas ni, boleh la try buat macam depa ni. Ni namanya gravity pull. Hurm... Rugi betul aku tak dapat cuba!


Lepas dah puas aku ngadap atas ni, aku pun turun. Well, dah kering dah badan aku mase tu. Waktu turun tu, aku jumpe la beberape bende..

Pertame..


Nama pokok ni _________ Berdarah. Kalau korang boleh bagi name penuh dia, korang dapat sesuatu. Ha... Mohon la bagi jawapan diruangan komen yew!

Kedua..


Yang ni pula, aku tak tau ape name cendawan ni. Tapi cendawan ni tak banyak pon. Ade dekat dua batang pokok yang dah tumbang je aku jumpe. Sape yang tau name cendawan ni boleh la bagi tau aku kat ruangan komen juga!

Ketiga..


Rasenye ni la ulat beluncas yang dah jadi rama-rama. Kalau salah tolong tunjukkan ye. Saye budak baru belajar.. Hehehe~ Tak susah nak cari pun. Memang bersepah sepanjang naik ke atas tu.

Okay, sedikit maklumat la bagi yang memang tak pernah masuk lata kinjang ni. Kalau korang nak picnic boleh nak berkhemah pun boleh. Cume kalau berkhemah tu aku tak sure kene bayar or tak. Tapi memang disediakan tempat berkhemah dan jugak pondok. Korang boleh tanye mase nak bayar untuk masuk.


Siap pekej dengan pokok buluh nan rimbun lagi. Tapi aku nasihatkan korang kene la bawak tikar untuk lapik. Sebab pondok tu berpasir-pasir. Lepas tu korang kene datang awal, kalau tak dah tak ade pondok sebab pondok dia terhat.

Lagi satu! SILA JAGA BARANG BERHARGA ANDA! Ye! Kene jage betul-betul sebab kadang yang tak bermoral ni main duduk je kat pondok orang. Bukan tak nampak ade orang dekat situ! Ade yang lagi best boleh la pula hisap rokok dekat mak aku?? Rase naaaak je aku tonyoh rokok tu dalam mulut dia!

Kalau kot ye pun, merokok la dekat luar!! Ni la yang aku marah dengan kebanyakan perokok ni! Tak ade langsung nilai menghormati orang lain!!! Geram je aku! (Dah-dah... Jangan marah-marah, pembace tengah membace tu..!)

Tarik nafas... Hembus... Relex..

Baiklah... Sebelum menutup tirai post kali ni, aku persembahkan Galeri Gambar Hutan Lipur Lata Kinjang! Selamat menjamu mate! Bye! Annyeong!!

Sebelum korang nak naik ke atas, korang kene lalu jambatan ni dulu..
Air terjun dari atas jambatan yang ade kucing tu.
Ni pun dari atas jambatan.
Ape ntah name binatang ni??

Tengok la air dia... Sangat jernih!!

Ade ala-ala Go Asean ta?? Ngeee~

Cari bende tersembunyi!!!

Tenang je tengok

Abang-abang sado main air terjun!!

Aku ambil gambar ni dari atas tangga.

See you again for the next trip!! Insya Allah!









Hutan Lipur Lata Kinjang For Picnic! (part 1)


Assalamualaikum! Salam sejahtera!!

Lamenye tak sentuh blog ni. Berikutan kesibukan yang melanda landa... Adeh, ape pon tak boleh. Jadi disebabkan sudah dilanda kesibukan, baru-baru ini aku telah pon memanjakan diri di Lata Kinjang, Chenderiang, Tapah, Perak!!!

Sejarah Lata Kinjang

It's so amaizing to have some rest and nice view lepas dah penat bekerje. Niat asalnye nak ke Sahom, Kampar, Perak. Tapi sayangnye disebabkan tak ade plan yang betul, aku tak jumpe pon jalan masuknye. Tak ape la... Mungkin belum ade rezeki. Atau mungkin rezeki kat Sahom tu untuk 3 hari 2 malam ke... Kan???

Sebenarnye saje je pilih hutan lipur, air terjun bagai ni... Sebab selalunye kalau aku bercuti mesti tempat yang macam Cameron Highland ke... Means tak ade yang berkaitan air untuk have fun a.k.a water fun...! 

Sampai je dekat Lata Kinjang ni, suasane dia tak yah cakap la.. Meeeeeemang sejuk. Suhunye sekitar 26 ke 24 darjah selsius. Tu belum masuk dalam air lagi tau...!

Bayaran sebanyak RM 2.00 dikenekan bagi dewasa... Memandangkan semua dikalangan kitorang dewase, aku tak perasan pulak kanak-kanak berape. Rasenye cuma RM 1.00 seorang.

I think harge tu sangat murahkan untuk have some fun with family, friends or may be just for yourself. Kalau nak dibandingkan water park and stuff. Aku rase this is the best! Perfecto!

So, dah bayar, parked your vehicles... Don't waste your time... Terjun la!! Ape lagi??


Tengok la air terjun dia!!! Subhanallah!! Cantik sangat!! And aku merase la duduk bawah air terjun tu dengan bantuan adik-adik aku (almaklum, tak berape tinggi). Ni la namenye kerusi urut semula jadi. Memang keluar semue angin dalam badan.

And the most important things is... Gambar ni diambil hanya menggunakan kamera Canon D5100!! Dibantu dengan lensa Aspherical LD XR DiII Tamron, hasil yang diperoleh memang memuaskan. Just like the real one!


Tengok la tu... So amaizing! Dan kalau korang nak some privacy, aku cadangkan korang datang awal pagi. Dalam pukul 9 ke 10 pagi macam tu. What? Sejuk? Mesti la.. Kalau korang datang petang pun same je. Sejuk juga! Tak ade beze la... 



Bile dah masuk tengah hari, orang pun makin ramai. And aku pun dah tak ade peluang nak main air terjun sebab ramai sangat lelaki. Walaupun adik-adik aku lelaki, but it kind of weird untuk lepak dengan diorang. So, aku pun naik and... Aku jumpe bende lagi interesting nak dibuat!

Lagi satu sebab aku suruh korang datang pagi-pagi ialah... Lata kinjang bukan saje terkenal dengan air terjun dia, tapi dekat hutan lipur ni juga korang boleh beramah mesre dengan rama-rama. Kalau pagi-pagi tu memang banyak sangat rama-rama.

Tapi, malangnye aku sebuk main air terjun so, aku terlambat pi merayap ambil gambar... So sad..! Tapi tak ape, sebab dapat jugak ambil gambar rama-rama dan pepatung. Ye la, dah satu jam berendamkan, so aku pun drag la Canon D5100 aku tu...




Okay, pepatung ni sebenarnye warne hijau. Warne atas kepak dia warne hijau. But sadly bile lensa kamera hale ke dia je, dia tutup kepak dia.. Geram betul la!

Aku cube juga cari dekat google, tak ade satu pun yang same dengan warne dan rupe pepatung yang aku jumpe ni. Rugi betul la tak dapat ambil gambar kepak dia!



Rama-rama ni pula kepak atas dia ade warne kind of purple metalic sikit. Tapi sayangnye aku tak dapat ambil gambar kepak atas dia. Hurm...



Due pepatung ni sangat banyak. Dia main dekat bahagian bawah Sebab kat situ tak ade orang. Lagi pun air kat situ lagi deras la dari tempat yang kitorang mandi ni.

Jalan punye jalan, rupenye aku dah jejakkan kaki kat tangge nak naik ke atas. Leka sangat tengok pemandangan sampai kakak aku pun aku tinggalkan.


At first, I was alone. Jalan-jalan menikmati ciptaan Allah. Sangat tenang dengan bunyi air terjun... Lepas tu ade la beberape love couple, family... Yang datang sorang pun ade..


Okay, kite skip kejap cerite ni...

Lepas tu terserempak dengan seekor rama-rama ni. Cantik sangat! Warna oren belang-belang. 



Rama-rama ni jinak-jinak merpati. Dia terbang tak jauh dari aku, tapi once aku gerak dia pon terbang. Hinggap kat tangga la.. Kat tebing la.. Kat pokok..


Ha.. Ni dia! Gambar ni aku sangat berpuas hati. Tengok la background dia. Bukan senang nak dapat background macam ni. Mase ambil gambar ni memang aku focus kat rama-rama tu je. Bile dah check balik, ni la salah satu gambar yang aku sangat berpuas hati.

Lepas tu kan...


Surprisingly, ya Allah!!! Dia hinggap kat kaki aku!! Punye la happynye hati aku! 

Tibe-tibe focus aku lari... Aku nampak seekor rama-rama yang besar and cantik sangat. Tapi dia laju sangat! Tak dapat nak ambil gambar dia... Video pun tak sempat.

Aku dapat ni je...


Then aku cari dekat google. Kot-kot ade yang dapat ambil gambar raja rama-rama ni... And yah... Ade... Tapi bukan dekat Hutan Lipur Lata Kinjang. Yang ni aku jumpe dekat carian 'raja rama-rama di lata kinjang'. Ade lagi, tapi due contoh dah cukup kot.


Satu dekat Cameron Highland... Credit to the owner of Kembara Travelog...


Dan satu lagi dekat Hutan Lipur Kuala Woh... Credit to the owner of Telatah Wafi Dan Waiz. Tengok la.. Jinak je. 

Okay... I thought tak payah buat due entries, tapi nampaknye dah panjang sangat post ni. So, I hope korang boleh tunggu untuk Part 2???

Assalamualaikum! Annyeong!!










Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...