Sekali pandang memang tak ubah macam telur ayam gred A... Tapi sayang, ia sebenarnya adalah telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan kimia.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), telah mendedahkannya dan mendakwa bahawa telur tiruan itu mirip telur ayam yang sebenar! Dan bekemungkinan besar telur ayam palsu ini sudah ada di pasaran negara kita.
S.M. Mohamed Idris iaitu presiden (CAP) mendapati pada siasatan awalnya bahwa kulit telur tiruan ini diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. Kunung telur dan putih telur itu diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid bezoik, kalsium klorida serta air dan perwarna lemon.
Menurutnya lagi, pada amnya bahan-bahan kimia tersebut merupaka makanan tambahan, tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, bahan-bahan itu menjadi komponen utama dalam memproses telur tiruan itu.Jadi, kalau dimakan dengan kerap, akan mengganggu metabolisma dalam badan, hati dan otak.
Telur tiruan ini dapat dikenal pasti dengan sifat fizikalnya iaitu sebiji telur mempuyai pusat telur (chalazae) tetapi, telur tiruan tidak mempunyai pusat telur. Telur yang asli pula akan mengluarkan bau hanyir telur tetapi sebalikny dengan telur tiruan. Telur tiruan tidak menghasilkan bau hanyir atau apa-apa bau, Telur truan juga tidak memiliki rasa seperti telur ayam sebenar.
Malah teksturnya apabila dimasak berbeza...
3 comments:
Manusia sekarang suka dengan kepalsuan...
memang pon..
ade ke patut....
hai, tak patut tak patut...
Post a Comment