Welcome Scraps, Graphics and Comments

Pages

Tuesday, February 15, 2011

Akhlak Rasulullah S.A.W

Sudah menjadi tradisi, setiap tahun, tepat pada tanggal 12 Rabiulawal, majoriti umat islam akan memperingati Maulidul Rasul (hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w). Walau tidak ada nash yang sahih untuk memperingati hari kelahiran baginda, namun memahami sejarah perjuangan dan dakwah baginda selama 23 tahun menyebarkan agama Islam adalah sesuatu yang penting.

Rasulullah s.a.w. adalah suri teladan kita. Baginda digelar sebagai The Living Al-Quran (al-Quran hidup). Hal ini sebagaimana yang diisytiharkan oleh isteri baginda, Aisyah r.a., "Akhlak baginda (Rasulullah) adalah al-Quran," (HR Abu Daud dan Muslim).

Sejak kecil Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kemiskinan dan kesederhanaan. Rumah baginda terletak di samping sebelah timur Masjid Nabawi, sangat kecil. Atapnya rendah diperbuat daripada pelepah kurma yang dapat disentuh oleh tangan kerana keadaannya terlalu rendah.

Di dalam rumah badinda hampir tiada perabot. Yang kelihatan hanyalah bejana tempat minum yang diperbuat dari kayu keras yang dipateri dengan besi dan sebuah baju besi yang biasa di pakai baginda ketika berperang. Baju besi itu kononnya, menjelang kewafatan baginda s.a.w. digadaikan kepada seorang Yahudi. Tempat tidur baginda hanya selembar tikar dari anyaman pelepah kurma.

Pernah seorang sahabat menawarkan tempat tidur yang lebih layak bagi seorang rasul Allah kepada baginda. Namun, baginda menjawab, "Apalah ertinya dunia bagiku ... bukankah engkau rela mereka memperoleh dunia sedangkan kita memperoleh akhirat?" Begitulah gambaran kesederhanaan Rasulullah yang tidak silau dengan gemerlapnya harta dunia yang bersifat sementara.

Rasulullah s.a.w. juga sangat rendah hati. Walaupun baginda menjadi seorang pemimpin yang agung, baginda tidak mahu disanjung dan dihormati serta dipuju-puji.

Anas bin Malik r.a. berkata, "Para sahabat yang mahu berdiri menyambut kehadiran Rasulullah, 
tidak jadi berdiri, ketika tahu bahawa Rasulullah tidak mahu dihormati seperti itu," (HR Ahmad).

Walau baginda sibuk dengan pekerjaannya, tetapi apabila baginda mendengar azan, baginda akan segera pergi ke masjid. Belum pernah Rasulullah bersembahyang di rumah kecuali jika baginda menunaikan sembahyang sunat. Sifat terpuji Rasulullah yang lain ialah mudah berkomunikasi dengan sesiapa pun, berlaku sopan, lemah lembut, sabar, tidak pernah marah walau disakiti, namun, wajah baginda akan berubah merah padam apabila baginda melihat kemungkaran atau hak-hak Allah diinjak-injak dan dihina.

Oleh itu, tidaklah hairan jikalau Allah memujinya, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah al-Ahzab [33] : 21).

3 comments:

Miecyber said...

Rasullullah ialah sebaik baik contoh Insan di mukabumi ini...

Adegan merokok di haramkan di China

meira said...

sesungguhnya kebaikan baginda tiada tandingannya...

Dda Ly said...

tazkirah yang baik..:) thanks for sharing..

meh singgah umah..
http://laydie-dda.blogspot.com

keep in touch yeee..♥♥

Post a Comment

Tinggalkan Link Anda Di Sini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...